Time Out Anak Buat Salah dengan Kaedah Time In-Pillow Talk


Anak Buat Salah dengan Adiknya,
Apa Alternatif?

Time Out Anak Yang Buat Salah dengan Offer Time In Pillow Talk

Semalam selepas KN buat persembahan menceritakan kertas lukisannya, visualize sempena hari sukannya nanti,
Fateh pula tetiba teruja nak cakap juga (tapi masa tu dia tulis tulis di whiteboard besar belakang tu).

KN seronok nak cerita pasal lukisan dia, menarik sekali 🙂

KN belum sedia untuk turun dari kerusi.

Fateh pula kelihatan memaksa sedikit, dan mula menggunakan penutup marker pen biru untuk cucuk perut KN dan guna lutut untuk tolak KN turun dari kerusi.

Fateh menulis di whiteboard besar masa KN present lukisan dia.

Saya yang berada di hadapan mereka, menegur Fateh.

Saya memang tak boleh terima kerana ia ketegori ‘buli’ dan memandangkan dia telah tahu tidak boleh fizikal, dia guna alatan lain dan alternatif lain.

KN yang telah diajar untuk say No dan beritahu perasaan, otomatik tunduk dan mula nak menangis (jenis personaliti dia mudah sedih).

Saya terus offer Fateh untuk Time Out masuk bilik ‘untuk Pillow Talk dengan Mummy’.

(kali terakhir saya Time Out dia masa dia usia 4-5 tak silap, saya tak ingat. Saya amat amat jarang buat sebab ia bukan solusi terbaik).

Fateh masuk bilik dan kunci.

Saya pula berjaya masuk bilik dengan buka pintu guna kunci (hehe).

Saya kata: Kita bual tepi bantal atas katil.

Dia nampak positif, dan minta excuse kejap nak ambil air milo panas dia atas meja yang saya buat sebelum tu.

Ok, positif, Alhamdulillah kata hati saya.

Kemudian kami atas katil dan saya beritahu dia.

Saya ulang pasal apa dia buat tadi tak betul.

Dia ulang beritahu dengan marah yang dia tak suka kakak KN banyak ‘buat hal’.

Saya minta dia perjelaskan apa maksud dia ‘banyak hal tu’.

Contoh tadi di sekolah, rupanya Fateh ada kacau KN dan KN nangis dan seolah Fateh cuba pujuk tapi tak makan saman dan semua orang cuba pujuk, jadi Fateh macam geram sebab hal itu tak selesai. Pada dia, budak perempuan lembik macam tu dia memang tak suka dan pada dia sebab dia pernah kata, kalau orang dah minta maaf tu maafkan aja lah, kenapa nak panjang-panjangkan hal.

Hehe sah orang Thinking straight forward, dan sah orang lelaki fokus pada solusi dan tak suka benda remeh emosi.

KN Thinking tapi beza sebab emosi perempuan dia lebih kuat.

Plus history KN ni lain sedikit dari bayi. KN sihat dan takda kena cucuk cucuk, malahan dia takda kuning lansung pun.

Fateh lebih kuat emosi i) sebab dia lelaki, ii) sejak dia bayi memang dia dah lalui macam-macam situasi perit dicucuk berulang kali (kesakitan, keperitan). Wardednya dia di hospital tiga kali dari baru lahir (cephalohematoma + demam bayi baru lahir kena masuk nicu cucuk antibiotik), usia 12 hari masuk wad lagi sebab kuning dia 343 dan usia dia 59 hari kat kecemasan Platlet dia 11 lepas tu malam sama turun kepada 3 (Acute ITP).

Yang kali ketiga tu memang paling besar dalam hidup dia, antara hidup dan mati (platlet dia 3 dan suspek leukimia, kanser darah dan macam-macam suspicious, last dia cuma acute ITP). Dia juga hadapi virus macam-macam masa usia bawah 2 tahun maka dia jadi agak kental dan keras emosinya.

Kemudian, saya kemukakan bukti dua perkara.

Memandangkan Fateh Thinking saya beri alasan logik kepada tingkahlaku KN yang dia tak gemar (buat hal, menangis merajuk dan tak selesai dipujuk).

Ini dua point yang saya katakan kepada dia.

  1. KN ialah Thinking juga macam Fateh. Orang Thinking nak menang juga. Cuma dia Thinking introvert maka apa dia nak, dalam hati, itulah keputusan dia, orang luar pujuk atau pengaruhi dia, dia taknak, memang dia takkan nak, dia keras lagi. Beza Fateh Thinking ekstrovert, boleh lagi Mummy pengaruhi. Nak mainan, Mummy pengaruhi, Fateh boleh berubah keputusan, buat Matematik, kawan bising, Fateh takleh fokus tapi KN boleh terus aja buat apa dia nak sebab dia introvert tak makan saman dengan luaran (buat lawak lawak dan Fateh gelak). Maka sebab tulah dia kalau taknak dipujuk dia tetap takkan terpujuk. Caranya biarkan aja dia. Nanti dia dah sejuk, dah ok, baru kita cakap ngan dia…….
  2. KN ni egosentrik. Usia dia 2 sampai 7 dia akan kata dia aja betul. Kalau main dam ular tu, dia ada peraturan dia sendiri dan tak nak ikut peraturan sebenar yang kita beritahu (macam main Sahibba haritu). Jadi dia aja betul, dia aja benar, semuanya berpusatkan diri dia. Barang dia dah lah barang dia, barang orang pun barang dia. Usia 2 memang lagi dahsyat, usia 4 ni ok sikit tunggu sampai usia dia 7 macam Fateh dia akan lagi ok dan boleh berfikir. Jadi sabar ajalah. Fateh masa 2 hingga 7 tahun, Mummy Ayah boleh aja sabar dengan Fateh sampai Fateh boleh tolerate dengan orang lain sampai teacher boleh nak calonkan Fateh jadi PST (macam pengawas la – pelapis)…
Main sahibba reramai kakak cilik barulah egosentrik kurang sikit…. sabo…

Nampak selesai, untuk kefahaman.

  1. Cara pillow talk lebih stabil, same level dari kaedah tegur masa berdiri sah sah kita tinggi dia rendah.
  2. Ajak anak nak ditegur ni ke ruang lain bersendirian untuk fokus interaksi, berbual dan teguran.
  3. Secara tak langsung, kita ibubapa jaga maruah dia.
  4. Dia juga rasa special sebab dapat one to one pillow talk dengan kita siap bawa air milo panas lagi hehe.

Time Out ni kaedah lama dan tidak relevan lagi, lagi lagi budak usia bawah 5 tahun. Elak punishment.

Fahami Time Out dan Time In dalam artikel penulisan saya ini ya.

Artikel Time Out Tidak Relevan

Hasilnya mak pun rasa ok dan anak yang nak ditegur juga rasa ok.

Refleksi Saya:

1.Dalam ceramah saya, mostly saya galakkan educate anak yang besar untuk handle konflik dia dengan adik dia.

2. Dan besarkan peranan anak besar dengan ilmu tambahan untuk tingkatkan kefahaman dia mengenai peringkat perkembangan adik dia, sebab kita taknak anak besar ni kecil hati dan sering rasa kena mengalah semata sebab adik masih kecil, semua dia salah.

3. Kita jua tak mahu anak besar ni jauh hati sampai terus ambil pilihan let go semua peranan dia sebagai anak sulong sebab dah fed up.

4. Sedangkan dia sendiri tiada abang atau kakak untuk mengalah untuk dirinya, dia takda pengalaman. Bila anak besar faham perkembangan kanak-kanak (adik dia usia 2 memang panas, dan seterusnya), anak lebih tolerate dan sabar. Katakan juga abang yang sabar ni sebenarnya MENANG. Orang yang SABAR ialah ORANG MENANG dan mudah masuk syurga.

Refleksi,

Maznah Ibrahim

2 Ogos 2019
Peristiwa anak anak semalam 1 Ogos 2019 malam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *