Category Perkembangan Anak

Anak Fasa Usia 7-14, Siap Sediakan Dengan Ilmu Perkembangan Remaja

Berikutan hasil didikan anak peringkat pertama 0-7 tahun adalah RAJA kepada KERAJAAN BERMAIN nya,(post di sini) Saya berasa terkesan pabila anak sudah memasuki usia 7 tahun, dan memasuki fasa sekolah rendah, ‘primary 1’ untuk Fateh, dan kini dia masuk Fasa 2 iaitu menjadi PEKERJA atau PEMBANTU dan perlu lebih latihan dan bimbingan secara lebih serius dalam satu-satu tanggungjawab yang diamanahkan. Namun ia berlaku secara sedikit demi sedikit dan berterusan (istiqamah). Fasa 2 ini, ketara stabiliti untuk Fateh, dari segi – persekolahan– tanggungjawab– emosi– spiritual Iaitu apa apa ditanam semasa zaman bayi dan awal kanak-kanaknya,itulah dirinya sekarang. (Keinginan selalu besar, ‘How to’ selalu di minda sejak usia 2 lebih dan baru ni nak buat sendiri Spinner, cari di Youtube dan buat dengan ayahnya. Baru ini terbaca lagi buku Pak Munif Chatib – Orang Tuanya Manusia,Dan saya setuju sangat. Fasa anak usia 7-14 jika dilihat merangkumi dua skop iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah rendah sampai Form 2 (jika di Malaysia). Fasa ini di dalam buku ini, ditekankan mengenai persediaan anak memasuki alam remaja. Pada saya ia amat benar, perkara besar dan penting. Sebab, memang iyer, ramai anak kawan-kawan saya (sebab saya berkahwin lambat), usia ,8,910 sudah mula menampakkan cirip-ciri nak jadi remaja (terutama perempuan sebab perempuan lebih cepat matang dan akan akil baligh awal berbanding anak lelaki). Saya melihat juga pada klien kanak-kanak saya. Kebiasaannya klien kanak-kanak saya pada usia 10-11 sudah nampak ciri seorang remaja (minat solekan, perasaan ingin tahu tinggi mengenai seksualiti, jealousy among peers ikut jantia, dll). Dari segi penampilan, curiosity, minat berlawanan jantina, dan sebagainya – adalah antara topik ibubapa nak sedia berbincang dengan anak. Menariknya beberapa hari lalu, Fateh beria-ia nak beli ‘minyak wangi nak bawa solat macam kawan/abang-abang’. Dia ni darah O (Feeling) dan ekstrovert Te memang mudah terpengaruh dengan luaran. Cuma menariknya masa mencari-cari […]

Rahsia Jadikan Anak Yakin Diri dan Tak Mudah Putus Asa

Ramai bertanya kepada saya mengenai anak mereka yang sudah mula masuk ke alam prasekolah (4-6 tahun) serta darjah 1 tidak berapa berani, tak berapa yakin untuk bercakap, bergaul dan sukar nak meminta pertolongan. Asasnya kita rujuk kembali kepada waktu seorang anak manusia yang mahu mencuba melakukan pelbagai perkara, sejak bayi. Jatuh bangunnya pun dia bangun sendiri, menampal flash card tak melekat di dinding pun dia cuba berpuluh kali, menumbuk alu lesung pun berani redah buat tak takut apa pun. Cuma, waktu ‘peak’ mereka untuk bentuk jati diri sikap yakin, berusaha sendiri (mandiri) dan berani itu ialah sewaktu usia mereka 3-6 tahun. PERINGKAT ANAK USIA 3-6, MEREKA SANGAT BERUSAHA DAN BERINISIATIF Mereka nak sesuatu, mereka usaha sendiri dapatkan (tarik kerusi dan panjat, berusaha dapatkan sendiri) Mereka ada idea sesuatu, mereka usaha nak laksanakan sendiri (macam-macam la pula eksperimen dia, habis dipunggahnya, habis basah semua, habis tumpah semua…) (anak ke-3 saya Yumna sedang usia 1.8 tahun dan sangat macam usia 3 tahun berusaha buat sendiri semuanya).  KESAN BILA KITA TAK FAHAM KEPERLUAN PERKEMBANGAN MEREKA: Kita kerap marah, Halang, Kita buatkan. BILA KITA LAKUKAN DI ATAS NI: Mereka mudah rasa RENDAH DIRI, KURANG YAKIN DIRI dan RASA SALAH Besarnya nanti kategori KURANG BERINISIATIF dan KURANG PROAKTIF. (Geram rasa jika dapat pasangan macam ni, kan?) JADI, CARANYA: Tahan marah/halang, TAHAN DIRI, JADILAH SABAR Beritahu atau Tunjukkan caranya sahaja. “Begini cara tarik kerusi”.“Begini cara kacau cekodok” “Begini cara pecahkan telor”.“Begini cara cedokkan beras dan tuang agar tak tumpah” “Begini caranya basuh cawan”“Begini caranya masukkan baju di hanger”. “Begini caranya terbalikkan ikan goreng di kuali”“Begini caranya picit ubat gigi”“Begini caranya picit sabun cecair mandi” Fahamilah mereka sebenarnya TIADA PENGALAMAN YANG CUKUP dan TIDAK ‘EXPERT’ macam anda yang dah 30 tahun hidup tu 😛 InsyaAllah, KESAN BESAR NANTI: Anda mudah hidup dengan anak remaja dan anak dewasa […]