Berapa Lama Sesuai Masa Anak Guna Gajet?


Artikel kajian yang saya baca mengenai kesan gajet kepada perkembangan kanak-kanak, dan kesihatan mental emosinya agak jelas iaitu seiring peningkatan penggunaan gajet (ranking pertama ialah smartphone, disusuli laptop, tablet/ipad), ia memberi risiko kepada masalah kesihatan mental kanak-kanak seperti depression, anxiety, ADHD, mood disorder dan bunuh diri, selain masalah fizikal iaitu masalah sensori.

Berkaitan kekerapan dan masa penggunaaan, kajian mendapati wujud perkaitan signifikan bagi dua aspek ini dengan abrnomaliti atau masalah tingkahlaku dan emosi kanak-kanak sekolah rendah (dari SDQ : Strengths and Difficulties Questionnaire).

Apa Yang IbuAyah Boleh Lakukan ?

Antara yang ibubapa boleh lakukan untuk untuk melindungi anak anak dari kesan berbalik (adverse effect) daripada skrin elektronik ialah:

1. Setkan masa penggunaan skrin

Tegas dengan jangka masa penggunaan, dan hentikan bila masa sudah tamat.

Katakan anda beri 10 minit untuk anak menggunakan smartphone anda (main game atau tonton youtube), selepas masa tamat, tegas untuk ambil atau latih anak beri semula (kami latih anak kami Fateh dan Khairunnisa sejak usia 4, dan ia berjaya, pabila cukup masa alarm berbunyi, mereka pulangkan semula. Fateh lebih sukar sebab tiada contoh dan dia anak pertama, manakala Khairunnisa lebih mudah sebab sudah ada abang Fateh sebagai contoh).

Berapa lama masa? Ada artikel menyarankan 1 jam sehari untuk kanak-kanak kecil manakala kanak-kanak yang sudah bersekolah, 2 jam sehari,

dan ada artikel lain menyarankan ianya kurang 40 minit sehari dan kekerapan ialah kurang dari 3 kali/sehari dan 1-3 hari/seminggu bagi kanak-kanak sekolah rendah.

Maka fikir-fikirkanlah. Saya juga sedang memikirkannya kerana merasakan anak saya menonton hampir setiap hari (laptop disambungkan ke TV, maka semua orang nampak apa mereka tonton secara jelas walau dari jauh).

Namun syukur, petanda anak-anak kami kategori tidak ketagih ialah:-

bila tiada tv (contoh laptop tak sihat : laptop kami sambung tv), anak-anak tidak menunjukkan withdrawal syndrome seperti mengamuk, agresif dan berubah mood sangat-sangat malahan mereka automatik akan kreatif untuk buat apa saja aktiviti lain. Haha.. ini memang bagus sangat, Alhamdulillah syukur. Boleh cuba buat-buat keadaan sebegini (beri alasan rosak atau tiada internet dsb).

*Bila datang mood lain tu, semua pakat berlumba melukis dan bercerita pasal lukisan mereka (nanti post lain).

2.Buatkan anak bermain di luar

Galakkan atau dengan erti kata lain, paksa anak untuk bermain di luar rumah, bersama rakan-rakan atau adik beradiknya. (halau anak ke luar rumah, maka mak ayah juga perlulah keluar sama sebab nak pantau anak, kan?).

Ia dikatakan jauh lebih baik untuk anak bermain dengan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, burung, hamster, kura-kura berbanding menonton filem/movie animasi binatang.

Ini bukan sahaja membantu untuk latihan mata malahan mengurangkan kemungkinan myopia/rabun jauh kuasa tinggi.

3.Ganti aktiviti menarik lain sebagai Gajet ‘as our ‘babysitter

Ramai antara kita menjadikan gajet sebagai pengasuh anak buat sementara (termasuk saya) agar saya boleh buat banyak kerja, kan?

Terutama si anak merangkak Yumna yang belum boleh berdikari (Abang Fateh dan Kakak KN mudah sebab boleh bergerak, berdikari, dan dapatkan apa dia nak, Yumna lebih clinging).

Jadi biasanya saya minta KN untuk ambilkan satu box mainan berbeza setiap kali sebagai ganti saya (jadi babysitter kejap la kan hehe) sementara saya selesaikan urusan dapur saya. Lebih baik buat mereka sibuk dengan mainan kreatif, buku cerita, puzzle dan buku mewarna.

  • Sebenarnya Yumna tak pernah kelihatan engage lama (suka) dengan TV pun, dan apabila Yumna baby ni bosan main mainan dalam box (sekitar 10-15 minit), dia tetap akan pergi kepada saya akhirnya, menunjukkan anak bayi adalah sebaik-baik ‘pendidik’ dan ‘petunjuk’ kepada kita, iaitu manusia memerlukan manusia untuk berhubung, berkomunikasi dan meningkat perkembangan ‘kemanusiaan’.

3.Pastikan tidur anak adalah cukup, dan berkualiti

Kanak-kanak perlu tidur sekurangnya 9-10 jam waktu malam agar mata dapat berehat dan otak yang banyak digunakan sepanjang hari juga boleh rehat. Malah semasa tidurlah otak dibersihkan dari semua toksin yang ada dari kesan dan pelbagai faktor. Tidur yang baik memang membantu emosi yang stabil untuk kanak-kanak tau. Follow Dr Rizal Abu Bakar yang selalu menekankan mengenai tidur yang cukup buat manusia.

Kami memang sejak anak bayi lagi tidurnya adalah selepas maghrib dan bila besar sedikit tidurnya selepas Isya’.

KESIMPULANNYA…

Apa pun, teknologi adalah baik bila digunakan dengan sewajarnya dan ia juga turut tidak baik bila disalahgunakan atau terlebih guna.

Dan pada saya tidak mungkin anak kita yang lahir zaman generasi Alpha ini tidak terdedah kepada penggunaan gajet kerana ia turut banyak membantu dan memberi motivasi pembelajaran (macam Fateh Thinking bila ada sesuatu sahaja dia akan search di Youtube untuk info, seperti cara buat ‘trick magic’, cara selesaikan rubic cube, cara buat kapal terbang kertas laju, cara bela / jaga kura-kura, dsb).

Semasa memilih untuk beli kura-kura kecil

Letakkan sesuatu pada tempatnya, sesuai dengan keperluannya.

Key nya juga ialah seimbang. Pastikan stimulasi untuk anggota badan dari deria adalah seimbang dan banyakkan yang ‘real’ bukan palsu (kura kura dalam youtube atau kura-kura animasi vs kura kura sebenar yang boleh disentuh).

REFERENCES:

M, S. (2017). The Impact of using Gadgets on Children. Journal of Depression and Anxiety, 07(01), 1–3. https://doi.org/10.4172/2167-1044.1000296

Wahyuni, A. S., Siahaan, F. B., Arfa, M., Alona, I., & Nerdy, N. (2019). The Relationship between the Duration of Playing Gadget and Mental Emotional State of Elementary School Students. Open Access Macedonian Journal of Medical Sciences, 7(1), 148–151. https://doi.org/10.3889/oamjms.2019.037

Kenapa anak suka gajet ?

Di sini, ada saya kupaskan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *