Category ibu bapa

Marah Pada Anak Kecil – Cara Rasullullah & Kaitan Dengan Ilmu Sains Manusia & Psikologi

LANJUTAN DARI ARTIKEL POST ‘KESAN MARAH PADA ANAK’, BAGAIMANA CARA SEBAIKNYA MENURUT ISLAM ? Saya bukan pakar dalam agama, maka saya biasanya suka lihat bagaimana Rasulullah s.a.w melayan kanak-kanak. Sebab ia uswah hasanah (suri teladan terbaik) untuk saya kaji dan ikuti. Semua riwayat berkaitan Nabi Muhammad amat jelas menunjukkan Baginda amat menyantuni kanak-kanak. Tidak pernah dengar Baginda memarahi kaw kaw kanak-kanak hatta orang dewasa. Seingat saya, beberapa situasi menunjukkan Rasulullah amat faham fitrah kanak-kanak, dan bila saya kaitkan dengan kajian sains otak anak dan kesan marah, ia memang tele, sama. Contoh 1: Rasulullah menunggu lama semasa cucunda Baginda Hassan dan Hussin yang naik ke belakangnya semasa beliau sujud (tidak bangkit-bangkit hingga cucu selesai ‘bermain’). Pabila ditanya sahabat, adakah kerana baginda menerima wahyu baru, baginda memberitahu baginda tidak mahu mengganggu ‘proses bermain’ si cucu yang dikatakan Baginda, mereka sedang ‘menunggangi kuda’. Allah, sabarnya Baginda. Memang sangat jelas (anak-anak saya juga sama), kanak-kanak suka menaiki belakang kita semasa kita sujud. Kerana peringkat usia kecil sebegitu (awal kanak-kanak), penuh dengan imaginasi tinggi (teori perkembangan kognitif/pemikiran – usia 2-7 adalah praoperasi dan imaginasi tinggi). Respon dan tindakan Rasulullah itu adalah terbaik dan tidak menyalahi hukum dalam Al Quran (sujud lama-lama). Contoh 2: Rasulullah lalu di rumah anakandanya Fatimah dan terdengar anak Fatimah menangis (bayi). Rasulullah bertanya kenapa biarkan anak bayi ini menangis? Kemudian beliau terus angkat bayi ini dan letakkannya di bahu Baginda. Memang kajian sains menunjukkan bayi belum ada ‘sense of manipulation’ lagi. Maka tangisan bayi perlu dilayan secepat mungkin (bawah 15 saat), kerana bayi tidak lah resilien atau mandiri. Adalah tidak benar sama sekali biarkan bayi menangis baik untuk latihan paru-parunya. Malah kita tahu bayi ada 7 petanda sebelum dia akhirnya menangis untuk susu. Jadi dinasihatkan untuk semasa petanda awal sebelum menangis tu, angkat lah bayi anda dan susukan ia. Kita mahu […]

tak marah lagi bila buat kesilapan maznah ibrahim

Tak Marah Lagi Bila Buat Kesilapan

Alhamdulillah Hubungan Dengan Anak Sulong Semakin Baik, Saya Tak Marah Lagi Bila Dia Buat Kesilapan. Wsalam puan.. Alhmdulillah.. Hubungan saya dengan anak sulung semakin baik.. Saya dah tak marah lgi bila dia lakukan ksilapan.. Sebaliknya menegur dengan cara yg baik dan memujuk..semoga saya terus istiqamah mengubah diri saya jadi ibu dan isteri yg hebat untuk amanah saya…terima kasih puan..syukur pada allah sbb pertemukan puan dengan saya walaupun tidak pernah bersua,. Alhmdulillah.. PUAN ATI (nama samaran)*Diizinkan untuk dikongsi   REFLEKSI SAYA:   Ya, anak sulonglah yang paling kerap dimarahi! Malah kita tahu anak ini sebenarnya contoh teladan dan pemimpin untuk adik-adik, kan? Jadi kita kurangkan damage isu keluarga akan datang dengan tackle anak sulong dulu. Anak sulong tak salah, kita yang belum cukup pandai nak tackle kerenah anak kerana kita adalah ibubapa pertama kali, baru belajar. Tapi bezanya kita dewasa, jadi tanggungjawab kitalah yang mencari ilmu dan laksanakan perubahan tu. Ia perlu bermula dari kita dahulu, takkan kita harap si anak sulong yang kecil ini memenuhi keperluan kita yang dah tua ni. Sebenarnya dengan ilmu yang betul kita akan lebih cool dan tenang berdepan apa-apa situasi, sebab kita tahu sebab dan puncanya dan kita sudah ada strategi cara untuk atasinya. Ini lah rahsianya. Dalam Ebook Saya Tak Nak Marah Anak saya sudah senaraikan, sebab, akibat dan solusi yang anda boleh aplikasikan berdasarkan pengalaman saya sebagai kaunselor. Boleh terus ke link di bawah untuk dapatkan ebook pada harga istimewa. >>> Nak Ebook Pada Harga Istimewa <<< 

sudah 5 hari tak marah anak maznah ibrahim

Sudah 5 Hari Tak Marah Anak

Alhamdulillah Sudah 5 Hari Saya Tak Marah Anak, Anak Pun Kurang Degil, Hubungan Saya Dengan Suami Makin Ok, Nak Solat Pun Tenang…. Salam puan,sy brsyukur pd Allah sbb dgn izin Allah sy jumpa ebook puan ni, utk pengetahuan puan sy hari2 marah anak, cubit dan pukul anak. Emosi sy teruk selalu stress xtahu punca. Allah, menangis sy puan baca ebook ni. Bbetapa sy lalai dgn amanah yg Allah dh bg ni. Alhamdulillah,dah 2 hari sy x marah langsung anak,in sha Allah sy akan teruskan dgn pertolongan Allah. Sebelum baca ebook ni pun sy doa dulu mintak pd Allah supaya sy diberi kekuatan utk berubah, dan apa yg sy baca smpai pd lubuk hati sy yg pling dlm. Ape yg sy perasan sy dh blh control emosi sy, bila anak meragam sy akan tukar bnde tu pd perkara positif. Alhamdulillah dgn cara tu sy x stress, kepala pun xsakit. Terima kasih puan, sy xtahu mcm mane cara utk berterima ksh dgn puan.…… Hari ni hari ke lima sy lansung xmarah anak sy 🙂 Sy perasan anak sy dah kurang degil nya bila sy berlembut dgn die..hubungan sy dgn suami pun makin ok,nak solat pun bleh solat dgn tenang,xdela solat dlm keadaan stress PUAN RINA (samaran)*Diizinkan untuk dikongsi REFLEKSI SAYA: Syukur pada Allah kerana bila kita berniat sesuatu yang baik untuk diri, dan orang tersayang (anak dan suami), kita dilorongkan Nya untuk solusi tersebut. Ditambah dengan membaca Ebook ini dari ‘HATI’, lubuk sanubari yang paling dalam, benar, jujur pada diri, Allah bantu kita, Allah mudahkan kita. Sebab pertamanya ialah kita ikhlas pada diri sendiri, kita mahu berubah. Bila selalu marah-marah, memang getaran/gelombang yang dihasilkan dari diri adalah negatif, maka kita menarik yang negatif pada diri – anak tak dengar cakap, hubungan dengan suami tak ok, dan diri stress, sakit kepala, solat memang […]

anak perlu dimarah sebagai cara mendidik maznah ibrahim

Anak Perlu Di marah Sebagai Cara Mendidik?

Pencarian Saya Berakhir… “Pertamanya, sebab mengapa saya membeli e-book ini adalah kerana saya seorang yang concern mengenai perbezaan cara antara saya and keluarga mertua. Cara mendidik and pandangan mereka bagaimana hendak melatih anak, amount of attention given, and most importantly isu cara anak saya dimarahi oleh keluarga mertua ni memang isu besar yang selalu bermain dalam fikiran saya setiap kali berlaku. Jadi, saya beli buku puan untuk mendapatkan second and external opinion dari early childhood specialist. Saya sedang mengambil PhD semasa anak saya dilahirkan. Untuk menjaganya sepenuhnya, sebab saya rasakan belaian kasih sayang ibu and bapa penting untuk 6 tahun pertama, saya put on hold PhD saya. Justeru, kami telah membuat pilihan. Dan dengan anak sentiasa berada di sisi, saya tumpukan perhatian dan masa tanpa berbelah bagi. Pelahan-lahan saya terapkan cara didikan saya dan suami yang sejajar dengan e-book puan kepada mereka. Sedikit sebanyak, dengan menggunakan terms-terms dalam buku ebook ni, kami jadikan reference bila memberi penjelasan mengapa kami mendidik anak kami begitu. Bagaimana cara terbaik menegur anak kami, kerana anak kami begini, begini. Gunakan teknik sandwich seperti dalam buku misalnya. Umur budak baru setahun lebih, jangan anggap dia faham apa kita kata. Tanya, explain, puji, tepuk tangan, bagi semangat untuk bentuk dia. Alhamdulillah, ada juga perubahan cara mereka menegur anak. Kami juga jenis yang sentiasa buat reserach bila terdapat persoalan tertentu mengenai anak. Oleh itu, we would like to thank you for coming up with this e-book. It helps in many ways. Bukan sahaja cara kita mendidik anak tetapi cara kita mendidik diri dan juga cara menangani orang lain dengan anak kita. Bagus untuk emosi dan rohani. Good job Puan. Harap agar Puan boleh menulis topik topik lain juga di masa akan datang. But for a start, this is a must have book.” Regards, Puan Sabrina (nama samaran)*dibenarkan dikongsi […]

mendidik tanpa marah maznah ibrahim

Mendidik Tanpa Marah

SAYA TELAH MENJUMPAI TEKNIK TERBARU MENDIDIK ANAK TANPA DIMARAHI.. “Saya mempunyai 3 org anak dalam mase 6 tahun perkahwinan..tanpa ilmu parenting cukup…sy hanye menggunakan tips dan teknik yg sy belajar daripada cara sy dibesarkan oleh Umi dan Ayah…iaitu, sekiranya anak melakukan kesilapan, mereka perlu dimarahi. Namun setelah sy marah mereka…sy akan rase menyesal dan rasa xsepatutnya sy bersikap begitu dengan anak2…sy pula selalu terbaca pengalaman ibu2 yg dapatkan ebook puan, mereka telah menjumpai teknik yang terbaru utk mendidik anak tanpa dimarahi…sy rase tertarik dgn rase semangat untuk buat improvement on my parenting skills…and now I realized, tips given is really helpful for me..not only me..we (me n my hubby) r together working out to practice the tips together… alhamdulillah…it’s really helpful..thanks Allah…and thanks so much to you for sharing this knowledge with us..” – PUAN FATIMAH *Dibenarkan dikongsi oleh puan ini Refleksi Saya: Alhamdulillah, ya bukan mudah nak buat cara baru yang lain dari kebiasaan. Sebab kita dah terbiasa dengan cara lama turun temurun. Namun ‘didiklah anakmu menurut zamannya’ amat tepat, iaitu zaman ibubapa atuk nenek kita dahulu lain, faktor surviving selepas zaman perang, memenuhi keperluan ekonomi, dan tiada perkongsian ilmu / dari research terbaru. Kini berbeza dan tidak salah kita sama-sama berusaha membina gaya keibubapaan yang lebih positif demi anak cucu cicit kita, iaitu generasi kita kelak. Kita ada hati dan boleh rasa, samada cara kebiasaan kita selama ini adalah cukup baik atau boleh lagi diperbaiki. Dari situ kita boleh cuba cara alternative yang menyenangkan hati dan selesa pada diri, dan berkesan pada anak-anak. Kejayaan pembaca Ebook juga banyak dipengaruhi persekitaran yang positif – paling utama ialah pasangan (suami). Ia faktor besar, main peranan utama dalam parenting. Maznah Ibrahim Jika Tuan / Puan berminat untuk dapatkan ebook ini pada harga diskaun Istimewa, boleh terus dapatkan pada link dibawah. >> […]

Buang Emosi Negatif dengan Teknik SEFT – Spiritual Emotional Freedom Technique

Hari ini saya nak share 1 teknik dalam Stress Relief : SEFT untuk semua. . Ada yang tahu SEFT? . Ia adalah EFT, Emotional Freedom Technique, pengasas adalah Gary Craig (emofree.com), namun ada unsur skrip Spiritual, jadilah Spiritual EFT (SEFT). . Asal saya belajar dengan Dr Maggie Phillips, mai Malaysia dan buat workhsop pasal Ultimate Self Body Healing, . Sebagai pekerja NGO, bertuah masa tu bayar RM50 sahaja untuk 2 hari bengkel, full with knowledge, dan praktikalnya. . Kemudian belajar lagi EFT dengan Dr Michael Wong rasanya nama dia, seorang Chinese yang bekerja di overseas dan balik Malaysia untuk contribute back to society, again as NGO workers, we are so lucky. Free. Masa dengan Dr. ni tapping point lagi banyak sampai perut dan kaki. . Kemudian masuk KKM, berpeluang dengar dalam satu seminar, ada satu slot : SEFT, oleh Tuan Haji Kaunselor ni dari KPM (pelajaran), beliau pelajari dari Indonesia dan ia melengkapkan lagi kepercayaan dalam knowledge and skill saya, kerana source energy of healing pastinya dari Allah jua. . Attach is : Video dari Youtube, keberkesanan EFT Tapping for kids. Oleh Tapping Solutions. (Pada saya kids adalah harta kita, bila kita mahu bina generasi sihat mental dan emosi, kita mula dengan diri kita dulu pula). . Di sini adalah Tapping Point dan SKRIP EFT yang selalu saya jadikan handout dalam sesi individu atau talk saya. . Anak dan suami pun pernah saya tappingkan untuk mereka, . Untuk Fateh, semudah breathing sahaja saya ajar dia, dia boleh apply sendiri dan berkesan. Sebab dia ni Thinking selalu berfikir masalah orang dan ada sakit kepala. (OMG, kecil lagi dah sakit kepala ya). . Syarat Untuk Kejayaan Teknik EFT remove kan emosi negatif ni, dari pengalaman saya ajar pada semua klien saya ialah: . i) buat dulu breathing set up, at least 6 […]

punca marah cara kendali diri anak maznah ibrahim

Ibu Cepat Marah, Apa Sebenarnya Punca & Cara Kendali Diri & Anak

Biasanya kerenah anak-anak walau berapa usianya, tetap ibu boleh handle dengan syarat ibu tenang, terkawal dan bijak kendali diri dan anak dengan beberapa teknik spesifik berkesan. Syarat atau key utama ‘ibu perlulah tenang, dan terkawal emosi dalaman’. Bila ibu tak terkawal, kerenah anak yang remeh kecil pun boleh meletus. Semua salah di pandangan mata, dan semua hal pun nak marah, kan? Keadaan di mana ibu tak dapat kawal/urus emosi & cepat marah ialah: 1. Bila ibu amat PENAT FIZIKAL. Fisiologi ibu membuatkan emosi tidak dapat dibendung lagi kerana overload penat fizikal.Penat fizikal ni secara fisiologinya membawa emosi tidak terkawal, kerana emosi mengikut fisiologi, dan pernafasan juga mengikut emosi. Buktinya: beza bila marah berdiri (rasa macam harimau nak terkam) dan bila cuba marah sambil duduk sama paras anak ketinggian anak atau di lantai bersama anak (rasa nak cakap lebih elok dari berdiri tadi) – itu buktinya ubah fisiologi membantu ubah emosi.Dan bila ibu nak marah, pernafasan adalah pendek atau tidak bernafas langsung, berbeza bila ibu nak marah,tetapi ibu berjaya pause bernafas 1 kali, dan kemudian ibu dapati tone suara bila nak marah, berubah dari pitch tinggi kepada rendah sedikit, berjaya cakap / tegur elok-elok – ubah pernafasan membantu ubah emosi. Rehat cukup (komponen fizikal), latihan pernafasan (komponen jantung yang control emosi) dan ‘positive self talk’ dan ‘self affirmation’ (untuk komponen pemikiran) adalah antara beberapa amalan kawalan emosi yang boleh dan amat membantu. 2. Ada juga yang berpunca kerana PENAT EMOSI Kerana ada masalah peribadi dsb. Ni saya cakap umum sahaja ya, ramai yang ada isu beban emosi yang dipendam dan tidak dapat dibendung lagi. Antaranya konflik dengan pasangan/suami, dengan rakan sekerja, bos atau hal lain. Major /utamanya dengan pasangan lah, yang terdekat dan hadap setiap hari. Latihan emotional release boleh bantu seperti EFT Tapping dan luah melalui mulut, atau tangan ke […]