Siapa Superhero Anak Kita

     SIAPA SUPERHERO FATEH Teringat masa Fateh 3 tahun lebih dan terjatuh dalam parit air, tenggelam dalam air itu, dalam tempoh satu saat ayahnya terjun dan angkat dia, dia basah kuyup satu badan, dia menangis kuat (trauma juga yer), namun dia belajar sesuatu yang ‘real’ dari penekanan saya beritahu dia masa itu juga (mak memang cepat aja nampak dan buat pelajaran kehidupan), Saya katakan pada dia: “Ha, ayahlah Hero Fateh, selamatkan Fateh, kan? Allah selamatkan Fateh, bukan xx dan lain lain”. Ayat itu tersemat di minda dia, buktinya bila apa-apa berkaitan hero dia, dan bila saya tanya, dia akan jawab, Hero dia ialah nombor 1 Allah, no 2 Muhammad (Rasul) no 3 Ayah. Saya pula akan kata, tolak Allah dan Rasul, kalau manusia sebenar, Hero Fateh siapa. Kata dia, nombor 1 Ayah, nombor 2 Mami, nombor 3 teacher (teacher lelaki dia, lupa dah samada Tc Aswad atau Tc Haziq). Saya masa tu tekankan itu sebab dia sedang taksub dengan superhero kartun, saya tak ingat dah yang mana satu sekarang (sebab tak menulis refleksi masa tu). Kini jelas, dia memang tak heran dengan karektor superhero kartun semua tu sebab dia amat jelas superhero sebenar ‘in real life’ memang bukan kartun tu semua tapi mak ayah dia. EEMAN  ADALAH SUPERPOWER DIRI SEORANG ANAK Saya juga tekankan superhero juga ialah diri dia dan eeman, seperti dalam buku Dr Anayasmin, Eeman Superpower. Boleh beli di sini ya ‘Shield’ atau perisai dia, ialah Iman. Bila apa-apa berlaku, yang mendindingi diri dia, bImbing dia buat keputusan ialah iman, sebab iman ni tak nampak, tapi rasa, kan? So sebenarnya iman ni percaya dan yakin, kepada 6 perkara dalam rukun iman itu, ‘mostly’ pertama ialah percaya dan yakin kuat kepada Allah (tanam SQ anak). Allah lah yang selamatkan dia, Allah lah yang beri dia apa dia nak sebab […]

SIAPA SUPERHERO FATEH

Teringat masa Fateh 3 tahun lebih dan terjatuh dalam parit air, tenggelam dalam air itu, dalam tempoh satu saat ayahnya terjun dan angkat dia, dia basah kuyup satu badan, dia menangis kuat (trauma juga yer), namun dia belajar sesuatu yang ‘real’ dari penekanan saya beritahu dia masa itu juga (mak memang cepat aja nampak dan buat pelajaran kehidupan),

Saya katakan pada dia: “Ha, ayahlah Hero Fateh, selamatkan Fateh, kan? Allah selamatkan Fateh, bukan xx dan lain lain”.

Ayat itu tersemat di minda dia, buktinya bila apa-apa berkaitan hero dia, dan bila saya tanya, dia akan jawab, Hero dia ialah nombor 1 Allah, no 2 Muhammad (Rasul) no 3 Ayah.

Saya pula akan kata, tolak Allah dan Rasul, kalau manusia sebenar, Hero Fateh siapa.

Kata dia, nombor 1 Ayah, nombor 2 Mami, nombor 3 teacher (teacher lelaki dia, lupa dah samada Tc Aswad atau Tc Haziq).

Saya masa tu tekankan itu sebab dia sedang taksub dengan superhero kartun, saya tak ingat dah yang mana satu sekarang (sebab tak menulis refleksi masa tu). Kini jelas, dia memang tak heran dengan karektor superhero kartun semua tu sebab dia amat jelas superhero sebenar ‘in real life’ memang bukan kartun tu semua tapi mak ayah dia.

EEMAN  ADALAH SUPERPOWER DIRI SEORANG ANAK

Saya juga tekankan superhero juga ialah diri dia dan eeman, seperti dalam buku Dr Anayasmin, Eeman Superpower.

Buku buku Dr Anayasmin memang selalu tidak pernah mengecewakan

Boleh beli di sini ya

‘Shield’ atau perisai dia, ialah Iman. Bila apa-apa berlaku, yang mendindingi diri dia, bImbing dia buat keputusan ialah iman, sebab iman ni tak nampak, tapi rasa, kan? So sebenarnya iman ni percaya dan yakin, kepada 6 perkara dalam rukun iman itu, ‘mostly’ pertama ialah percaya dan yakin kuat kepada Allah (tanam SQ anak). Allah lah yang selamatkan dia, Allah lah yang beri dia apa dia nak sebab bukakan pintu hati Mummy dia untuk beli, Allahlah murahkan rezeki Mummy, ada sedikit duit untuk belikan barang dia perlu dan mahu….dan semuanya berpusatkan kepada Allahlah segalanyaaa, bukan sapa sapa.

Dan sebenarnya ia adalah ‘Hypnoscript’ perkataan atau ayat berulang kita tanam ke dalam diri anak sehingga dia percaya ia benar.

Dan ia menjadi lebih impak bila Allah beri satu satu peristiwa, dan kita terus kaitkan dengan pesanan khidmat nasihat yang sering kita ucapkan dan selama ini dia kurang percaya betul ke?.

Jadi, sentiasalah berdoa kepada Allah agar bimbing diri kita untuk menjadi ibubapa yang sentiasa mencorakkan anak-anak seperti mahunya Allah bukan mahunya diri kita sendiri.

Mahu dapatkan Ebook Hypnoscript Anak? Di sini.

 


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *