Apa Kaitan Sentuhan Sejak Bayi kepada Genetik Anak


Sentuhan kepada Bayi Merubah Genetik Anak

Hari-hari awal bayi yang kerap disentuh, digeletek dengan penuh kasih sayang mungkin merubah mekanisme epigenetik dalam badannya di kemudian hari.

Boleh baca kajian ini:
http://www.sciencealert.com/cuddling-babies-alters-their-ge…

Walau kajian ini terlalu awal untuk meramal perubahan genetik kekal dalam badan kanak-kanak dan kehidupan dewasanya, ia agak logik pada saya.

1. umum memang tahu bayi perlu sentuhan, dan bayi yang pramatang disentuh, diurut, akan kurang stres dan bertumbuh lebih baik (berat badan meningkat)
.
2. 0-2 tahun kita semua berusaha menyusu bayi, dan semasa ini bayi rasa amat ‘secure’ selamat di dakapan ibu. Cumanya kadar kecepatan merespons pada bayi, saranan Margot Sunderland dalam buku best nya ‘What Every Parent Needs To Know’ (Nama baru buku: Science of Parenting), awal bayi perlu dapat respons segera bawah 15 saat. Ini sebabnya:

buku science of parenting / what every parent needs to know ni pada saya wajib baca oleh setiap bakal ibubapa
Buku Science of Parenting / What Every Parent Needs to Know ni pada saya wajib baca oleh setiap bakal ibubapa 🙂 – Mudah faham dan edisi kedua ni ada lebih 2000 kajian terkini berkaitan otak anak dan gaya parenting kita

Sedutan dari short article saya zaman dahulu kala:
————————————————————
Pun ada kisahnya antara membiarkan bayi menangis lama dengan attend mereka secepat mungkin.

Bagi bayi dalam awal-awal umurnya, perlu lah dilayan / dipenuhi keperluan asasnya seperti susu, basah lampirn (selesa), selamat (pelukan) dan ‘warm’ (kehangatan) secepat mungkin, jangan lebih 15 saat dibiarkan menangis.

Sebab otak mereka terlalu muda, masih peringkat primitif dan survival, belum berkembang baik ke bahagian otak emosi dan otak kognitif.

Bila ‘attend’ cepat, mereka membina kepercayaan tinggi dan kenal siapa prime carer’ konsistennya. Mudah untuk ke hadapan bila mereka nak dibentuk disiplin oleh ‘prime carer’ yang sama.

Dalam setahun lebih dari 1.6 tahun, toddler ini lebih matang dan cekap membaca bahasa layanan ibubapa, maka berhati-hati sekiranya mereka memang memanipulasi ibubapa.

Namun lain bayi lain peringkat usia manipulasinya ya. Seingat saya, Fateh dalam 1.8 tahun baru mula tangisan merengek manipulasinya (tiada airmata) (semasa mahu dibantu turun dari kerusi, pabila saya menghampirinya sahaja, dia terus sengeh, sabo aja ya, hehe).
———————————————

3. Otak still developing pantas untuk usia 0-6 tahun dan paling pantas neuron nya pada tempoh usia 0-1 tahun.

Jadi no wonder la kesan pelukan sentuhan kasih sayang ni beri kesan direct kepada perkembangan otak, cuma isunya artikel itu berkenaan genetik. Genetik adalah permanent. Pengisian dan stimulasi otak anak usia 0-1 itu kategori ‘Persekitaran’ atau nurture.

Genetik (Nature) vs Persekitaran (Nurture).
Genetik jika ikut kajian, ialah 20% manakala Persekitaran membawa kepada 80% keseluruhan diri kita.
.

4. Ia sangat menarik kerana berkaitan sentuhan dirasai selepas bayi lahir. Umum juga tahu, bayi di dalam kandungan, sebenarnya boleh merasai sentuhan ibu/orang lain dari dalam perut. Semasa kita mengusap perut yang besar yang ada bayi tu, bayi yang keras menonjol di bahagian mendekati kulit perut ibu itu boleh merasai sentuhan itu ^_^.

Saya anggap ia bonding yang dibina sejak dari dalam kandungan. (selalu lakukan untuk kedua dua anak saya sejak dari dalam kandungan. Anak pertama: bonding dengan ibu, ayah. Anak kedua: bonding dengan abang dia, ibu dan ayah. Saya memang purposely buat macam tu. Kini anak ketiga dalam kandungan: sedang dibina bonding dengan abang, kakaknya dan ibu dan ayah).
.
Dan lahir sahaja, neurons mereka ialah 25% sudah terpenuh. Banyak tu !!! Means parenting memang dari dalam kandungan bukan selepas anak bermasalah usia berapa berapa baru kita terhegeh nak belajar ilmu parenting yaaa.
.

5. Jadi sentuhan sayang selepas bayi lahir lebih kepada stimulasi dan pembentukan dan perkembangan otak selepas bayi lahir yang mana ia membantu 80% balance persekitaran yang kita nak penuhi, dan ia adil untuk anak angkat iaitu anak yang tidak diingini ibu kandungnya yang mungkin tidak pernah dapat sentuhan dari dalam perut (tiada bonding, unwanted child),
.
iaitu ibubapa angkat yang pengasih penyayang masih dapat membentuk, mengasuh anak angkat ini dengan penuh kasih sayang, secara 80% persekitaran itu dan MUNGKIN mengubah sedikit genetik asal 20% itu.

Wallahualam… Subhanallah….
.

==> So adil dan benar. Bayi lahir memang ibarat kain putih, bersih, ‘ibu bapa’ lah yang mencorakkannya. Jika ibubapa dia ialah nenek atuk yang asuh, nenek atuk lah, jilka ibubapa nya ibu bapa angkat, itulah dianya. Jika ibubapanya ialah Makcik dia yang single, itulah dia.
.
Ok sekadar sharing dan renungan kita bersama ya.

Apa Ibubapa Perlu Buat Untuk Sentuhan Anak:
======

1. Sentuh anak kita sejak dari dalam kandungan. Semua orang dapat main peranan, adik beradik dan bapa sekali.

2. Susu penuh anak dan banyak bonding sentuhan dalam tempoh pantang, dan sambung menyusu hingga 2 tahun ikut kemampuan. Ibu akan ada banyak sentuhan dan dakapan dengan anaknya.

3. Ayah masih boleh ada sentuhan dengan bayi, iaitu semasa bantu susukan bayi dengan susu ibu guna botol. memandikan bayi sejak dalam pantang dan hingga besar sikit (kurangkan beban ibu heheh), mendakap kukuh waktu bawa jalan-jalan tengok alam dan berkomunikasi dengan bayi.

4. Teruskan sentuhan gurauan, geletek seadanya, dan angkat anak duduk ke bahu tinggi untuk yakin diri, hayun (ada cara ikut ilmu Nury) untuk rangsang genggaman tangan kuat bayi, peluk, cium, usapan, oleh kedua ibu bapa. Teruskan amalan sampai anak besar dan anak rasa selesa. (ada famili amalkan sampai anak dewasa dan anak okay saja jika itu diterapkan dalam budaya keluarga).

5. Genetik tak genetik, itu ilmu baru yang manusia akan suka nak cari gali dan buktikan sesuatu. Namun basic ilmu parenting Islam sarankan, ikut sahaja, tak kan pernah rugi atau silap. Amalkan sentuhan selamat dan elakkan sentuhan tak selamat, melainkan sentuhan untuk mendidik (pukul hujung kaki dsb) secara Islam (ada steps dia dalam Parenting Gaya Nabi).

6. Elakkan sentuhan tak sayang, tak selamat, sakit seperti pukul, menampar, mencubit, menekan, sebab kita anggap ia reverse dari fakta baik di atas, iaitu bonding menjauh, genetik baik tak berlaku, karektor kelak dia adalah kategori dingin dan keras (ramai kan lelaki dewasa macam ni?), neuron otak banyak terhenti/terputus (kajian Neurosaintis Lise Eliot) dan seangkatan dengannya.
.

Buku Lise Eliot ni saintifik /berat sikit nak baca n fahamkan 🙂 Tapi bagus pada yang berminat faham otak anak dengan lebih mendalam lagi 🙂

Refleksi,
❤❤❤
Maznah Ibrahim

Sharekan jika bermanfaat

Jemput join telegram channel saya di sini ya

T.mazn.me/chan


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *