Pernah Dengar Resilien?
Resilien ni masa saya umur 18 tahun dulu belajar di dalam course Pembangunan Manusia saya (Human Development, UPM), tajuknya Pembangunan Individu Resilien hehe.
Ia berkaitan dengan ketahanan, daya tahan, dan kemampuan seorang manusia menghadapi isu dalam kehidupannya, emosinya dan pelbagai lagi dari perspektif dalaman dirinya.
Saya ingat lagi lecturer beri analogi – getah.
Getah ni, kenyal.
Manusia yang Resilien ni berkait dengan kekenyalan manusia la.
Cuma kan, bila dah lama-lama ni, 21 tahun kemudian, sekarang dan sebelum saat ini, saya nampak dah analogi ni. Ada banyak faktor diambil kira dan perlu difahami.
Kenyalnya getah ni ada ‘limit’nya.
Getah yang terlalu ditarik kuat dan lama, akhirnya akan putus.

Tapi getah yang tak kenyal elok, sikit aja tarik terus putus, memang tak best, kefungsian getahnya tak berjalan, kan?
So, kenyalnya getah, perlu sedap sedap, sederhana, tak tebal sangat getah tu, tak nipis halus sangat, dan kefungsiannya setara dengan objektif kita.
Contoh jika saya nak ikat kotak terbuka saya, nak ikat guna getah yang dua kali dililit jadi empat segi macam ikat kotak hadiah tu, saya perlukan getah yang tebal amat, panjang.
Kalau sekadar ikat plastik makanan, memadai getah biasa harian tu. Tupun tak best kalau getah tu halus dan lemah sangat. Manusia?
Kefungsian manusia ni kena faham satu aja, 51:56. Apa fungsi manusia sebenarnya? Tak lain tak bukan untuk beribadah kepada Penciptanya. Apa-apa kita buat, tengok apa Pencipta kita kata? Bukan orang kebanyakan kata, atau diri kita kata, atau nenek moyang kita kata. Kalau nak kemas rumah / barang tu malas, tengok apa Allah kata. Kemas kan bersih indah, Allah suka dan saran sangat.
Hmm… manusia ni kalau lembik sangat, beri ujian sikit aja dah menangis, tak datang kerja, memang terserlah daya tahan dia lemah, memang boleh diberhentikan kerja la ya.
Kita nakkan manusia yang kental, kuat daya tahan, boleh terima ujian, dan pantas bekerja dengan hasil yang ditargetkan..
Kat sinilah terletaknya kepentingan individu resilien.
Namun kat sinilah datangnya term coping skill dan kenal diri.
Individu yang kenal dirinya, tahu limit dirinya, kemampuan dirinya, dan tahu macam mana nak respons kepada persekitaran, dia akan maintain berfungsi dengan baik dan terbaik..
Contoh jika dia tak tahu fakta yang bayi makhluk pembelajar, dan mampu belajar, dia akan skip atau abaikan keperluan rangsangan bayi untuk belajar. Pastu dia bising anak dia tak minat belajar bila dah dekat UPSR. Tapi bila dia terkocoh kacah ajar anak ‘over’ dengan teknik tak betul, dia akan turn to negative impact pula. Kat sini nak kena berguru dengan orang yang tahu, dan kita ada ilmu dan kefahaman yang betul.
Masa kerja NGO dulu bos saya minta saya buat play therapy session 500 jam setahun di samping kerja lain, saya katakan tak mungkin sebab saya seorang sahaja kaunselor di NGO itu.
Bos saya bagus, how do u know y cannot make it? Dia kata buat dulu Maznah baru u tahu kemampuan u.
Then saya pun pulun buat dan berjaya capai dalam 300++ jam/sesi dalam tahun tu, baru bos tahu kapasiti seorang kaunselor di NGO dia dengan bebanan kerja prevention, bagi talk lagi dan jadi social case worker, tak mampu untuk capai target itu, maka dia tambah kaunselor internship untuk bantu saya. Saya pun baru tahu limit saya banyak tu, dan ia sebenarnya banyak tau, macam kain basah diperah habis-habisan. Tapi sebagai seorang individu yang resilien, saya rasa puas dengan hasil kerja usaha saya, Alhamdulillah saya tak collapse atau ada simptom psikosomatik pun.
Resilien,
Ia dekat dengan skil EQ, namun tidak terhad kepada situ, ia skop tersendiri.
Nanti kita bincang lagi bab resilien diri ini, dan penting sekali untuk anak anak kita.
Maznah Ibrahim
==>Join telegram saya untuk sentiasa dapatkan info berkaitan psikologi anak, parenting, dan mental health ibubapa dan anak, di sini:
==> Seminar EHSABAR pertama untuk tahun ini, semak tarikh dan lokasi terdekat anda :
Seminar EHSABAR – Urus Emosi Dengan Cepat, Tepat & Efektif
==> Dapatkan skrip hypnosis untuk situasi anak pelbagai, dari usia 0-18 tahun, di sini:-
[…] kisah getah yang ditarik yang saya cerita semalam? (Klik untuk post pertama). Getah itu perlu kembali ke keadaan asal dan tidak sampai tahap putus. *Kalau manusia diibarat […]