MENANGANI BULI
BULI kerap terjadi bukan sahaja kepada orang dewasa malahan kepada anak kecil seawal usia prasekolah.
Ini antara yang boleh ibubapa ajarkan kepada anak-anak sejak anak kecil lagi seawal usia 4.
.
LANGKAH 1:
Katakan TIDAK / JANGAN kepada tindakan salah si kawan, dengan:
i)
Perkataan ‘No’ itu JELAS, bukan ‘blur / grey’ – gunakan perkataan
“tidak / jangan / stop / taknak” dan bukannya berdiam diri atau senyum
aja tanpa jelas maknanya.
.
ii) Tidak kepada ‘APA’ itu perlu dinyatakan juga – nyatakan apa tingkahlaku salah kawan tu.
.
iii) Beri solusi sekali – lain kali kawan kena buat macam mana (cara alternatif lain).
.
Contoh:
1) “Jangan ambil pemadam saya, ini saya punya.
(Beri solusi) Awak perlu minta kebenaran dulu, kalau saya beri izin, baru boleh ambil”.
.
2) “Jangan tepuk belakang saya, saya rasa terkejut dan sakit.
(Beri solusi) Lain kali, awak tepuk pelan-pelan atau panggil saya untuk beritahu”.
.
3) “Taknak, aku taknak merokok. Terima kasih.
(Beri solusi) Kau tak perlu ajak aku lagi sebab aku takkan setuju untuk cuba ambil rokok”.
(kalau
tak pesan untuk stop menggoda / ajak, kawan akan ‘usha’ atau cuba ajak
lagi, jadi kena beritahu ‘stand’ atau pendirian kita iaitu kita takkan
terima ‘offer’/ ajakan dia)
.
4) “Taknaklah jumpa lewat malam.
(Beri solusi) Kalau nak berjumpa, kita jumpa masa ramai-ramai, tak apa”.
(kes ‘dating’ berdua remaja)
.
LANGKAH 2:
BEREDAR DARI SITU
.
Selepas berkata ‘Tak’ tadi tu, beredar atau pergi dari situ, usah tunggu lagi.
Ini kerana jika kekal berada di situ, anak akan kena ‘buat’ lagi, ni memang kena berlatih agar berlalu pergi dari situ setelah berkata tidak.
Biasanya bila kekal di situ dengan tak berkata apa-apa, kemungkinan besar akan kena lagi.
.
LANGKAH 3:
BERITAHU / KONGSIKAN KEPADA ORANG YANG ANAK PERCAYA
Maksud di sini berkongsi atau luah. Jika simpan, ia kategori RAHSIA TAK SELAMAT.
Ia
penting agar jika ada apa-apa berlaku, anak sekurangnya telah maklumkan
kepada seseorang dan beban emosi anak akan sangat kurang (lega).
.
PENTING: Latih dengan anak, iaitu ibu/ ayah buat sentuhan tak selamat kepada si anak, kemudian si anak beritahu ibu / ayah, dan ibu / ayah respon dengan mendengar, dan puji si anak sebab ‘share’ (beritahu, tak simpan).
Maznah Ibrahim.
p/s: Seminar EHSABAR untuk tahun ini, maklumat lanjut di bawah