Tag self esteem anak

Kenapa Kena Lebihkan Puji Usaha Anak Bukan Hasil

Biasa kita sebagai ibu ayah suka lihat hasil atau output anak. Namun ia sama sekali tidak sesuai kerana cara sudut pandang automatik orang dewasa adalah output untuk usia orang dewasa itu. Hasil 5/6 vs Usaha 6/6 Ini video Fateh pertama kali main Guli Maze. Boleh bayangkan tak bagaimana tangan kecil ini mahu mengawal tenaganya melalui kedua tangannya dalam mengendalikan alat mainan ini. Guli perlu masuk ke lubang itu. Dia berjaya 5/6. Wah ? sebenarnya sudah cukup bagus untuk anak kecil ini. Dengan ‘full strength’ nya capai 5/6 guli, walau tidak capai ‘full strike’ 6/6 seperti diharapkan si ‘Strong Willed Child’ ini. (selepas dia kecewa dan merajuk, saya dan suami cuba kot kot memang lubang yang saya buat tu kecil, saya berjaya dengan mudah juga walau sedikit mencabar guli yang Last tu, suami juga berjaya buat 6/6. Kesimpulannya daya tenaga dan kawalan tangan si anak kecil lah isunya). Usaha Vs Hasil Teringat pesanan utama Dr Siti Rohana Earlyedukids, sentiasa puji usaha bukan hasil. Otak ibubapa ni kerap tengok hasil. Ya, usaha anak kecil 4.2 tahun ini ialah 6/6 sebenarnya!!!! Setaraf dengan usia pengalaman, usia tenaga, dan kemampuannya. Mana nak beza dengan pengalaman kami ibubapa 36 tahun? Peringatan Bersama Jadi ibubapa, peringatan untuk diri saya sendiri juga, sentiasa beringat yang setiap perkara yang anak kecil kita buat ialah full strength dia, jika usia 4, ingat 4/4. Bila dia mop lantai air tumpah, sekali round dan katanya penat, dia dah usaha buat 4/4. Markah penuh tu tau. Memurnikan kerja itu kemudian, kitalah,  yang 36/36 hehe…. (sebentar tadi Fateh mop lantai air eksperimen nya tumpah di ruang tamu, dan beritahu siap-siap Mummy jangan marah ya, hmmh terus saya senyum dan hulurkan mop. Satu round, dia kata dah penat. Saya kata tak apalah nanti Mummy atau Ayah tolong sempurnakan ok). Maznah Ibrahim Nota* 1. Kemahuan […]