Apabila Fateh Marah & Dia Sabar

48   48Shares Setiap momen peristiwa yang berlaku dalam hidup anak-anak, ia adalah satu peluang untuk memberi perspektif baru, dan beritahu apa ‘pelajaran kehidupan’ kepada anak-anak ….dan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk beritahu pelajaran in kepada anak-anak kerana ibubapa adalah guru kehidupan anak, yang mengenali lebih mendalam akan anak-anak ini. Maznah Ibrahim Saya menulis di malam hari ini saat ini agar saya tidak terlepas momen coretan. Banyak sebenarnya momen anak-anak yang berlaku pada setiap hari, namun coretan refleksi tidak dapat dilakukan kerana kekangan masa dan peluang menulisnya (untuk saya). Malam tadi, tadi, berlaku satu pergaduhan kecil antara Abang (Fateh 7.2) tahun dan Kakak (Khairunnisa’: KN, 4.2 tahun). Dari dalam bilik saya mendengar KN menjerit kuat mempertahankan sesuatu, merengek dan menangis kuat seperti satu kesakitan emosi yang amat dalam (tantrum marah). Juga terdengar suara ayahnya berkata sesuatu kepada Abang dan Kakak dengan nasihat yang baik dan tenang dan ia senyap, tidak berlarutan. Pasti ada sesuatu yang berlaku, dan menjadi punca pergaduhan, getus hati saya. Namun saya tidak mahu ‘intervene’ mencelah / masuk campur, kerana saya percaya kepada ‘coping skill’ masing-masing, dan selagi ia tidak membawa kepada sesuatu yang lebih serius, biarkanlah. Sebab dulu-dulu, biasanya mereka berakhir dengan bermaafan dan berbaik, atau berakhir dengan suatu solusi mereka sendiri. Dan ia menarik untuk di’observe’, cara mereka kendalikan stress perhubungan (satu dari komponen EQ). Senyap. Kemudian si Fateh masuk bilik, dan saya bertanya, Abang ok ka? Apa berlaku sebenarnya..? Fateh menyebut mengenai ‘Kakak dan dia nak kuih hijau 2’. Saya menjawab dengan serius, yang kuih hijau (lopis, pulut dan berkelapa) itu kan memang Kakak punya, sebab masa Mummy beli, Fateh tak setuju kuih itu untuk Fateh, dan Fateh punya ialah karipap itu. (maksud sini saya merasakan Fateh seperti sengaja mahu kuih Kakak, dan itulah kebiasaan, walau Fateh sebenarnya tak perlu heran dengan kuih itu kerana Fateh […]

Setiap momen peristiwa yang berlaku dalam hidup anak-anak, ia adalah satu peluang untuk memberi perspektif baru, dan beritahu apa ‘pelajaran kehidupan’ kepada anak-anak ….dan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk beritahu pelajaran in kepada anak-anak kerana ibubapa adalah guru kehidupan anak, yang mengenali lebih mendalam akan anak-anak ini.

Maznah Ibrahim

Saya menulis di malam hari ini saat ini agar saya tidak terlepas momen coretan.

Banyak sebenarnya momen anak-anak yang berlaku pada setiap hari, namun coretan refleksi tidak dapat dilakukan kerana kekangan masa dan peluang menulisnya (untuk saya).

Malam tadi, tadi, berlaku satu pergaduhan kecil antara Abang (Fateh 7.2) tahun dan Kakak (Khairunnisa’: KN, 4.2 tahun).

Dari dalam bilik saya mendengar KN menjerit kuat mempertahankan sesuatu, merengek dan menangis kuat seperti satu kesakitan emosi yang amat dalam (tantrum marah). Juga terdengar suara ayahnya berkata sesuatu kepada Abang dan Kakak dengan nasihat yang baik dan tenang dan ia senyap, tidak berlarutan.

Pasti ada sesuatu yang berlaku, dan menjadi punca pergaduhan, getus hati saya.

Namun saya tidak mahu ‘intervene’ mencelah / masuk campur, kerana saya percaya kepada ‘coping skill’ masing-masing, dan selagi ia tidak membawa kepada sesuatu yang lebih serius, biarkanlah.

