Nak Anak Sihat Emosi & Kurang Tantrum?

    3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM . Ini adalah 3 strategi mudah sebenarnya namun paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan ibubapa. Kita mungkin terlepas pandang kerana sibuk mencari bermacam-macam teknik lain yang mungkin kedengaran ‘canggih manggih’. Mudah-mudahan sebagai ibubapa yang cakna mengenai keperluan perkembangan emosi anak kita, kita dapat membantu mengurus emosi mereka dengan menyediakan ‘asas tapak yang baik’ untuk mereka. STRATEGI 1 Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . ✔️ Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). ✔️ Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (outdoor ve indoor) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya.⛔️??? ✔️ Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). ✔️ Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. ✔️ Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali. . STRATEGI 2 Pastikan makanan mereka terjaga. . ✔️ TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, ✔️ dan ia adalah makanan real food, elak ❌ atau minimakan processed food. ✔️ bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat) ✔️ makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais. . STRATEGI 3 Waktu tidur dijaga dengan baik. ✔️ jumlah […]

3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM
.

Ini adalah 3 strategi mudah sebenarnya namun paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan ibubapa.

Kita mungkin terlepas pandang kerana sibuk mencari bermacam-macam teknik lain yang mungkin kedengaran ‘canggih manggih’.

Mudah-mudahan sebagai ibubapa yang cakna mengenai keperluan perkembangan emosi anak kita, kita dapat membantu mengurus emosi mereka dengan menyediakan ‘asas tapak yang baik’ untuk mereka.

STRATEGI 1

Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas.
.

✔️ Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum).

✔️ Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (outdoor ve indoor) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini.

Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya.⛔️???

✔️ Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik).

✔️ Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama.

✔️ Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit.

Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali.
.

STRATEGI 2

Pastikan makanan mereka terjaga.
.

✔️ TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu,

✔️ dan ia adalah makanan real food, elak ❌ atau minimakan processed food.

✔️ bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat)

✔️ makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais.
.

STRATEGI 3

Waktu tidur dijaga dengan baik.

✔️ jumlah jam tidur malam+siang, saranan tidur nap tengahari ikut keperluan usia anak (guidelines di sini :-

https://www.babycenter.com/0_your-childs-sleep-and-nap-timeline_10357001.bc

✔️ jumlah jam tidur ikut aktiviti dan individu anak, namun secara umum dan optimum, kira berapa jumlah jam anak telah tidur siang dan malam, jika dia tidur malam 8-9 jam, siang nya perlu tambahan 3 jam, atau dia tidak tidur siang, malamnya tidur awal dan bangun lewat.

✔️ maka rancang aktiviti nya, tanyakan guru/pengasuh, jika dia ada nap tidur siang, berapa lama berapa kali. Yang kita boleh atur ialah tidur malam jika kita bekerja dan fahami mengapa dia sukar tidur malam (samada dah nap lama siang atau dia craving for tangki emosi ‘masa special time’ dengan ibu ayah, atau bangun lewat pagi).
.

Perhatikan perbezaan mood dan tantrum anak ?? setelah anda adjust 3 perkara di atas ini.
.

3 Atas ini saya kategorikan sebagai Keperluan Fisiologi, tapak asas manusia. ‘Tapak kukuh, individu stabil berdirinya’.

??? InsyaAllah beza besar.

Cubalah, ia baik untuk anak dan untuk mak ayah sekali.

Kemudian barulah kita fokus kepada aspek level atasnya pula (tangki sekuriti, tangki emosi & kasih sayang, tangki estim diri, tangki pencapaian diri).

.

Maslow’s hierarchy of needs, a scalable vector illustration on white background

CARE,
Maznah Ibrahim.

⏩⏩⏩ Join telegram saya untuk sentiasa dapatkan info berkaitan psikologi anak, parenting, dan mental health ibubapa dan anak, di sini:

t.mazn.me/chan

⏩⏩⏩ Dapatkan skrip hypnosis untuk situasi anak pelbagai, dari usia 0-18 tahun, di sini:-

Ebook Hypnoscript


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *