Kenapa Anak Memberontak dan Melawan Cakap IbuBapa?


Anak yang selalu lawan cakap, memberontak, hempas barang, keluar dari rumah lari sekejap…, saja kacau adik dia untuk buat ibubapa lagi marah,

sebenarnya anak ini sedang ‘disconnected’ dengan kita.

Sedang kucing juga bila kita baru nak bela, kita letak dalam sangkar untuk cipta atau bina ‘bonding’,

Maka anak manusia sendiri yang diandaikan sudah ‘bond’ baik dengan kita sejak alam rahim pun, amat sensitif bila satu-satu keadaan ‘trigger’ dia untuk jadi semakin jauh dari kita.

Bukan jauh dari segi fizikal, tetapi lebih kepada jauh dari segi hati.

Ini antara 3 sebabnya kenapa anak melawan cakap (‘disconnected’) dan semakin jauh dengan kita:

  1. Dia semakin besar,bermakna dia juga semakin berdikari. Dia dah tak banyak bergantung kepada kita sangat. Banyak benda dia boleh buat sendiri macam gosok gigi, mandi dan pakai baju. Nak nak bila kita ada anak kecil atau bayi yang nak difokuskan penjagaan dan perhatian khusus, maka si anak besar ini, anak no 1 atau 2 sudah mula semakin menjauh dari kita.

  2. Dia semakin besar juga membawa maksud dia sudah mula ada pemikiran sendiri. Dia semakin matang. Jadi ada benda yang dia kurang atau tidak puas hati dengan kita. Dia tidak setuju dengan kita.

  3. Dia masih seorang ‘anak’ yang belum cukup berdikari sepenuhnya (tidak bekerja lagi), dan ada limitasi dalam memenuhi keperluannya sendiri.

    Ada benda yang dia nak dan tak dapat, atau dia nak dan dia tahu dia takkan dapat.
    Dia ‘struggle’ dalam hatinya. Jika dia dah bekerja tak mengapa dia boleh buat atau dapatkan sendiri.

    Beza kan, anak masa kecil-kecil dulu terus bagitahu apa dia nak, tiada halangan dalam komunikasi atau tiada ketakutan/kebimbangan nak bagitahu kita apa dia teringin, bila dia dah besar sedikit dia mula menyimpan hasrat hati, kerana dia sudah tahu reaksi atau respon ibu ayah tidak akan setuju dengan apa dia nak.

Jadi bagaimana nak bantu hal ini agar tidak semakin parah?

Caranya, keyword nya kita perlu ‘been connected’ dengan dia.

  1. Luahkan perasaan kita kepada anak.

    Apa kita rasa daripada situasi yang dia ciptakan kemarahan kita. Cari masa yang sesuai dan slow talk dengan anak ini one to one.

    “Mama rasa sangat marah haritu depan Uncle, Abang hempas barang tanda abang tidak setuju dengan nasihat Uncle. Mama juga rasa malu bila Abang buat macam tu. Apa sebenarnya yang buat Abang tak puas hati dengan Uncle tu?”

    “Ayah rasa kecewa Abang macam sengaja buat Kakak, nak kasi Kakak menjerit dan menangis. Abang marah Ayah, beritahu Ayah, bukan buat Kakak. Boleh kan?”

  2. Minta dia pula luahkan apa dia rasa, apa dia fikir.

    Dari sini akan ada jawapan genuin dia mengenai apa sahaja ketidakpuas hatian dia.

    Ada satu masa ni semasa anak sulong saya berusia 6 tahun dan memberontak keras tak mahu ke sekolah, saya buat langkah 1 di atas kemudian saya minta dia pula beritahu saya.

    Dia saya minta beritahu atau luah apa saja ketidakpuashatian dalam hatinya. Selepas dia menjawab satu persatu jawapan, saya tanyakan “Lagi?”… “Lagi?” sambil saya catatkan di kertas. Sehingga list dia adalah 9 perkara
    dan dah tak ada apa dah.

    Ada yang berkait dengan sekolah, berkait dengan kawan (yang saya sudah tahu), berkait dengan dalam rumah (isu tiada makanan kegemaran dia dalam rumah macam dulu dah bila saya perkenalkan ‘all clean diet’ untuk sekalikan menu adik dia eczema, yang saya tak sangka juga jadi isu ‘struggle’ dalam dirinya), juga ada isu terpendam yang dia dah lupa berlaku di sekolah tapi dia ada ‘anger’ tak resolved lagi berkaitan kawan dan guru juga.


    Banyak tu, sampai 9 jumlahnya heheh.

    Lepas tu baru saya solusikan satu persatu hal yang dia luahkan itu, dengan saya ubah part yang isu berkaitan saya dan rumah, dan berkaitan sekolah dan guru saya beritahu dan bincang dengan guru dan berkait kawan ada yang dia telah usaha selesaikan namun tidak berhasil dan saya beritahukan kepada guru juga.

    Nampak nyata, setelah dia luahkan sehabisnya tu dia lebih tenang dan seolah ‘resolved’.


    “Betapa manusia bila sudah berjaya luah, mereka akan lega separuh dari beban dalam emosinya” – Maznah Ibrahim

  3. Cari mana satu tangki emosi dia semakin menyurut:

    *Masa dengan dia berkurang? – Adakan satu slot masa khas dengan dia berdua-duaan, sama ada membeli barang dia atau makan minum bersama.

    *Sentuhan kasih sayang dengan dia berkurang? – Sentuh dia di bahu, peluk dia, usap dia sambil ucapkan perkataan baik untuknya.

    *Perkataan untuk dia? Puji dia spesifik, apa kebaikan dia yang nak diberitahu kepadanya yang kita amat bangga dia boleh lakukan atau telah lakukan.

    *Layanan/perlakuan? Layan dia seperti seorang manusia yang ada hati dan pemikiran sendiri, sepertinya dia seorang dewasa yang boleh dibawa berbincang dan luah.

    *Material? Mungkin sudah lama dia tak dapat sesuatu barang yang dia inginkan sangat, boleh consider untuk belikan :).

anak perlu rasa connected semula dengan ibubapa maznah ibrahim

Ada beberapa steps khusus lagi saya masukan dalam ebook Teknik Rebonding.

Sejujurnya masa saya tulis Ebook Rebonding ini saya ada isu disconnected dengan anak sulong semasa dia usia 5 (satu tempoh masa singkat) dan serentak dengan itu saya berhadapan dengan ramai klien yang sudah remaja ada isu ini dan puncanya kerana telah lama ‘disconnected’.

Bila sudah remaja dan ‘disconnected’, cabarannya lagi besar terutama apabila fasa pertama mereka ‘struggle with big feelings’ (usia 5-6 tahun tu), ibubapa tidak sedar dan tidak bantu mereka dengan sebaiknya / ignore/abaikan/ tak perasan pun, atau marah teruk, kemudian ia trigger lagi dahsyat masa fasa ke-2 ini. Hampir ‘lost connection’.

Isu ‘disconnected’ yang tinggi dan amat mencabar akan berlaku sekitar anak usia 5-6 dan usia 13-14. Ia kerana faktor hormon anak. Power struggle sebagai seorang kanak-kanak/remaja lelaki terutamanya dan perempuan juga dalam fasa kehidupannya.

Sekiranya kita tak ada alami semasa usia itu, Alhamdulilah.
Sekiranya bukan pada usia ini, akan ada pada fasa usia 7,8 tahun juga.

Jadi kita akan perlu sentiasa berusaha untuk bantu selesaikan isu ‘disconnected’ dengan anak dengan cara ‘rebonding’ dengan anak, yang juga bermatlamat nak ‘connected’ dengan mereka.

Rebonding dengan anak maznah ibrahim

Kebaikan ‘Rebonding’ atau ‘Been Connected’ juga adalah :

1. Anak lebih faham kita, kita juga lebih faham anak.

2. Anak akan lebih berkerjasama dengan kita lebih baik, mudah untuk satu-satu matlamat itu tercapai (cth matlamat pergi sekolah, matlamat siap kerja sekolah, dll).

3. Cegah isu ‘disconnected’ yang dahsyat pada fasa seterusnya agar tidak terlalu susah nak bounce back atau ‘recover’ / baik pulih hubungan ibubapa-anak pada masa depan.

*Takkan nak buat tak tahu, abaikan isu ini, dan biarkan sahaja sehingga kita dah pencen bersara esok,menjadi seorang tua yang terkapai-kapai mendambakan perhatian dan masa dari anak dewasa kita yang superbusy?

Buatlah usaha ‘rebonding’ seawal mungkin, ok.

CARE,

Maznah Ibrahim
21 Januari 2020

Belum dapatkan Ebook Rebonding? BOLEH KLIK DI SINI YA.

Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *