Hari ini saya nak share 1 teknik dalam Stress Relief : SEFT untuk semua.
.
Ada yang tahu SEFT?
.
Ia adalah EFT, Emotional Freedom Technique, pengasas adalah Gary Craig (emofree.com), namun ada unsur skrip Spiritual, jadilah Spiritual EFT (SEFT).
.
Asal saya belajar dengan Dr Maggie Phillips, mai Malaysia dan buat workhsop pasal Ultimate Self Body Healing,
.
Sebagai pekerja NGO, bertuah masa tu bayar RM50 sahaja untuk 2 hari bengkel, full with knowledge, dan praktikalnya.
.
Kemudian belajar lagi EFT dengan Dr Michael Wong rasanya nama dia, seorang Chinese yang bekerja di overseas dan balik Malaysia untuk contribute back to society, again as NGO workers, we are so lucky. Free. Masa dengan Dr. ni tapping point lagi banyak sampai perut dan kaki.
.
Kemudian masuk KKM, berpeluang dengar dalam satu seminar, ada satu slot : SEFT, oleh Tuan Haji Kaunselor ni dari KPM (pelajaran), beliau pelajari dari Indonesia dan ia melengkapkan lagi kepercayaan dalam knowledge and skill saya, kerana source energy of healing pastinya dari Allah jua.
.
Attach is : Video dari Youtube, keberkesanan EFT Tapping for kids. Oleh Tapping Solutions.
(Pada saya kids adalah harta kita, bila kita mahu bina generasi sihat mental dan emosi, kita mula dengan diri kita dulu pula).
.
Di sini adalah Tapping Point dan SKRIP EFT yang selalu saya jadikan handout dalam sesi individu atau talk saya.
.
Anak dan suami pun pernah saya tappingkan untuk mereka,
.
Untuk Fateh, semudah breathing sahaja saya ajar dia, dia boleh apply sendiri dan berkesan. Sebab dia ni Thinking selalu berfikir masalah orang dan ada sakit kepala. (OMG, kecil lagi dah sakit kepala ya).
.
Syarat Untuk Kejayaan Teknik EFT remove kan emosi negatif ni, dari pengalaman saya ajar pada semua klien saya ialah:
.
i) buat dulu breathing set up, at least 6 kali in out – tujuan untuk synchronise dulu body mind and emotions
.
ii) kesungguhan dari hati, mahu buang / eliminate emosi negatif, utk diri, bukan untuk orang yang buat anda jadi beremosi negatif. Yang lebih utama ialah diri anda, bukan mereka/orang itu yang anda tidak boleh ubah. Just do this for yourself.
.
iii) point EFT saya, saya extend, add sampai 5 jari di kiri, untuk lebih impak keberkesanan, ada versi tiada jari dan terus ke karate chop. Tambahan di jari saya dapati dapat meningkatkan keberkesanan removal of the negative emotions.
.
Orang yang tidak berjaya turunkan skor emosi negatif ialah:
.
i) bila ada was was dan tidak sungguh mahu kosongkan emosi negatif,
.
ii) yang ada expectation mahu orang yang punca buatkan emosi negatif dia tu, berubah. Orang ini mahu orang itu berubah, adakalanya ada sampai dendam juga. Masalahnya dia salah fokus, fokus kepada orang lain, bukan kepada kesihatan emosi badan minda dia sendiri.
.
Jadi — rugi sebab diri sendiri akan terkesan.
.
Ingat, ayat saya – emosi negatif jangan lebih dari 16 saat disimpan.
.
Emotional hygiene setiap hari macam ni amat mudah, emosi ringan, diri anda senang nak move forward ke depan bagi capai impian, manakala emosi berat, membuatkan banyak hasrat impian anda tergendala. Simpan berejam atau bertahun, berpuluh tahun, lama kelamaan anda sendiri akan ada sakit kronik, gaya hidup tingkahlaku tak sihat dan mudarat macam merokok, makan banyak (obes), jadi sakit kronik hingga boleh ke tahap kanser dll.
.
SKRIP original EFT, yang orang putih, tiada spiritual elemen dalam skrip juga boleh guna bagi non muslim:
.
“Walaupun saya rasa …. (emosi negatif),
Saya sepenuhnya sedalamnya menerima diri saya”.
.
(Even though I feel ….. (1 negative emotion),
I completely and deeply accept myself’.
.
Contoh Tapping Point untuk EFT ialah:
dan ini stepsnya juga:
.
Jika perasan, skrip islamik dan skrip ori ada berkenaan self acceptance.
.
Anda perlu terima dahulu, emosi negatif itu wujud dalam diri anda,
Hakikatnya kerana anda manusia biasa, even nabi juga manusia biasa walau maksum, ada emosi tertentu, bezanya kita sedar cepat lambat aja.
.
Terima adalah step pertama,
Baru boleh ajak (bukan halau kasar tapi ajak baik-baik) emosi negatif itu pergi….
.
Beramal dengan ilmu,
walau 1 teknik adalah key nya,
Sampai anda master dan otomatik tahu dan boleh apply teknik ini.
Tahu, dah amal, kemudian Sharekan / Ajarkan orang lain,
Lagi berbuah ilmu itu dan beri manfaat pada ramai orang.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Untuk lebih teknik ‘experiential’ bagi lepaskan emosi tak ok kita, boleh daftar ke Webinar Rakaman: Pengurusan Emosi Ibu Bapa (Webinar Penat Emosi) di sini.
Assalammualaikum wbt Pn Maznah, izinkan saya nak copy dan share maklumat tentang SEFT yang puan ditulis dilaman ini untuk saya jadikan sebahagian slide presentation saya.
silakan puan Anne, asalkan mention sumber asalnya ye. boleh saya tahu presentation apa tu puan?