Kesan ‘Gajet’ atau alat perkakasan berteknologi kepada kanak-kanak memang telah diketahui umum yang ianya banyak buruk berbanding baik.

Ia bukan saja beri kesan kepada mata, malahan mengubah struktur sel di otak anak yang masih immature dan developing ini.

Bagaimana caranya nak atasi isu ini?

Antara cara nak atasi ialah kita kembali kepada sumber ASAL, dan SEBENAR seperti sumber manusia (ibubapa, kawan, guru), dan benda sebenar seperti tumbuhan, haiwan dan benda yang diintegrasikan ke dalam kehidupan anak anak kita seharian.

Sesuatu yang jauh lebih menarik daripada apa yang ditawarkan oleh gajet (Handphone, TV, laptop, Ipad) kepada anak-anak ialah sumber Ibu dan Bapa kepada anak, iaitu komunikasi yang berkesan, menarik dan impak.

Katakan anak ingin meluahkan perasaan sunyi dan bosannya, dia memilih untuk menonton kartun berbanding bercakap dengan ibubapanya (andaikan ibubapa sibuk) atau bermain dengan ibubapanya (andaikan bermain dengan ibubapa tidak menarik).

Bezanya anak akan jadi pasif dan tidak bercakap pun semasa menonton kartun, sebaliknya hanya menerima maklumat santai dari TV, atau alat perkakasan lain seumpamanya yang menayangkan kartun, kurang memberi faedah kepada kanak-kanak melainkan mengisi lompong tangki emosi yang menyusut; perhatian, kasih sayang dan aktiviti.

Kanak-kanak Sebenarnya ‘Boring’

‘Under stimulate’ adalah salah satu sebab kenapa anak kecil boleh tantrum atau menunjukkan tingkahlaku luar kebiasaan, dan amukannya.

Anak kecil, fitrahnya memang sentiasa aktif, dahagakan (‘hunger for’) input atau maklumat baru, menerusi aktiviti pelbagai, yang melibatkan seluruh sensorinya (bau, dengar, lihat, rasa dan sentuh), iaitu mereka perlukan stimulasi, terutama untuk anak di peringkat usia emas (0-6 tahun).

Maka keboringan mereka itu telah diisi dengan satu amaun stimulasi yang diperolehi dari gajet, berbanding stimulasi yang boleh diperolehi dari aktiviti bersama Ibu dan Bapanya.

Benarlah seolah gajet dan teknlogi telah mengambil peranan kita sebagai ibubapa :(.

Dan melihat TV/laptop/handphone hanya melibatkan deria mata – ‘Lihat’, bermakna keseimbangan tidak berlaku, seterusnya berlakulah ‘over stimulate’ kepada kanak-kanak melalui rangsangan cahaya, pergerakan, info yang diperolehi menerusi MATA sahaja.

Justeru, apakah perlu dilakukan oleh ibubapa?

Kenapa kanak-kanak minat sangat untuk mendapatkan atau memiliki perkakasan itu seperti ibubapa?

Dan mengapa penting kita ‘tukar’ atau ‘gantikan’ dengan aktiviti dan sumber ASAL dan SEBENAR ini?


Jemput untuk menonton video pendek saya untuk tahu jawapan kepada 3 perkara ini:

Maznah Ibrahim


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *