3 Kunci Pupuk Self Esteem Anak, No 3 Paling Tak Sangka


Apa Itu Self Esteem dan Kenapa Self Esteem Penting ?

Self esteem ialah keyakinan diri seseorang terhadap nilai dirinya dan keupayaan dirinya yang mana ia menjadi punca kepada isu anak-anak yang kerap saya terima soalannya :

  • anak kurang yakin diri
  • sukar bersosial
  • terlalu takut di suasana baru
  • tidak berani bertanya kepada guru
  • sukar meluah perasaannya
  • termasuk juga mudah menjadi mangsa buli

Nak nak bila sudah masuk tahun baru, hari pertama ke sekolah.

Pada ketika anak sudah masuk ke lingkungan sosial barulah ibu ayah sibuk mencari formula bagaimana nak tingkatkan yakin diri dan berani anak. Ketika itu saya andaikan sudah 80% Self Esteem anak ini sudah terbentuk dasarnya.

Di sini saya kongsikan 3 KUNCI penting pembentukan atau pembinaan self esteem anak kita semua.

KUNCI 1

Kepercayaan serta pandangan ibu ayah terhadap potensi anak adalah utama dan asas sekali.

Apabila ibu ayah merasakan anaknya introvert, sukar bergaul, penakut, sensitif dan sebagainya, ibu ayah sendiri meletakkan limitasi kepada peluang lonjakan anak boleh menjadi seorang yang yakin dirinya.

Maka ibu ayah perlu berubah pandangan atau perspektif mengenai kemampuan anak untuk dibentuk pembentukan self esteemnya, dengan sedikit bimbingan dan persekitaran yang sesuai dengan si anak. Ia bermula dengan mind set atau kepercayaan ibu ayah sendiri ok.

KUNCI 2

Persekitaran yang disediakan untuk anak adalah sesuai dan menggalakkan fitrah perkembangan mereka disokong.

Sebagai contoh anak di usia 3 sudah mula berinisiatif dan berusaha melakukan pelbagai perkara sendiri.

  • menuang air ke bekas ais kiub sebab ibu tiada masa buat ais kiub – sebenarnya nak main air! Atau nak cuba sendiri macam ibu buat atau nak mudahkan ibu, sebab dah beberapa kali minta kat ibu ibu tak buat lagi
  • memanjat sendiri untuk ambil serbuk susu di rak atas tinggi – sebenarnya yakin sangat nak buat susu sendiri, rasa mesti boleh buat, macam ibu buat, nampak senang dan seronok!
  • menggunting bantal dan mengeluarkan kekabu –  sebenarnya membayangkan suasana di negara bersalji, sejuk best sangat
  • menarik bekas beras dan menaburkan ke lantai – sebenarnya rasa macam beras ni dedak kecil nak diberi ayam makan dalam imaginasinya
  • cubaan memasak sendiri kek menggunakan tepung –sebenarnya yakin sangat diri sebagai cheff seperti di tv
  • menabur guli atau batu kecil penuh sekitar lantai – sebenarnya ibarat menabur batu di taman bunga
  • mengecat lantai marmar dengan menggunakan warna air dan berus – sebenarnya mengekspres idea seni bebasnya
  • menconteng lantai dengan ‘permanent marker’ – sebenarnya sedang melukis peta laluan!
Tabur sepahkan objek kecil adalah normal untuk semua anak kecil
Sentiasa muka rasa tiada bersalah. Bagusnya dia berjaya kutip dan masuk semula ke bekas aiskrim bila diminta dengan muka ‘joyful’ si mak !

Mereka banyak melakukan eksperimen dan melaksanakan pelbagai ideanya.

Maka cara yang betul respon ialah terima dahulu hasil yang ditunjukkan, kemudian barulah dibetulkan atau ditunjukkan caranya dengan betul (skrip betulnya saya masukkan di ‘cheatsheet’ printable pdf dan juga dalam Ebook Hypnoscript).

KUNCI 3

Tahukah kita ibubapa yang sebenarnya pembinaan self esteem anak ini bermula sejak lahir sebagai tapak asas di peringkat usia 0-2 tahun ?

Kebanyakannya tidak tahu, atau tidak nampak perkaitannya dengan yakin diri anak di kemudian hari.

Ia ada kaitan sangat.

Sewaktu anak di usia bayi baru lahir, perapatan selamat (secure attachment) adalah paling utama diperlukan si bayi.

Bayi perlu dilayan sesegera mungkin kerana otak belum matang dan belum penuh terbina ini amat fragile dan sedang menerima banyak input atau mesej baru berkenaan persekitarannya sama ada selamat, atau tidak selamat.

Rasa selamat ini membentuk RASA PERCAYA kepada penjaga utama yang SAMA setiap kali melayani keperluan asasinya iaitu susu, bersih, tidur, rasa selamat, rasa hangat dan aman.

Fasa belum usia 2 tahun dan mahu mencuba setiap apa dilakukan oleh orang dewasa terhampir adalah normal bagi setiap anak kecil.

Rasa percaya kepada penjaga utama ini seterusnya membentuk rasa percaya dan YAKIN DIRI bila bayi mula mahu meneroka alam sekitarnya (sekitar usia 4 bulan bila sudah meniarap) dan seterusnya menjulur, merangkak dan berjalan serta berlari.

Dia konfiden (yakin diri) aja makan sendiri dengan tangan, kan. Isunya kita beri ruang dan peluang tak?

Itulah mulanya pembentukan self esteem anak. Seawal sebelum lahir (yang telah terbentuk sehingga 25% otak neuronnya dalam kandungan) sehinggalah usia sekitar 5-6 tahun iaitu 90% otak orang dewasa!

Asas fasa pertamanya sewaktu bayi 0-2 tahun paling kritikal, disambung sehingga usia 6 itu! Bayangkan aja tapak asas bangunan yang kukuh. Itulah dasar kepercayaan diri dan yakin diri seorang manusia…

Fateh 8 tahun tiada pernah kekok gunakan pisau sebenar sebab pernah guna masa fasa 2-6 dulu!

Renungkan…

Jadi bayangkan jika anak masuk ke tadika atau prasekolah usia 4, bagaimana dia mahu berdikari dan mempercayai diri, dan mengalih kepercayaan dari ibubapa / pengasuh kepada guru di pusat prasekolah pula? Ia dari rasa yakin diri yang telah ada terbentuk sewaktu 0-2 dan berterusan sehingga 4 tahun itu.

Crucial sekali fasa ini.

Resolusi Bersama Kita IbuAyah Kini

Maka untuk kali ini, di hari pertama tahun 2020 (teringat Wawasan 2020 sejak sekolah rendah dan menengah lagi), saya hadiahkan anda checklist akan keperluan utama, reminder diri kita untuk sokong perkembangan fitrah anak mengikut fasa usianya (menurut peringkat perkembangan psikososial) dari usia 0 hingga 12 tahun.

Peningkatan sedikit ilmu keibubapaan alaf baru 2020 ini adalah satu hadiah untuk anak-anak kita yang berada dalam zaman serba mencabar ini.

Ibu bapa yang yakin (kerana tahu ilmu sebenar)  beserta dengan tindakan sokongan kepada perkembangan anak-anak, adalah ibubapa yang bijak dan berada dalam arus atau track yang tepat pada masa ini untuk membentuk anak yang tinggi self esteem dan jatidirinya.

Kesihatan mental kanak-kanak kini amat membimbangkan. Anak yang self esteem tinggi tidak mudah goyah dengan arus cabaran perdana masa kini, tahu bagaimana pertahan diri dan tidak dibuli.

Maka inilah usaha kecil kita tetapi besar maknanya untuk anak, keluarga, masyarakat dan negara tercinta kita, Malaysia!

Salam Tahun Baru 2020,
Maznah Ibrahim

Printable hadiah untuk anda termasuk

  1. 10 reminder ibubapa positif – ia berkenaan apa kita perlu lakukan setiap hari agar sentiasa memenuhi tangki emosi anak, juga hasil konklusi saya sehingga menghasilkan 10 perkara penting yang perlu kita maintain lakukan setiap hari.. insyaAllah sama-sama kita usahakan ya
  2. Self Control ibu, ayah dan anak – emosi MARAH. Saya dapati hampir 99.9% ibubapa ada isu marah, ia adalah tidak salah sama sekali. Ia jadi isu bila cara tunjuk marah itu kurang tepat, dan kita mahu tunjukkan atau modelkan cara luah marah yang ‘kool’ dan selamat untuk ditiru oleh anak-anak, jadi mari kita mulakan! Break the Cycle.
  3. Self Esteem anak usia 0-12. Saya bahagikan checklist mengikut peringkat usia 0-2 tahun, 2-3 tahun, 3-6 tahun dan 7-12 tahun. InsyaAllah anda akan guided dan ingatkan diri, ini sebenarnya normal dan perlu sangat kita sokong/terima/ bantu agar pembinaan self esteem anak ini on track!

Semuanya saya susun, olah, hasil pengajian dan ilmu perkembangan manusia yang saya pelajari sejak diploma, dan degree serta isu dalam psikoterapi sejak saya masuk pengajian peringkat master dan bekerja selama 13 tahun dengan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa serta warga emas dalam psikoterapi kaunseling. Semua peringkat ini ada perkaitan dan berturutan kesinambungannya. Juga dari banyak soalan dan coaching yang saya lakukan kepada ibubapa di luar sana iaitu subscriber, follower dan sahabat sahabat rapat saya sendiri. Nah, inilah saya kembalikan untuk anda semua.

Jum dapatkan ya.

Tekan gambar di atas atau link di sini untuk dapat link jawab survei, kemudian dapatkan 3 pdf file printable ini terus masuk ke inbox email anda hari ini juga!


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *