Pertama Kali Dalam Hidupnya…Fateh ‘Bekerja’ di Kedai Basikal Selama 1 Jam


Tip Parenting #16

( Bila Anak Nak Sangat Sesuatu…)

 

Dari kecil, anakanda sulong saya yang ‘strong willed’ ini memang banyak kehendak. Besar-besar pula tu.

Hasil LUA nya kebanyakan hasrat dia tu dia dapat.

Contoh sejak usia 2 tahun nak naik traktor, dapat. Lepas tu nak naik bas, lori, kapal terbang, feri, semua dapat juga. Nak naik kuda pun dapat.

Nak pegang awan juga dapat (masa naik kat genting highland dalam kereta kabel tu). Nak panjat gunung, bukit, juga dapat. Next tahun 2020 ni dia nak ke Legoland pula (hmm duit duit duit heheheheh).

Ada satu kali ni masa dia usia 2 tahun 8 bulan dia nak sangat ke kedai runcit dan beli sesuatu (macam jajan ke apa saya tak ingat) yang mana ianya kedai yang pengasuh ada bawa dia pergi.

Desakan dia membuatkan saya setuju dan bawa dia ke kedai runcit tersebut.

Saya beri dia RM1 saja. Belilah apa Fateh nak beli sangat tu (saya macam cabar dia la).

Hmm.. balik dari kedai (saya dalam kereta menunggu dia di luar kedai), dia bawa pulang sebiji layang-layang.

MasyaAllah. Besarnya nilai kesanggupan dan kesungguhan dia sehinggakan dia berjaya membeli sesuatu yang lebih bernilai dari barang asal dia rancangkan tu. Ini video dia masa tu.


 

Siri seterusnya bila dia nak sangat aiskrim, saya namakan cabaran itu sebagai CABARAN RM1 Fateh.

Ya, dia berjaya beli aiskrim.

Sama ada dengan pakcik motor biasa-biasa itu, atau di kaunter kedai atau restoren. Semua tu berlaku selepas siri pengalaman pertama itu.

Berjaya saja, tak pernah tak berjaya. Alhamdulillah La haw la wa la quwa ta illah billah.

Peranan kita cuma bantu aja.

Cabaran sama juga berlaku kat kedai Rakyat 1 Malaysia, stesen minyak, kedai serbaneka, 7E.

Tips saya: Cuma pastikan kejayaan pengalaman pertama tu berlaku dengan jayana, yang mana ibubapa pilih tempat / lokasi yang selamat, dan ibu ayah ada di luar kedai memerhati dengan rapat.

Sehinggalah meningkat kepada CABARAN RM2 sebab dia dah mula besar, mungkin dalam usia 4-5 macam tu rasanya. (Kalau belon besar air tu RM4, dia mula menjadi mentor kepada adiknya Khairunnisa’).

Sungguh, memang berjaya tak pernah gagal. Dia semakin berani dan mampu berdikari.

Yakin diri, redah aja sebab dia ada kemahuan yang besar, maka dia perlu sanggup melakukannya.

Pengalaman Nak Bekerja

Hari ini… (19 Disember 2019),

Di usia 7 tahun nak masuk 8 tahun tahun depan bulan Februari 2020, dia ‘bekerja’ pertama kali di kedai kawan ayahnya Uncle Naim, semata-mata kerana dia nak sangat rasa pengalaman bekerja dan kumpul duit.

Sedangkan sebelum ini sejak kecil lagi ala-ala upah biasa tu memang ada la sebab buat kerja di rumah kan. Tak lah konsisten tapi memang ada siri-siri masa tertentu yang dia rajin dan ‘collect money’ tu.

Konsepnya ‘no pain no gain’ yang saya terapkan kepada anak-anak.

Sebab kemahuan dia besar sangat, maka kita beri izin tapi dengan sedikit tugasan yang bersesuaian la kan.

Kisahnya Macam Mana Tercetus Idea Nak Kerja

2 hari lepas semasa di dalam kereta dia maklumkan yang dia teringin nak kerja sebab nak kumpul duit. Masa tu duit dia ada RM7 dan dia nak beli loceng untuk kucing. Lepas tu dia tukar plan, dia bayarkan makanan kucing RM5 masa di kaunter kedai Cat tu sebab loceng tu harga RM6.80,  dan minta saya bayarkan loceng kucing. Dia takut nanti duit dia semakin sedikit.

Tak kisah kerja apa, cuci tayar ke apa ke, sebab ayahnya pernah cerita kesusahan hidup yang membuatkan ayahnya lakukan kerja pelbagai untuk cari duit (kebanyakan lelaki memang ‘survival’ tinggi macam tu kan, saya ni tak da la sangat pengalaman macam tu heheh).

So masa cerita tu dia kata nak kumpul duit (sebab dia kan banyak hasrat, macam mainan besar ke apa, sekarang ni pelaksanaan saya untuk mereka 1 mainan 1 bulan di shopee online).

Saya kata nak kerja di kedai tayar mana pula?

Dia pun sebut la kedai Uncle Naim.

Okay… uncle tu kedai basikal.. hmm nanti Mummy tanyakan kalau-kalau Uncle Naim nak bagi.

Jenuh seharian tu dia asyik tanya Mummy dah tanya Uncle Naim ke. Belum saya kata.

[Sebab saya jenis meraikan hasrat anak dengan membantu untuk dia dapat pengalaman baru (mak Intuiting memang macam ni akan beri anak alami pengalaman apa-apa), maka saya pun pm En Naim]

Camana nak karang ayat nih saya kata.

Akhirnya lewat petang tu saya berjaya pm En Naim, tanya elok-elok, bimbang pula menyusahkan orang…


 

Syukur En Naim positif dan setuju. Dia tetapkan hari dan masa iaitu Khamis, 9-10 am (dua hari lagi). Jenuh pula nak bagi Fateh sabar sebab dia nak esok juga (Rabu).

Kenapa saya tetapkan 1 jam sebab saya tahu kemampuan dia. Di usia macam ni, bukan boleh buat kerja lama-lama sangat kan. Banyak komplen juga la, bising-bising mulut dia tu, tak tahan kalau orang tak kenal dia (biasa la kan).

Tapi duit upahnya saya berikan siap-siap, Uncle Naim berikan seolah upah dia.

Hari dinantikan tiba dan dia ok aja macam kita pi hantar ke kelas berenang 1 jam atau kelas apa-apa tu kan. Pesanan saya cuma hormat bos dan takpayah banyak cakap, buat aja kerja diminta.

Genap 1 jam saya ambil dia semula. Saya tanya Uncle Naim, katanya dia diam dan tak cakap apa pun.

Dia dah habis dan nak salam uncle dan terima bayaran

Wah suprisenya saya dengar…

 


Dalam kereta dia kata senang aja, cuma sapu tu dua kali dalam dan luar, kawasan luas dan dia tak biasa, dia rasa sukar sikit. Sapu dua kali dan susun kotak. Okay bagus dia rasa pengalaman sukar itu, saya kata dalam hati.

Kemudian saya terfikir, Oh sebab dia selalu sapu part makanan dia tumpah saja. Tak pernah sapu satu rumah. Kalau vacuum dia ada juga buat banyak kawasan. Kikih.

 

 

Hasil kotak yang disusunnya…
Sehari selepas baru dapat gambar dia susun kotak

So inilah pengalaman pertama Fateh. Well Done!!!

Bekerja.

Luar setting rumah ibubapanya.

Satu jam.

Upah RM7.

Alhamdulillah.

Konsep saya cuma kita beri bila anak nak sangat, sebab bila anak dah taknak atau tak minat, penat jelah kita nak minta dia buat semua tu.

Contoh hantar pinggan sebiji ke dapur. Penat membebel masa remaja kelak jika masa dia usia 1 tahun lebih dia minat nak buat kita kerap halau dia keluar dari kawasan dapur, kan.

Haa.. tulah pasal. Hehehe.

Peringkat Industrious vs Inferiority (Ketekunan lwn. Rendah Diri) – Anak Usia 6-12

Peringkat ini anak usia sekolah rendah sudah ada kemahuan yang disusuli ketekunan (buat sungguh-sungguh untuk apa yang dia mahu capai).

Maka peranan kita lorongkan sahaja minat dan kecenderungan mereka, sokong dan beri laluan, kebebasan untuk berkarya.

InsyaAllah mudahan ketekunan ini membuatkan mereka rasa yakin diri demi memelihara self esteem mereka yang telah kita pasakkan semasa usia emas 0-6 tahun itu.

 

Refleksi Mummy Fateh

19 Disember 2019

4.00 pm.


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *