Perkataan Power Bila Anak Buat Silap

50   50SharesKerapkali kita mudah marah apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan kita. Sebab apa? Sebab fitrah manusia mahu semuanya baik-baik, ‘in order and in place’…. teratur. Sama seperti apa yang Tuhan mahu, iaitu manusia mengikuti aturanNya. Apabila semua kita menuruti perintah Tuhan, maka semuanya baik-baik belaka. Teratur dan aman. Manakala yang ingkar perintahNya akan menimbulkan suasana kurang aman dan teratur itu. PILIHAN Hidup adalah satu pilihan. Ke kanan atau ke kiri. Pilihlah ‘kanan’ iaitu yang baik. Jadilah, dan masuklah ke dalam golongan ‘kanan’ di akhirat kelak (nama anak ketiga saya, Yumna ialah asal dari ‘Ya, Mim, Nuun’ Yameen iaitu golongan kanan di akhirat kelak). Okay, hari ini saya nak kongsi mengenai satu perkataan ‘magic’ yang sangat menenangkan (soothing) bila kita buat silap. Apabila kita menerima perkataan ini, kita akan rasa lega sangat. Saya trigger sebab saya sedang membalas email dan si anak kedua Khairunnisa’ datang memberitahu tepung tumpah. Saya pandang dia dan terus kata : “Tak apa, ambil tisu dan lap, ya” (macam biasa untuk apa-apa benda tumpah, begitulah solusinya, mudah sangat kan?). Menariknya si anak berfikir sebentar dan kemudian berkata: “Tak pa, biar kakak ambil penyapu ya”. Saya pun terus kata, :”Okay sangat tu” (mata terbuntang saya, okay, bagusnya dia). Saya pun meneruskan kerja saya membalas email. Dari tepi mata saya nampak dia terkedek-kedek ambil penyapu dan penyodok, pergi ke depan (tempat tepung tumpah la tu). Kemudian dari sisi mata lagi saya nampak dia kembali membawa penyapu dan penyodok untuk diletakkan kembali ke tempatnya (bermaksud dia sudah selesai menyapu la tu). Hmm… bagus nya dia boleh buat sendiri semua dari awal sampai akhir. Problem solver – tepat sekali untuk anak T (Thinking). Bertuah Khairunnisa’, saya rasa saya lebih lineant dengan dia berbanding abangnya Fateh. Walau kedua anak ini Thinking, tegas, keras, tapi tambah jantina lelaki tu, si Fateh lebih keras lagi […]

Kerapkali kita mudah marah apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan kita.

Sebab apa? Sebab fitrah manusia mahu semuanya baik-baik, ‘in order and in place’…. teratur.

Sama seperti apa yang Tuhan mahu, iaitu manusia mengikuti aturanNya.

Apabila semua kita menuruti perintah Tuhan, maka semuanya baik-baik belaka.

Teratur dan aman.

Manakala yang ingkar perintahNya akan menimbulkan suasana kurang aman dan teratur itu.

PILIHAN

Hidup adalah satu pilihan. Ke kanan atau ke kiri.

Pilihlah ‘kanan’ iaitu yang baik.

Jadilah, dan masuklah ke dalam golongan ‘kanan’ di akhirat kelak (nama anak ketiga saya, Yumna ialah asal dari ‘Ya, Mim, Nuun’ Yameen iaitu golongan kanan di akhirat kelak).

Kuasa memilih, pilihlah yang baik berbanding yang tidak baik.

Okay, hari ini saya nak kongsi mengenai satu perkataan ‘magic’ yang sangat menenangkan (soothing) bila kita buat silap. Apabila kita menerima perkataan ini, kita akan rasa lega sangat.

Saya trigger sebab saya sedang membalas email dan si anak kedua Khairunnisa’ datang memberitahu tepung tumpah.

Saya pandang dia dan terus kata : “Tak apa, ambil tisu dan lap, ya” (macam biasa untuk apa-apa benda tumpah, begitulah solusinya, mudah sangat kan?).

Menariknya si anak berfikir sebentar dan kemudian berkata: “Tak pa, biar kakak ambil penyapu ya”.

Saya pun terus kata, :”Okay sangat tu” (mata terbuntang saya, okay, bagusnya dia).

Saya pun meneruskan kerja saya membalas email.

Dari tepi mata saya nampak dia terkedek-kedek ambil penyapu dan penyodok, pergi ke depan (tempat tepung tumpah la tu).

Kemudian dari sisi mata lagi saya nampak dia kembali membawa penyapu dan penyodok untuk diletakkan kembali ke tempatnya (bermaksud dia sudah selesai menyapu la tu).

Hmm… bagus nya dia boleh buat sendiri semua dari awal sampai akhir. Problem solver – tepat sekali untuk anak T (Thinking).

Bertuah Khairunnisa’, saya rasa saya lebih lineant dengan dia berbanding abangnya Fateh. Walau kedua anak ini Thinking, tegas, keras, tapi tambah jantina lelaki tu, si Fateh lebih keras lagi ditambah dengan menerima gaya parenting tegas dari saya (tambah saya dengan tiada pengalaman dulu).

Tapi, kerana Fateh keras dan saya juga keras lah (Fateh Thinking menakluki saya Intuiting, Intuiting otak level atas ni tetap keras dan ada egonya tersendiri), saya banyak meneroka teknik dan skil keibubapaan positif. Membaca, hadiri kursus, amal praktis, menulis. Do the better, again and again. [Hingga hari ini saya masih belajar].

