Sebenarnya anak kita boleh serap emosi negatif dan tekanan ibubapanya secepat milisaat.
Jadi, sebagai ibubapa, jika anda ada stres tersendiri,
1) segera selesaikan, usah tunda.
Ingat, yang SALAH SATU punca anak buat hal ialah kerana ibubapa mereka ni sedang stres, mereka serap stres ibubapa mereka sendiri.
Anak yang ibubapanya sedang stres, senang buat hal sama ada di rumah atau di mana-mana jua.
2) Belajar urus emosi dengan bijak,
tetap ringan emosi bila bersama dengan anak,
Ibubapa yang tenang dan dalam kawalan emosi yang baik, insyaAllah anak anaknya lebih mudah dikendalikan.
3) Caranya buat breathing + self affirmation script tiap kali nak switch jumpa anak,
tujuan nak break state kita dari jadi individu orang dewasa yang banyak isu kepada level kanak-kanak yang indah riang gembira.
(Breath in out 6 times dan sebut apa nak diri jadi,
Sebentar lagi aku akan berhadapan dengan anak anak dan fokus layan mereka bercerita dan bermain dengan mereka).