‘Self Affirmation Script’ Bantu Anak Kecil Bila Tidak Yakin Diri Sendiri
Saya kongsi sedikit bagaimana saya dorong anakanda soleh Fateh akan kaedah ini dan nampaknya sekali sahaja saya ajar dahulu dia boleh aplikasi sendiri dalam situasi lain secara kemahuan sendiri. (contoh dia nak naik gelongsor secara terbalik dan tiba-tiba rasa tak yakin diri datang, terutama sejak dah mula berfikir ni, dia reka skrip sendiri dan berkata “Fateh boleh, Fateh boleh”).
Cuma inovasi terbaru saya, saya tambah sentuh di anggota badan yang tepat dan ia berkesan lagi untuk situasi kemahuan saya untuk kombat ketidakyakinan diri yang datang mengganggu tiba-tiba.
Hari itu, dia kata Mummy tiada kat sekolah. Nak Mummy.. (datanglah drama kecilnya).
Saya ambil tangannya dan sentuh anggota badan berikut dan sebut, serta minta dia ulang sebut.
Ke dada : Fateh selamat, Fateh berani. Fateh suka gi sekolah.
Ke kepala : Nanti petang Mummy baliklah. Allah ada, kawan-kawan pun ada.
Dan dia terus ok untuk tak lemah kalah pada emosi yang mengganggunya.
*** Ini sebenarnya adalah Teknik Hypnoscript – tapi kita ajarkan kepada anak sewaktu saat sukar dia.
Contoh Situasi Semalam:
Semalam, nak masuk pagar sekolah yang sunyi lewat petang untuk ambil selipar nya tertinggal. Tiada kelibat orang kelihatan, namun pagar kecil terbuka (sudah maklum guru kami mahu datang, dan pembantu guru sebenarnya ada dalam rumah).
Mummy, teman lah Fateh.
Tak apa, Fateh. Masuk aja, cikgu ada kat dalam.
Alaah, teman lah Fateh. Fateh tak berani…
Ok jum Mummy bantu. Kita buat Hypnoscript Fateh.
Tangan letak ke hati (dada) dan tepuk perlahan: sebut “Fateh berani”, (Fateh ulang)
Tangan letak kat kepala:, sebut “Fateh boleh masuk dalam ambil selipar” (Fateh ulang)
Tambah : Fikir Allah kan ada. (Fateh ulang).
Lepas tu dia pun pergi dan berjaya pulang semula dengan seliparnya.
https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/535745706600018/
Nota.
1. Untuk kanak-kanak, perlu ringkas dan libatkan anggota badan. Ini menggalakkan fokus dan kesan di hati, pemikiran dan seterusnya tingkah laku yang kita mahu dia lakukan. Galak kan juga pejam mata untuk fokus.
2. Ada 3 komponen utama manusia selain spiritual : hati (emosi), otak (pemikiran) dan tingkah laku (anggota badan)
3. Untuk satu-satu perubahan tingkah laku, perlu synchronise antara kemahuan (hati/emosi) dan pemikiran (akal), barulah anggota badan follow dengan betul. Tang ni kemahuan hati dan akal perlu amat jelas.
4. Namun terdapat situasi di mana ketiga-tiga elemen tidak bersatu (tidak sama line), dan ini boleh menyebabkan tak aman kepada manusia (konflik).
5. Kanak-kanak lebih sukar kerana belum mampu meluah dengan baik apa kemahuannya (hati) dan belum matang akal fikirannya memahami situasi semasa dan mendatang. Dewasa apatah lagi, contoh hati nak sayang anak peluk anak cakap baik-baik, akal fikir ke lain kerja rumah lain banyak tak siap lagi dan tingkah laku sedang marah anak kerana mainan bersepah.
Video contoh kaedah Fateh ini (Sila Klik) – untuk ambil barang dia di dalam pagar sekolah, usia dia 4 thn
Video contoh lain (Sila Klik) – usia dia belum 4 tahun, bila tetiba dia rasa takut nak melompat antara dua kerusi, dia sendiri ucapkan perkataan “Saya boleh”
Video lain (Sila Klik) – ini masa dia dekat 6 tahun, memanjat Gunung Samy, tapi video ni turun bukit dah. Masa awal panjat bukit tu, dia ada rasa gerun, sebab tangga sangat tinggi, tetiba saya dengar dia sebut sendiri: “Fateh boleh, Fateh boleh”, dan terus naik. Alhamdulillah kami berjaya panjat dan turun Bukit Samy ini dengan jayanya dan saya pregnant anak ketiga 17 minggu. Syukur Allah melindungi.
Maznah Ibrahim
Mummy Fateh dan Khairunnisa’
18 Mac 2016
Tambahan/ Update 2018:
Teknik ni saya latih anak sejak usia 3+ dan Alhamdulillah anak boleh apply sendiri bila-bila masa dia rasa kurang yakin diri terutama sejak dia menginjak 3 tahun (rupanya dia otak dominan Thinking, banyak berfikir menghalang dia redah ikut emosi darah O dia).
Sedangkan dia sebelum itu sangat berani dan membeli di kedai runcit sendiri sejak usia 2.8 tahun, saya tunggu di luar kereta. Saya latih di saat dia berkehendak sesangat, dan saya beri duit, dia akan pergi beli sendiri. Hingga kini dia boleh membeli sendiri dengan pantauan saya dari jarak jauh. Saya panggil ‘Cabaran RM1 Fateh’. (Click sini untuk Video dia masa usia 2.8 tahun beli RM1 layang-layang di kedai runcit):
iii) Cabaran RM2 Fateh usia 4 tahun genap (Sila Klik)
Ahad lalu – Cabaran RM5 – beli roti dan 1 belon kedai runcit, saya tak sempat rakam
*Nampaknya bilangan RM meningkat dengan peningkatan usia ya, heheheh.
Ingat, kuncinya : semasa anak berkehendak sangat, match kan emosi ‘strong will’ dia dengan beri dia ruang dan peluang saat itu.
Ia momen emas – yang ramai terlepas pandang dan beri ruang peluang pada si anak untuk skil kehidupan proaktif lakukan apa dia peru buat.
Maznah Ibrahim
Webinar Premium Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta kini dibuka penyertaannya.
Silakan segera daftar ya (PERCUMA),
Berjumpa nanti 12 Mac, 9.30 malam insyaAllah.
Bantu saya sebarkan dan kongsi dengan sahabat handai dan kenalan.
Daftarnya di sini. (Atau klik gambar di bawah)