Category Tip Keibubapaan

Perkataan Power Bila Anak Buat Silap

Kerapkali kita mudah marah apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan kita. Sebab apa? Sebab fitrah manusia mahu semuanya baik-baik, ‘in order and in place’…. teratur. Sama seperti apa yang Tuhan mahu, iaitu manusia mengikuti aturanNya. Apabila semua kita menuruti perintah Tuhan, maka semuanya baik-baik belaka. Teratur dan aman. Manakala yang ingkar perintahNya akan menimbulkan suasana kurang aman dan teratur itu. PILIHAN Hidup adalah satu pilihan. Ke kanan atau ke kiri. Pilihlah ‘kanan’ iaitu yang baik. Jadilah, dan masuklah ke dalam golongan ‘kanan’ di akhirat kelak (nama anak ketiga saya, Yumna ialah asal dari ‘Ya, Mim, Nuun’ Yameen iaitu golongan kanan di akhirat kelak). Okay, hari ini saya nak kongsi mengenai satu perkataan ‘magic’ yang sangat menenangkan (soothing) bila kita buat silap. Apabila kita menerima perkataan ini, kita akan rasa lega sangat. Saya trigger sebab saya sedang membalas email dan si anak kedua Khairunnisa’ datang memberitahu tepung tumpah. Saya pandang dia dan terus kata : “Tak apa, ambil tisu dan lap, ya” (macam biasa untuk apa-apa benda tumpah, begitulah solusinya, mudah sangat kan?). Menariknya si anak berfikir sebentar dan kemudian berkata: “Tak pa, biar kakak ambil penyapu ya”. Saya pun terus kata, :”Okay sangat tu” (mata terbuntang saya, okay, bagusnya dia). Saya pun meneruskan kerja saya membalas email. Dari tepi mata saya nampak dia terkedek-kedek ambil penyapu dan penyodok, pergi ke depan (tempat tepung tumpah la tu). Kemudian dari sisi mata lagi saya nampak dia kembali membawa penyapu dan penyodok untuk diletakkan kembali ke tempatnya (bermaksud dia sudah selesai menyapu la tu). Hmm… bagus nya dia boleh buat sendiri semua dari awal sampai akhir. Problem solver – tepat sekali untuk anak T (Thinking). Bertuah Khairunnisa’, saya rasa saya lebih lineant dengan dia berbanding abangnya Fateh. Walau kedua anak ini Thinking, tegas, keras, tapi tambah jantina lelaki tu, si Fateh lebih keras lagi […]

Kesan marah anak.

Apa Kesan Marah Anak?

Apa Kesan Marah Anak? Fahami Kesan pada Emosi & Perkembangan Kesan marah anak bukan sekadar anak menangis atau merajuk sekejap. Ia menyentuh asas rasa selamat, emosi, tubuh, dan cara anak membina hubungan dengan orang sekeliling dalam jangka masa panjang. Rakan saya pernah bertanya: “Apa kesan bila kita selalu marah anak?” Saya nyatakan, begini. Ini antara kesan marah anak yang sering tidak disedari. Kesan Marah Anak Terhadap Otak & Rasa Selamat Apabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitif (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa di awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang (=anxious) dan tak selamat (=takut), dan reaksi anak ialah tindakan impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan apabila keperluan asas tak dapat ialah dia akan menangis (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’). Jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut juga). Bagaimana Marah Membentuk ‘Style’ & Personaliti Anak Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ atau gaya personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang suka atau cepat ‘jerit-marah’ memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural menjaga proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cara/gaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immune system dll, Ia juga mengawal […]