Ada anak usia sekolah rendah?
Apa isu atau cabaran mereka?
Waktu ni sama ada mereka suka atau kurang suka dengan aktiviti / kurikulum sekolah.
Kitalah yang bantu mereka beri perspektif mengenai tanggungjawab sebagai individu, buat aja, lalui aja.
Strategi utama untuk tingkatkan motivasi dan keyakinan diri anak, saya senaraikan dalam Infografik ini (berdasarkan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak).
Balik kepada ‘source’ utama iaitu ‘inner strength’ setiap anak yang berbeza kapasiti, kecenderungan (minat) dan personaliti mereka.
Bandingkan dirinya dahulu dengan dirinya sekarang, bukan dengan orang lain (kawan sekelasnya/ sepupunya /adik beradiknya).
Yang penting kita semua pasti mahu mereka gembira dan bahagia kan?
CARE❤️,
Maznah Ibrahim
————————————————
- Galakkan mereka meneruskan minat dan kecenderungan yang mereka tunjukkan dengan memasukkan mereka ke kelab/ kelas-kelas khusus pada hujung minggu.
- Contoh mereka minat badminton, masukkan ke kelas itu, minat Robotik, masukkan, minat membuat kuih, masukkan kelas masakan, minat dengan seni tari, masukkan kelas tarian, minat dengan aktiviti lasak, buat sama aktiviti itu.
- Ini kerana peringkat usia ini mereka sudah boleh berkerjasama, komited dan berusaha, kepada apa yang mereka minat.
Tujuan Sebenar: Nak Beri Pengalaman Baik/Positif yang ‘extra’ dan unik.
Apabila diberi peluang meneroka lebih sesuatu yang mereka minat, mereka akan rasa ‘happy’ dan ‘motivated’. Ia boleh jadi ‘reward’ juga buat mereka setelah bekerja keras 5 hari di sekolah formal.
Lagipun, ‘Multiple Intelligence’ kan ada 10
Tiada pengalaman positif boleh buat mereka rasa rendah diri (Peringkat Psikososial: ‘Industrious vs. Inferiority’ : Ketekunan lwn. Rendah Diri).
Maka fokus kepada Proses (kerajinan mereka) bukan Hasil ya.
Maznah Ibrahim
‘Share’ kan lagi agar ramai kawan-kawan kita tahu mengenai info perkembangan sosio-emosi anak ini.