5 Cara Tahan Marah Spontan Kepada Anak

5 Cara Tahan Marah Spontan Kepada Anak


Saya tahu ramai yang tercari-cari formula untuk kawal emosi.

Saya kongsikan 5 cara tahan marah anak secara spontan [Poster Infografik di atas tu ya :)].

Namun, saya sedar ramai yang penat dan tak tahan dah sebab ia berulang saban hari, sampai bila?

Sebenarnya, anda perlu dalami lagi diri,
kenalpasti apa ‘trigger’ anda,
dan usaha untuk rawat atau cegah.

Contoh trigger:

  • anda pantang dengar budak kecil menangis lama-lama,
  • anda pantang dengar orang membentak-bentak marah dan protes,
  • anda pantang rumah bersepah benda kecil-kecil,
  • anda pantang suami tinggikan suara pada anak atau anda.

Contoh rawat:

kenalpasti punca, pengalaman lalu, proses ia, maafkan, dan lepaskan (forgiving and letting go), then azam, move on.

Contoh cegah:

minta pasagan handle anak bila anak mula tanda-tanda nak buat anda marah, atau buat awal skrip pre event kepada anak/ teknik hypnoscript (ambil masa tapi amat berkesan)/ teknik apa-apa agar reaksi anak akan kurang dari kebiasaan, maka anda yang bijak sebab buat teknik cegah ini akan kurang ‘react’ (negatif).

Buat dengan ilmu, bukan ikut ikutan.
Setiap orang memang tak sama.
Kenali diri anda,
Emosi marah – letaknya di mana di badan anda?

CARE,
Sebab saya ambil berat pada anda,
Saya sayang anda,
Anak-anak anda apatah lagi, andalah dunia dan idola mereka.
[ anak-anak anda tu adalah dunia anak saya juga nanti 😉 ]


Maznah Ibrahim


Leave a Reply