Sebab dulu-dulu, biasanya mereka berakhir dengan bermaafan dan berbaik, atau berakhir dengan suatu solusi mereka sendiri. Dan ia menarik untuk di’observe’, cara mereka kendalikan stress perhubungan (satu dari komponen EQ).

Senyap.

Kemudian si Fateh masuk bilik, dan saya bertanya, Abang ok ka? Apa berlaku sebenarnya..?

Fateh menyebut mengenai ‘Kakak dan dia nak kuih hijau 2’.

Saya menjawab dengan serius, yang kuih hijau (lopis, pulut dan berkelapa) itu kan memang Kakak punya, sebab masa Mummy beli, Fateh tak setuju kuih itu untuk Fateh, dan Fateh punya ialah karipap itu. (maksud sini saya merasakan Fateh seperti sengaja mahu kuih Kakak, dan itulah kebiasaan, walau Fateh sebenarnya tak perlu heran dengan kuih itu kerana Fateh ada banyak pilihan kuih lain manakala KN amat limit kuihnya sebab ekzema dia, Fateh kerap tetiba mahu kuih KN juga, (saja nak berebut, hehe).

Kat sini saya sedar yang persaingan antara anak Te (Thinking ekstrovert) dan anak Ti (Thinking introvert) semakin kuat, dua-dua keras dan mahu menang, cuma beza sorang perempuan seorang lelaki dan seorang ekstrovert dan seorang lagi introvert.

Kemudian si Ayah masuk dan beritahu: “Bagus Abang sebab sabar, Abang tak balas pun”

(pujian harus diberi segera tidak ditunda dan di hadapan orang yang penting dalam hidup anak)

Wah, Fateh berjaya sabar dan tak balas, saya amat suka, bangga dan syukur (sebenarnya sebelum ini momen ini pernah berlaku, namun tiada coretan kerana saya tidak sempat ‘catch the moment and write something like this’).

Allah, maknanya saya telah salah sangka pada Fateh, kan? Saya ‘highlight’ kesilapan dia dan saya tak tahu pun dia ada buat satu kebaikan besar iaitu bersabar dan tak balas, sebab saya mendengar dari jauh sahaja, tidak lihat dengan mata.

Walau mungkin dia ada buat ‘provocation’ (kadang dia begitu suka kacau dan tengok KN marah),  namun dari situasi itu tadi Fateh tidak balas secara fizikal atau verbal, manakala KN luahkan kemarahan dan geram dia dengan verbal (hehe inilah kekuatan seorang perempuan yer, kelebihan suara menjerit?).

Saya terus berkata:

“Fateh, bila Fateh marah dan Fateh sabar, sebenarnya Allah beri ganjaran syurga”, kata saya dengan serius dan sungguh-sungguh

Ye ke? Fateh macam tak percaya.

Ya, ia ada dalam hadis.

“Jangan marah, kamu mendapat syurga”. (tup tup saya teringat SASU Puan Norlaila saya).

Sumber foto: iragustin.blogspot.com

Kemudian saya katakan yang malam semalam nya saya dan KN ada tonton video baru Omar Hana ada pasal bila kamu marah, kamu sabar, syurga ganjarannya.

Sambil saya cari video itu di laptop kecil saya untuk ditunjukkan kepada Fateh sebab dah besar ni dia tak heran dengan video Omar Hana dah.

Sambil juga saya ulang-ulang sungguh sungguh dan gembira,

MasyaAllah tadi Fateh sabar walau marah, Fateh dah dapat reward syurga dari Allah (saya kata dengan excited besar).

(dia faham jelas akan Reward and Consequences, kerana di sekolahnya mereka dilatih/dididik dua perkara ini, dan sebenarnya bila saya recall semula, usia 6-7 ini dia ada beberapa kali report yang dirinya sabar dan tak balas pun kawan, masyaAllah Fateh anak soleh, semakin matang dan sabar kamu).

Kemudian jumpa video itu dan kami tonton sama-sama.

Tetiba si KN masuk bilik dan terus excited beritahu pasal ‘coping skill’ bila marah untuk jadi sabar, hehehe, sah, marahnya KN tu sementara sahaja, dan terus baik.

KN beritahu:

“Tarik nafas, minum air”.

Saya tunjukkan video dan ‘highlight’ cara atasi marah dalam video itu adalah tepat, seperti kaedah Nabi, dan dalam EHSABAR, dan kami semua pun sama sama buat.

Bila marah, lakukan ini:

1) Tarik nafas panjang – ini untuk oksigen masuk ke otak, so emosi yang menguasai tadi akan dikalahkan oleh aqal fikiran, otak dapat cukup oksigen dan boleh berfikir. Juga sebenarnya bila tarik nafas panjang, kita boleh ‘pause’ dari apa-apa ‘state’ /keadaan yang mana ia berisiko (ibu marah pun sama ya) agar tindakan seterusnya tidak berlanjutan yang negatif seperti marah balik, pukul, cubit dsb.

2) Duduk dan bertenang – ini juga ubah ‘state’. Dalam EHSABAR, saya tekankan dan latihkan peserta, dua saja cara untuk ubah emosi negatif kepada positif, iaitu ubah cara bernafas, kedua ubah posisi badan anda. Dalam gaya Nabi, memang disarankan untuk jika marah sedang berdiri, duduk, jika masih marah lagi baring. Ini adalah ubah ‘state of body’, dan secara psikologi dan sains badan, ia menurunkan ledakan emosi tinggi marah, kepada kurang marah. Cuma ada sesetengah kes, terutama anak kecil belum matang, saya galakkan untuk luahkan marah terus kepada ‘state’ badan aktif seperti melompat, berlari, berjalan, tumbuk punching bag dan sebagainya. Ia bagi mempercepatkan tenaga marah keluar dengan baik dan berkesan melalui aktiviti sihat dan selamat.

3) Minum air – ini juga kaedah amat baik. Kerana marah ialah api, lawannya ialah air. Sama juga jika anak demam, demam ialah api panas juga, lawan dengan air, mandikan anak (paling bagus), atau ‘sponging’ dengan tuala basah. Ia sangat efektif.

4) Maafkan – ia untuk ‘letting go’, dan tutup buku cerita kisah itu. Bila tiada momen maafkan, ia akan berlarutan kisah itu, tak secara ‘buku’ ‘episode bersiri’ pun secara emosi (masih marah) dan minda (ingat ingat), lepas tu berpotensi jadi ‘dendam’ ya. Bahaya sungguh ini. Saya galakkan handle atau ‘keep the negative emotions only for not more than 16 seconds…’. Kalau masih marah banyak pun, tidak lebih untuk hari itu (beberapa jam), dan perlu selesai berakhir hari itu, tidak berlarutan sehingga esoknya. Nanti trigger dan cepat ‘button’ marah anda tertekan dan naik thermometer marah itu.

Okay, menariknya masa video itu, mereka dua sama sama tarik nafas.

Oh ya, bab tarik nafas ini saya dan Fateh sudah latih sejak usia Fateh 2-3 tahun dia dulu. Malah masa saya marah dulu, Fateh dan saya ‘come out’ dengan 3 steps untuk saya dan dia:

iaitu bila marah, 1) Tarik nafas,  2) Hembus, 3) Senyum, hehe, comel aja kan kami ni (perasan).

https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/501323570042232/

Kesimpulannya,

Apa apa situasi anak berlaku hari-hari, sentiasa ambil kesempatan untuk ajar mereka sesuatu yang ‘real’. Ia adalah pelajaran kehidupan bukan saja untuk anak anak malahan untuk ibubapa.

Pada saya, tiada satu pun peristiwa yang berlaku dengan sia-sia.

Bila ia berlaku dan terus dididik atau diberi penegasan, pelajaran kehidupan mereka, pelajaran itu akan kekal di minda mereka kerana ia peristiwa sebenar berlaku dan terus diberitahu pelajarannya.

Sekian refleksi malam ini,

Maznah Ibrahim

10 April 2019.

KN genap 4 tahun 2 bulan sebab lahir 9 Feb, manakala Fateh genap 7 tahun 2 bulan sebab lahir 10 Feb.

Mahu dapatkan Ebook Adik Beradik Ngam? Di sini.

Mahu hadir EHSABAR tahun 2019, klik sini.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *