Biasanya kerenah anak-anak walau berapa usianya, tetap ibu boleh handle dengan syarat ibu tenang, terkawal dan bijak kendali diri dan anak dengan beberapa teknik spesifik berkesan. Syarat atau key utama ‘ibu perlulah tenang, dan terkawal emosi dalaman’. Bila ibu tak terkawal, kerenah anak yang remeh kecil pun boleh meletus. Semua salah di pandangan mata, dan semua hal pun nak marah, kan? Keadaan di mana ibu tak dapat kawal/urus emosi & cepat marah ialah: 1. Bila ibu amat PENAT FIZIKAL. Fisiologi ibu membuatkan emosi tidak dapat dibendung lagi kerana overload penat fizikal.Penat fizikal ni secara fisiologinya membawa emosi tidak terkawal, kerana emosi mengikut fisiologi, dan pernafasan juga mengikut emosi. Buktinya: beza bila marah berdiri (rasa macam harimau nak terkam) dan bila cuba marah sambil duduk sama paras anak ketinggian anak atau di lantai bersama anak (rasa nak cakap lebih elok dari berdiri tadi) – itu buktinya ubah fisiologi membantu ubah emosi.Dan bila ibu nak marah, pernafasan adalah pendek atau tidak bernafas langsung, berbeza bila ibu nak marah,tetapi ibu berjaya pause bernafas 1 kali, dan kemudian ibu dapati tone suara bila nak marah, berubah dari pitch tinggi kepada rendah sedikit, berjaya cakap / tegur elok-elok – ubah pernafasan membantu ubah emosi. Rehat cukup (komponen fizikal), latihan pernafasan (komponen jantung yang control emosi) dan ‘positive self talk’ dan ‘self affirmation’ (untuk komponen pemikiran) adalah antara beberapa amalan kawalan emosi yang boleh dan amat membantu. 2. Ada juga yang berpunca kerana PENAT EMOSI Kerana ada masalah peribadi dsb. Ni saya cakap umum sahaja ya, ramai yang ada isu beban emosi yang dipendam dan tidak dapat dibendung lagi. Antaranya konflik dengan pasangan/suami, dengan rakan sekerja, bos atau hal lain. Major /utamanya dengan pasangan lah, yang terdekat dan hadap setiap hari. Latihan emotional release boleh bantu seperti EFT Tapping dan luah melalui mulut, atau tangan ke […]