Ok, kembali kepada perkataan tadi.

Jika dikaji, kerap berkata “Tak apa… (then beri solusi atau pelajaran next nak buat macam mana), amat mudah dan berbentuk positif, dan menyelesaikan masalah. Dalam teknik Nabi, ia dinamakan Teknik Solusi (boleh google teknik Nabi, ada ramai sifu dalam topik ini).

Cara berfikirnya ialah selesaikan masalah, bukan fokus pada masalah telah dilakukan.

Hasilnya, sesuai pula dengan anak Thinking saya, terus move on dan fokus pada apa nak buat apabila dah tersilap.

Emosinya, tidak rasa bersalah, tidak dipersalahkan, tidak drag berpanjangan panic, takut dan sedih sebab buat salah.

Ia bina sel dan kukuhkan sel di dalam otak di bahagian sistem emosi positif: ‘Care System’ berbanding perkukuhkan bahagian otak untuk emosi negatif: ‘Panic/Grief’ System’ dan ‘Fear System’ (Jika ditakut-takutkan dan dihukum).

‘Care System’ : sebab kaedah ini responnya adalah ambil berat kepada kesanggupan anak memberitahu kita dia ada tersilap, dan kesanggupan anak meminta pertolongan sebenarnya sebab dia tak tahu nak buat apa (atau anak dah biasa macam Khairunnisa’ ni, lebih kepada ‘inform’ beritahu’, dan tengah develop dan kukuhkan problem solving skill lebih baik dari biasa – tisu dan lap, kepada penyapu penyodok dan sapu selesai. Hmm.. not bad cara dia ‘solve’ isu tepung tumpah tu (tepung dari stress ball belon si abang),

berbanding kita marah, bentak dan kritik serta hukum dia (‘trigger’ dan perkukuh di bahagian ‘Panic/Grief System’ di otak).
.
.

Suami pulang dan saya share dengan dia.

Suami kata, perkataan ‘Tak Apa’ itu amat besar dan ramai ibubapa fokus kepada kesalahan anak bukan kepada soothing words macam ni.

Saya kata ya, ramai klien bila dia rasa bersalah, share usaha dia tak menjadi, saya banyak kata :

“Tak apa, cuba lagi. Bila kita usaha nak berubah, memang kita lagi diuji part yang sama itu, itu normal, saya pun alami juga. Caranya terus perbuat yang betul tu lama-lama baru diri meningkat ber skil baru”.


Mereka biasanya rasa lega terima ayat supportive macam ni berbanding dikecam sebab mungkin mereka telah terbuat cara silap atau mudah patah semangat (isu self esteem juga hasil pembentukan diri di sepanjang pembesaran). 

Ok, kesimpulan:

1) Apabila anak cerita sesuatu kekesalan berlaku di sekolah ke, atau beritahu dia ada silap apa-apa ke, reply saja: “Tak apa… nanti / lepas ni ….. ( kita nak dia buat apa / solusi ).

2) Apabila fokus kepada penyelesaian masalah berbanding kesalahan dilakukan, si pelaku rasa lega dan boleh cepat move on. Maka otak dia membentuk brain chemical profile di ‘Care System’ berbanding di ‘Panic/Grief’ system, ia penting untuk skil hadapi dan urus stres bila dia besar nanti.

3) modelkan atau jadilah atau buatlah apa anda nak anak jadi, dan anak akan jadi macam itu kelak, atau akan perbuat yang sama kepada anda kelak. Contoh anda katakan, “Sorry Fateh, Mummy tak sempat buatkan air coklat Fateh sebab baby menangis”. Fateh akan kata: “Tak apa Mummy, nanti Mummy buat bila Fateh dah balik sekolah tau”. Hmm kan lega bila anak empati, tak salahkan kita malah beri solusi pula tu, heheee. Alhamdulillah.

Kesimpulannya kita belajar untuk respon lebih baik sebab ia bukan untuk anak semata, malahan kebaikan itu pasti akan berbalik kepada kita jua kelak.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

*sharekan dengan ramai rakan anda untuk cuba amal teknik soothing words ini ok.
*ok ingat ya, bila anak buat silap, terus kata : “Tak apa… nanti / lepas ni…..”

p/s: Jika anda ada isu marah, atau anda sedang mencari solusi kepada perkara ini, saya ada buatkan satu ebook ringkas untuk guide anda. Ianya PERCUMA. Dapatkannya pada link dibawah.

DAPATKAN DISINI EBOOK 10 TIPS ATASI MARAH >>>

Semoga ianya dapat membantu serba sedikit ya.

MI

 

 

UPDATE: Semalam (23 Nov 2022), malam saya terima mesej surat cinta dari Khairunnisa’. Sebenarnya hampir setiap hari terima surat cinta dia ni, sebab dia guna meja saya untuk kelas ngaji online. Cuma terharu kali ini, ayat dia lain, super power :D, subhanallah. Pagi esoknya (hari ini) saya tanya dia dari mana belajar perkataan awesome ni, dia kata tak tahu lah. Saya ingat dari sticker banyak-banyak saya belikan, namun macam tak pula. Kesimpulannya perkataan power macam ni, kita sendiri rasa terharu, rasa ‘soothing’, rasa terubat, rasa best… Alhamdulillah.

Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *