Di Sebalik Seorang Anak Yang Berjaya Mereka Memiliki IbuBapa Yang Memiliki 6 Ciri Ini …..


rahsia seorang anak penjaya maznah ibrahim

Siapa Di Sebalik Seorang Anak Yang Berjaya?

Biasa kita dengar yang di sebalik seorang lelaki dan wanita yang berjaya, di belakangnya ada pasangan yang menyokong.

Begitu juga dengan seorang anak yang berjaya.

Kejayaan anak itu datangnya dari ciri-ciri ibubapa yang betul sikapnya,

dan bukan semata dari alat (tool) luar lain seperti alat bantu mengajar (teknologi yang canggih), kelas berbayar khas yang mahal mahupun guru hebat tertentu.

Berikut merupakan 6 sikap yang betul yang ada pada ibubapa hebat ini yang merupakan ibubapa kepada anak-anak yang berjaya (dari pemerhatian dan pengalaman saya):

1.Apabila ibu dan ayah itu mempunyai kepercayaan kepada ciri unik dan potensi besar anaknya pada saat anaknya itu ketinggalan atau kelihatan rendah pencapaian dari rakan seusianya, maka itulah antara ciri utama seorang ibu ayah kepada anak yang berjaya.

2. Apabila ibu dan ayah itu mempunyai kepercayaan kepada kompeten diri (self esteem positif sebagai parent), serta dalam masa yang sama menyedari aspek kelemahan diri (lalu berusaha untuk mengatasi kelemahan itu), maka itulah antara ciri utama seorang ibu ayah kepada anak yang berjaya.

3. Apabila ibu dan ayah itu sensatif dan menyokong kepada minat (kecenderungan), kelebihan serta kekuatan anaknya, maka itulah antara ciri utama seorang ibu ayah kepada anak yang berjaya.

4. Apabila ibu dan ayah sensatif dan membantu apa saja kekurangan anaknya dari awal, maka itulah antara ciri utama seorang ibu ayah kepada anak yang berjaya.

5. Apabila ibu dan ayah sentiasa menjaga emosi dan perilaku dirinya kerana tahu emosi dan perilakunya itu bakal mempengaruhi hasil emosi dan tingkahlaku anaknya, maka itulah antara ciri utama seorang ibu ayah kepada anak yang berjaya.

6. Apabila ibu dan ayah sentiasa kembali kepada sang Pencipta, dalam mengadu, mendoakan dan meminta pertolongan berkaitan anaknya kerana sedar anak itu adalah milik Pencipta dan dirinya hanyalah pemegang amanah yang bertanggungjawab, maka itulah antara ciri utama seorang ibu ayah kepada anak yang berjaya.

Semoga kita semua berupaya menjadi tulang belakang kepada anak kita dalam perjalanan mereka menjadi seorang khalifah dan ummah yang menyumbang / berbakti kepada masyarakat, negara dan dunia suatu hari nanti.

Nukilan Malam Hari,

MummyFatehKNYumna


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *