
Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 1)
5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI: Tangki perkataan baik Tangki sentuhan selamat Tangki masa istimewa Tangki layanan yang baik Tangki material bersesuaian PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda. * Lima ni adalah dari 5LoveLanguage, ia saya rujuk sebagai Tangki Emosi manusia, ikut ‘preference’ (cenderung). Saya dapati penuh ia, maka gembiralah anak, kurang ia, maka ‘something battle’ dalam jiwa anak-anak. Mudahnya penuhi sahaja kesemua kategori. Kurang mana-mana tangki, ‘top up’ kan ia. InsyaAllah anak anak akan ok banyak. Saya mulakan dengan Tangki Perkataan Yang Baik. TANGKI EMOSI: PERKATAAN YANG BAIK Manusia hidup dengan menangkap makna kepada perkataan.Sesuatu yang tak hidup, tak ‘relate’ atau ‘connect’ dengan manusia, Sebab manusia ni bukan sahaja ada jasad (fizikal), malahan emosi, dan aqal fikiran. Baca dan sebut perkataan ini dengan rasai maknanya sekali + senyum : SAYANG BETUL! Sudah tercetus emosi tak? Baca dan sebut perkataan ini dengan rasa perasaan maknanya sekali: MENYUSAHKAN BETUL! Sudah tercetus emosi sesuatu? * kalau perasan, fisiologi bibir (herot berot bibir) anda pun berubah dan beza (believe me!) 😀 Ia tercetus lebih lagi bersama emosi dirasai ketika itu, disusuli nada, dan makna semasa mengucapkannya.Walau tidak ditujukan kepada si anak, jika si adik mendengar anda ‘kritik’ si abang, si adik pun boleh ‘terasa’.Sebab kuasa makna perkataan anda ucapkan tu, aura nya sampai (dirasai) sekurangnya beberapa kaki dari anda. Maka, anak dan suami, keluarga kita perlukan perkataan baik yang menggalakkan (encouraging), untuk terus ‘hidup’ sebagai manusia yang sihat, terus tumbuh sihat cemerlang, dan capai potensi terbaik mereka. Sebaliknya berlaku pabila perkataan negatif sering diungkapkan, ada manusia hingga jiwanya mati, walau jasad ada. Ada dewasa yang ‘numb’ perasaan dia, sukar nak rasa ‘happy’. Mahukah kita anak kita begitu? Kesan pada otak tetap ada, untuk emosi, sama seperti kesan kesakitan di fizikal (jika anda […]