Buli, Anak Perlu Didengari dan Dibantu Sejak Awal Usia

    Anak ada pengalaman dibuli ? Buli ni memang biasa dengar dan tertanya-tanya adakah anak kita dibuli? Buli sampai tahap mana kena lapor? Apa jenis buli dsb. Saya ‘personally’ amat menekankan pendidikan dan pencegahan buli bermula dari rumah, di kalangan anak dan adik beradik mereka. Kita tidak mahu menunggu sehingga berdarah, lebam dan mati untuk mula ambil tindakan dan kuatkuasakan peraturan di sekolah. maznah ibrahim Fahamilah asas Buli ini. Buli bermaksud seseorang mengambil hak kita. Hak kanak-kanak pula ada 4 kategori iaitu Survival (kehidupan) – ini aspek fizikal, mereka perlu makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan ubatan bila sakit. Kiranya tak dapat ni maka mereka boleh ‘tak hidup’ (mati) atau tak dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia mencapai ‘basic needs’ ini. Development (perkembangan) – untuk berkembang, anak kita ke sekolah untuk memenuhi tuntutan perkembangan kognitif / pemikiran, sosial dan emosi, dan ke kelas tertentu bagi tingkatkan skil dalam perkara yang mereka minat macam sukan tertentu, seni, dll. Juga kita penuhi keperluan perkembangan spiritual mereka dengan pengisian rohani sejak dari awal bayi, kelas mengaji, sekolah agama dsb. Protection (perlindungan) – perlu tahu yang anak anak kita dilindungi oleh Negara dari segi Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2016), CRC (hak kanak-kanak yang Malaysia terima dan laksana dari 54 artikel) dan polisi perlindungan kanak-kanak Negara. Anak kita WAJIB dilindungi dari penderaan dan pengabaian dan sebarang eksplitasi. Penderaan fizikal, emosi, seksual, pengabaian dan eksploitasi. Participation (penglibatan) – ini masih agak rendah di Negara kita namun sudah mula terbit dari segi pelaksanaan ‘student centered’ atau ‘child centered’ pabila suara, pandangan dan idea kanak-kanak diambil kira dan dilibatkan. Contoh mudah anak anak tadika disuruh ke pentas dan menyanyi atau bercakap sesuatu, yang dirakam, sebenarnya mereka ada hak untuk ‘say’ mereka iaitu taknak naik ke pentas sekiranya mereka rasa kurang selesa dan tak mahu terlibat dalam […]

Anak ada pengalaman dibuli ?

Buli ni memang biasa dengar dan tertanya-tanya adakah anak kita dibuli? Buli sampai tahap mana kena lapor? Apa jenis buli dsb.

Saya ‘personally’ amat menekankan pendidikan dan pencegahan buli bermula dari rumah, di kalangan anak dan adik beradik mereka. Kita tidak mahu menunggu sehingga berdarah, lebam dan mati untuk mula ambil tindakan dan kuatkuasakan peraturan di sekolah.

maznah ibrahim

Fahamilah asas Buli ini. Buli bermaksud seseorang mengambil hak kita.


Hak kanak-kanak pula ada 4 kategori iaitu

Survival (kehidupan) – ini aspek fizikal, mereka perlu makan, minum, pakaian, tempat tinggal dan ubatan bila sakit. Kiranya tak dapat ni maka mereka boleh ‘tak hidup’ (mati) atau tak dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia mencapai ‘basic needs’ ini.

Development (perkembangan) – untuk berkembang, anak kita ke sekolah untuk memenuhi tuntutan perkembangan kognitif / pemikiran, sosial dan emosi, dan ke kelas tertentu bagi tingkatkan skil dalam perkara yang mereka minat macam sukan tertentu, seni, dll. Juga kita penuhi keperluan perkembangan spiritual mereka dengan pengisian rohani sejak dari awal bayi, kelas mengaji, sekolah agama dsb.

Protection (perlindungan) – perlu tahu yang anak anak kita dilindungi oleh Negara dari segi Akta Kanak-kanak 2001 (pindaan 2016), CRC (hak kanak-kanak yang Malaysia terima dan laksana dari 54 artikel) dan polisi perlindungan kanak-kanak Negara. Anak kita WAJIB dilindungi dari penderaan dan pengabaian dan sebarang eksplitasi. Penderaan fizikal, emosi, seksual, pengabaian dan eksploitasi.

Participation (penglibatan) – ini masih agak rendah di Negara kita namun sudah mula terbit dari segi pelaksanaan ‘student centered’ atau ‘child centered’ pabila suara, pandangan dan idea kanak-kanak diambil kira dan dilibatkan. Contoh mudah anak anak tadika disuruh ke pentas dan menyanyi atau bercakap sesuatu, yang dirakam, sebenarnya mereka ada hak untuk ‘say’ mereka iaitu taknak naik ke pentas sekiranya mereka rasa kurang selesa dan tak mahu terlibat dalam persembahan dsb.

Jadi pabila dibuli, anak kita sebenarnya dinafikan hak perlindungannya iaitu hak nombor 3. Mereka mula rasa tidak selamat dan mulalah adegan tidak mahu ke sekolah sekiranya pembulian berlaku di kalangan rakan sebaya mereka di sekolah. Ia boleh jadi gangguan / hak diambil dari sudut fizikal, emosi, sosial dan siber.

Yang lebih merisaukan pabila hak perlindungan ini tidak diberi, anak anak akan mula terganggu dalam hak perkembangan (nombor 2) kerana pabila mereka rasa tidak selamat, kelas, aktiviti atau keterlibatan dalam program perkembangan lain terbantut. Anak mula tak mahu ke sekolah, buat hal adegan drama dan ibubapa mula stres sampai memukul dan memaksa anak ke sekolah.

Telusurilah, dalamilah, dan dapatkan punca tingkahlaku mereka iaitu iceberg mereka. Kemudian, bantulah mereka. Bincang dengan individu atau pihak terlibat.

maznah ibrahim
Ibubapa, anak anak tidak mereka cerita, tingkahlaku mereka menunjukkan sesuatu ‘struggle’ yang mereka alami. Jika mereka mampu hadapi, mereka tidak perlu ber’drama’. Mereka ‘settle’ sendiri macam abang kakak Tingkatan 5.

Dalam satu tinjauan oleh Youth Truth kepada 80 ribu pelajar dari 21 negara pada tahun 2012-2015, dalam laporannya mengejutkan pihak pendidikan.

Pelajar merasakan pihak sekolah atau tempat mereka bernaung (pi sekolah tiap hari) tidak mampu melaksanakan perlindungan seperti mereka harapkan, pabila mereka ‘memberitahu’ tentang apa mereka alami, tiada apa berlaku atau buli masih berterusan.

Saya pasti sekolah ada melakukan sesuatu, namun mereka tidak merasakan tindakan praktikal dilakukan (sama seperti kes staf mengadu kepada bos, bila tiada tindakan dilakukan, mereka buat aduan ke peringkat tertinggi pula).

Isunya KEPERCAYAAN. Pabila sistem sokongan anak anak kita sendiri tidak menunjukkan tindakan yang boleh dipercayai anak, kepada siapa lagi anak boleh letakkan KEPERCAYAAN?

(Sehingga saya menjangkakan bukan saja akan menghala kepada penolakan ke sekolah (school refusal) dan tarikan kepada aktiviti dan orang di luar yang kelihatan lebih ‘membantu’ (boyfriend, kawan luar tidak bersekolah, aktiviti dadah, seks, ponteng, dll), malahan isu kesihatan mental (kemurungan dan kebimbangan melampau) dewasanya kelak.

Ini antara komen dalaman pelajar dari survei itu, yang saya amat yakin wujud di kalangan anak kita sejak sekolah rendah atau prasekolah lagi kerana saya turut mendengar keluhan sebegini. .

“Everyone here is either bullying someone or being bullied. The teachers say if you have a problem, go see them — but they do nothing about it.”

“They say they have a zero tolerance for bullying which is A COMPLETE LIE. People are bullied, they try to get help, and then they get NO HELP and continue to get bullied.”

“I think that the school should be more controlling on cyber-bullying. They are not aware that their students are being bullied or harassed on social media.”

“I wish that the person who sent me those messages knew how much that hurt, and that I would go to sleep crying … and be so tired at school because of crying at night.”

Fakta utama dari survei.

1 dari 4 pelajar ada alami buli

(Malaysia, Adolescence Health Survey, NHMS 2017 menunjukkan 1 dari 6 anak remaja usia 13-17 dibuli)

Biasanya Malaysia akan menuruti prevalen luar negara, lewat 10 tahun, bermaksu dalam 10 tahun akan datang, Malaysia akan mencecah 1 dari 4 anak kita dibuli jika kita tak buat apa apa sekarang

Walau ada kategori ‘cyber bully’, namun sebenarnya peratusan utama masih secara ‘in person’ (perorangan) buli secara verbal, sosial, dan fizikal.

Dan banyaknya gangguan buli ini berkait dengan penampilan fizikal / luaran menunjukkan anak anak kita amat terkesan dengan ‘kecantikan’, ‘kekacakan’ dan penampilan luaran. Ini memang agak jelas bagi isu remaja, antara yang utama imej diri dan ia beri kesan kepada estim diri untuk aspek fizikal luaran. Pengaruh media dan iklan juga amat menunjukkan dan menonjolkan kekuatan penampilan fizikal sebagai ‘menarik’ dan ‘power’.

Menariknya dari AHS 2017 itu, peratusan menurun dari Tingkatan 1 hingga 5.

Penurunan dari Tingkatan 1 hingga 5, bermaksud ada kemungkinan semakin meninggi dari 12 tahun hingga 4 tahun.

Saya boleh simpulkan sebegini:

1) Semakin besar anak, semakin pandai ‘handle’ buli atau ‘coping skill’ dia meningkat. Dia tahu macam mana nak elak, nak cegah atau hadapi buli dengan lebih baik, kerana kematangan dan ‘resources’ atau sumber mereka meningkat.

2) Bermaksud, semakin kecil anak (sebab kajian tinjauan ini untuk 13-17 tahun), dari usia 12 tahun hingga 4 tahun, berkemungkinan semakin banyak buli berlaku.

*Seorang Guru darjah 1 memberitahu saya, benar, sebab setiap 5 saat anak murid akan mengadu ada saja hal berlaku di kalangan mereka (kacau, ganggu, buli dsb).


Jadi, anak prasekolah 4-6 tahun, boleh kata hampir 100% ada pengalaman dikacau/ dibuli/ diambil hak kerana faktor usia dan daya tindak masih rendah.

Jadi peranan guru amat tinggi untuk pastikan semua selamat dan dikendali dengan baik, elak hukuman tetapi beri tahu peraturan jelas dan terus uruskan saja.

(hatta mak anak 4 pun semua anak bergaduh belaka, kan).

Apa Yang Paling Penting IbuBapa Perlu Lakukan dari Awal (Prasekolah)?


1) Responlah sebanyak mana emosi anak semasa mengadu kepada anda,

Katakan dia memberitahu ibarat skornya 9/10 bersungguh-sungguh memberitahu anda sebaik berjumpa:

“Mama tadi kan A pukul Abang!”

Beri perhatian dengan respon sungguh-sungguh, wajah ‘concern’ 9/10:

“Iyer.. ok lepas tu?” (Minima perkataan, elak ‘judge’ malah galakkan anak bercerita lagi)

(Kerana, hakikatnya waktu kecilnya kepada anda sajalah dia akan bercerita,

Besarnya nanti ibubapa akan mula menjadi ‘pilihan akhir’ untuk mereka beritahu).

2) Ajari anak untuk asertif iaitu beritahu apa dia rasa kepada kawan itu:

“Saya rasa sakit, bila awak tolak saya kuat tadi”

Kemudian lari dan beritahu gurunya.

“SAYA RASA” adalah kata kunci utama untuk elak ia berterusan balas membalas lebih teruk lagi.

Bayangkan anak berkata : “Hey, awak ni apa ni tolak saya”.

AWAK NI adalah fokus kepada si pelaku yang membuatkan dia lagi marah dan balas lagi teruk, ‘never ending’…

Ajari anak kuasai teknik ‘I MESSAGE’, ia lebih ‘POWER’ dan SELAMAT.

3) Anak sudah yakin sedikit ajar dia skrip tambahan:

“Saya rasa sakit, bila awak tolak saya kuat tadi.
Saya minta lain kali awak jalan hati hati”.

Kemudian lari dan beritahu gurunya.

SAYA MINTA adalah permintaan dan berunsur nasihat atau solusi. InsyaAllah si pelaku akan respek anak kerana memberitahu solusi atau alternative lain atau mengingatkannya.

4) PUJI anak setiap kali dia mengadu, semudah puji dia sebab dia BERITAHU ANDA.

Ini bertujuan agar dia akan bercerita lagi pada masa depan kepada kita apa saja masalah dia walau perkara yang dia buat tu salah.

“Bagus abang cerita pada Mama, lain kali Abang beritahu pada Mama lagi ya. Mama suka nak dengar dan tahu apa berlaku di sekolah”.
“Cumanya nanti bila berlaku lagi, Abang buat macam ni”….
(Demokan cara bercakap dengan tegas kepada rakan cilik dia).
“Pandang mata dia, buka dada, cakap :Saya rasa sakit lah awak tolak saya tadi, Lain kali hati hati ok, saya tahu mata awak terang, awak mungkin tak sengaja tadi”.

Memuji dan berterima kasih kepada anak kerana memberitahu adalah ganjaran positif. Kanak-kanak sukakan perhatian dan akan mengulangi memberitahu, syaratnya IBUBAPA RESPON DENGAN SUNGGUH SUNGGUH, TENANG dan MEMBANTU SECARA PRAKTIKAL.

—-
Tahukah anda bila kita buat aktiviti ‘people in my life’ circle tu, ibubapa mula jauh dari anak? Dan aktiviti 5 jari, siapa 5 orang dalam hidup kita yang kita percayai, ibubapa mula tiada dalam pilhan 5 orang mereka percaya untuk minta pertolongan??


Anak dalam dunianya, kita adalah kehidupannya
Circle Fateh masa usia 3 tahun, syukur Friend dia adalah Ibu Ayah dia, dan logik semua anak akan begini kerana pada anak, kitalah kehidupannya

Baik, kita mulakan dari awal ok.

Mudahan anak kita ada skil pertahanan diri yang kuat, positif dan boleh nasihatkan atau bantu rakan dia pula.

InsyaAllah.

Maznah Ibrahim

InsyaAllah saya sambung mengenai psikologi pembuli ok.

Jemput ke Live Parenting Webinar saya pada 22 JANUARI 2021 ini untuk keseluruhan idea dan solusi untuk buli bermula dari rumah ini ya. Klik DISINI.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *