.
Dalam keadaan semasa kini yang serba mencabar dan kelihatan agak ‘kurang selamat’, ramai ibubapa yang ‘overprotective’.
.
Overprotective – bermaksud terlalu menjaga, terlalu berhati-hati, terlalu mengawal dan hampir memberi rasa kurang selesa kepada anak yang dijaga/dikawal sehingga rasa amat ‘tight’, tak boleh bernafas, tiada ruang untuk diberi peluang dan kebebasan dalam ruang lingkung yang mungkin perlu untuk perkembangan si anak.
.
.
Simple concept:
.
Ibu ayam marah kita kacau anak dia yang cute miut tu,
Dia akan kejar dan patuk patuk kita, kan.
.
So kat sini ‘overprotective’ secara positifnya ialah kerana ‘terlalu sayang’ kepada sesuatu milik kita, hatta laptop mahal kita ke, handphone mahal kita ke, apatah lagi anak kita sendiri. Di sini bermaksud, ‘protective’ adalah okay, ‘overprotective’ yang tidak okay. Apa-apa pun perlu besederhana.
.
.
Di bawah kepada ‘lapisan tingkahlaku ‘overprotective’ – si ibubapa akan kelihatan agak rigid, tegas, mungkin juga marah drastik, dan terlalu mengawal.
.
Beberapa faktor yang saya perhatikan punca kepada mengapa ia berlaku:
.
1. Pengalaman peribadi lampau ibu bapa itu sendiri. Contoh pernah kehilangan anak kerana mati lemas kolam, maka ibubapa akan sangat berjaga-jaga pabila anak lain bermain di kolam atau mungkin akan tidak pergi ke kolam langsung. Jadi anaknya tidak akan belajar untuk berenang kerana trauma ibibapa bukan trauma anak lain. – Jadi kurang sesuai diteruskan, ibubapa ini perlu jalani terapi untuk mengurangkan kesan traumanya.
.
Lain, pengalaman kecil si ibubapa itu sendiri, sangat dikongkong dan dikawal oleh ibubapanya, maka ibubapa ini mungkin akan sedikit ‘loose’ – iaitu kurang mengongkong / overprotective kepada anaknya pula. Jadi agak longgar sedikit namun masih bertindak menjaga, dan memantau si anak kerana sudah rasa kesan menjadi seorang anak yang terlalu dikongkong ibubapanya. – Ini ibubapa yang positif dan proaktif, bersederhana.
.
Contoh lain, ibu ini pernah dicabuli secara seksual dengan lelaki (atau adik perempuannya pernah dicabuli dan kes tidak selesai, pesalah masih berkeliaran di luar sana), maka dia akan sangat terlalu menjaga pergaulan si anak perempuannya dengan mana-mana lelaki atau adik-beradik si anak sendiri. Hingga berlaku penderaan emosi kepada si anak perempuan, hanya semata sebab sensitiviti si ibu, tiada kaitan dengan situasi si anak ini. – Ini ibubapa yang jenis traumatik dan boleh mencederakan emosi si anak.
.
2. Pengalaman orang lain – sosial semasa.
.
Agak banyak kes tidak selamat berlaku di luar sana, dari sumber media sosial atau sebenar tempatan di sekitar rumah, maka ibubapa kini akan menjadi terlalu berhati-hati kerana bimbang keselamatan anak-anaknya. Macam si ibu ayam tadi, mungkin sudah ada cubaan orang mengganggu anak-anak nya yang kiut itu maka dia akan segera bertindak mengejar dan mematuk si pengganggu.
.
Kes culik anak, kes cabul kanak-kanak dan lain-lain lagi.
.
Saranan saya, apapun jua, tidak perlu terlalu, atau terkurang, tapi bersederhanalah.
.
Antara yang ibubapa boleh berikan kepada anak agar tidak terlalu mengongkong anak ialah – sedikit kebebasan dan kepercayaan kepada si anak-anak dengan bersyarat (contoh keluar dengan rakan-rakan ke majlis harijadi atau menonton wayang, pulang sebelum xx petang, dating dengan boyfriend tetapi beramaian tidak boleh berdua, atau ayah ibu hantarkan dan ambil pulang). Dua elemen inilah suara hati remaja yang diberi kepada saya (perlu kebebasan dan kepercayaan) – kerana rasa terlalu dikongkong tidak boleh ke mana-mana bersama rakan, rasa ibubapa tak percaya kepada mereka.
.
Saya ada kerap ditanya oleh ibubapa bagaimana untuk tidak terlalu overprotective kepada anak-anak bab seksual dan sosial. Sehinggakan ibubapa akan jadi takut. Takut nak lepaskan anak-anak, namun dalam masa sama boleh rasa, kita tidak boleh terlalu mengongkong, dan kita juga tiada masa 24 jam untuk watch out si anak-anak.
.
Saya katakan, balik pada ilmu.
.
Bila ada ilmu, ketakutan akan hilang.
Jika anda tiada ilmu dan skil latihan berenang di lautan luas atau kolam dalam, anda akan rasa takut, anda akan ditenggelami air dan bertambah lemas kerana tiada skil khusus untuk apungkan diri dan berenang ke tepi.
Untuk anak-anak, bekalkan mereka dengan makanan sihat, cukup dan menarik minat, maka mereka tidak kelaparan atau teruja makanan luar / makanan rakan.
.
.
Untuk anak tahu jaga diri, bekalkan dengan info cukup dan latihan skil bagi pencegahan penderaan seksual, maka anda tidak akan bimbang untuk lepaskan mereka kerana mereka cukup ilmu dan skil.
.
.
Sini ada 4 hak anak-anak yang anda boleh kenali, fahami dan refleksi, cukupkah hak mereka diberi?:
.1. Hak mereka untuk survive/ hidup – memang makanan minuman, pakaian tempat tinggal dan ubat bila sakit.
.
2. Hak mereka untuk berkembang – perkembangan aspek pendidikan (kognitif), sosial, emosi, spiritual. Teringat perkembangan otak dominan Thinking si anak saya, Fateh, dia mahu belajar robotik sesangat, saya minta dia doa (Law of Universal Attraction), tup tup di Perlis kecil ni ada kelas robotik tahun lalu, bermula dengan bengkel 2 hari musim cuti sekolah kepada kini tahun ini ada kelas mingguan macam tuition. Ini memenuhi hak perkembangan lanjutan pendidikan dia (bukan pendidikan asas sekolah sahaja).
.
3. Hak untuk perlindungan – ya anak-anak kita perliu rasa selamat dan dilindungi dari sebarang eksploitasi, penderaan dan pengabaian. Pabila anak rasa dicabuli (maksud dilanggari batasannya) oleh rakan- aspek fizikal (dipukul ditolak dsb), mahupun aspek emosi peribadi (sentuhan tak selamat – gangguan seksual), anak perlu luah rasa tidak selesanya kepada support system nya iaitu kita dan guru, dan anak ini perlu dibekalkan skil pertahanan diri – beritahu rakan itu agar tidak lakukan lagi kerana dia rasa tak suka, rasa marah, rasa sakit dsb, minta rakan tidak ulangi lagi. Nasihat rakan 3 kali, dan baru beritahu guru di kelas.
.
4. Hak penglibatan / bersuara. Anak-anak perlu didengari suara hati dan pendapat mereka. Kat sini mereka akan berkembang dengan lebih baik, dan rasa dihargai, disayangi dan dihormati. Walaupun suara hati nak berapa kali makan di luar dalam sebulan, berapa kali nak ke Kidzoona sebulan, dan ibuayah nak berpindah rumah, apa pandangan anak-anak? Ibu ayah ada share pasal anak-anak di FB, untuk ibubapa lain kawan ibuayah belajar sama, mohon izin si anak.
..
4 ini adalah Hak Kanak-kanak menurut CRC Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Sedunia yang mana negara kita telah setuju untuk adopt 54 artikel dalam CRC ini ke dalam negara kita melalui pelbagai program.
.
.
Kaitannya, ibubapa yang bersederhana, akan kembali kepada ilmu asas keperluan anak-anak agar tidak terlalu mendominasi anak, hingga jadi parent centered, sedangkan yang nak dibentuk dan dijaga, dipenuhi, dan disokong pencapaian potensi maksimanya ialah anak, bukan ibubapa. Ibu bapa nak anak berjaya, bukan nak penuhi hasrat tak tertunai ibubapa (contoh teringin belajar gitar, tak kesampaian, hantar anak ke kelas gitar padahal tak sesuai dengan minat dan bakat si anak).
.
Ada ibubapa yang ekstrim, yang tidak belajar dari kesilapan parenting ibubapanya, contoh dari punca pertama tadi: dirinya dipaksa belajar sampai capai tahap maksimum, maka dirinya paksa anak belajar juga untuk capai certain level of IQ yang dia mahu, ini memang mencabuli hak perkembangan kanak-kanak no 2 iaitu keperluan perkembangan nya – aspek kognitif/pemikiran dan emosi sosialnya dalam capaian dan kemampuan si anak. Ingat, setiap anak berbeza, unik dan telah dianugerahi potensi terbaik mereka masing-masing. Berbuatlah terbaik sesuai dengan keberadaannya.
.
.
Bagi ibubapa yang risau keselamatan anak-anak bab seksual dan sosial, hanya penuhi keperluan informasi yang anak perlu dari soalan mereka, seperti rakan saya anaknya usia 10, lelaki, bertanya mengenai bagaimana sperma boleh masuk ke badan wanita. Pabila si ibu jelas dan benar menerangkan (yang mana ia akan lebih dari tahap kefahaman si anak, tidak mengapa, kerana level penerangan sebelum ini, ikut usia anak, nampaknya anak masih tidak berpuas hati dan bertanya lagi), anak akan senyap sebab ia penerangan lanjutan yang advance, anak tak berapa faham, namun percayalah anak dengar dan rakam informasi benar ini di mindanya, dan akan suatu hari nanti kembali mengingati maklumat ini, kerana pertama kali dia dengar adalah dari ibunya sendiri, bukan dari kawan yang sama level pengalaman dan info dengan dirinya – ia tidak digalakkan, biarlah dari ibubapa sendiri (jauh beza berpuluh tahun, dan jauh lebih selamat, insyaAllah).
(Artikel Saya Mengenai Pedofilia)
Semoga semua kita boleh menjadi ibubapa yang proaktif, tidak terlalu mendominasi si anak, buka parent centerd tapi child centered. Kita ni pemegang amanah Allah sahaja untuk menjaga dan memberi persekitaran yang positif kepada anak-anak yang merupakan Khalifah di muka bumi ini, dan memberi rahmat kepada seluruh alam, bukan merosakkan alam. Sentiasalah berdoa dan meminta ilham petunjuk dari Allah mengenai sebarang kekeiruan dan ketidakselesaan dalam hati bila membentuk acuan untuk si anak. Sebab, Allah sahaja paling tahu, bukan kita ibubapa anak. Anak-anak tetap milik Allah begitu juga kita, maka kembali kepadaNya adalah terbaik dalam rujukan apa jua isu kita.
.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim