Jum Try Teknik Komunikasi Sandwich Untuk Suami Tersayang
.
Penat dan sakit mata lihat pinggan mangkuk bersepah belum basuh,
Suami kata “tak pa pejam mata aja, Nanti abang kemaskan”.
.
Ya, walau kita dari Planet Mars dan suami dari Planet Venus,
Nak sampaikan mesej ke suami dengan positif tu bukan mudah, kan.
.
Bila sakit hati, kita mudah terlepas ke anak-anak atau ke barang-barang rumah (basuh pinggan pun berdentang denting kuatnya😂)
.
Isteri bijak akan berkata (Teknik Sandwich):
.
“Sayang suka Abang prihatin niat nak basuh nanti (Roti).
Cuma Sayang amat hargai jika Abang dapat basuh sebelum Sayang sampai rumah, agar emosi Sayang stabil (daging).
Sayang yakin Abang suami yang amat prihatin ni akan segera buat, tak tangguh sebab Abang sayang kat Sayang, kan? (roti). Isteri gembira keluarga bahagia😘.
.
1⃣ So banyakkan pujian intro baik baik (roti) (lagi bagus spot kan kebaikan kecil suami, puji besar-besaran).
2⃣ Selitkan permintaan / mesej utama kita (daging).
3⃣ Then last sekali balut dengan harapan ke depan /kepercayaan positif (roti).
.
.
Lain: Skrip Asertif
“Papa, Mama akan lebih hargai bila Papa boleh tidak tengok HP dan bantu waktu kecemasan Mama.
Mama nak siap kan budak, makan, anak-anak nak mengaji. ‘Crucial time for me is’ pagi sebelum pergi kerja dan malam selepas sampai rumah.
Mama minta Papa tengok Hp waktu lain. Boleh kan Papa sayang?”
1⃣ Mulakan dengan Saya (Mama)
2⃣ Perasaan Saya (rasa lebih hargai)
3⃣ Mesej Utama (perkara nak disampaikan)
4⃣ Request / Idea Solusi kedepan nak macam mana (boleh tengok, tapi waktu bila)
.
Skrip Asertif dan Sandwich ada sebagai sebahagian solusi untuk berkomunikasi dengan anak, agar tak guna kaedah biasa yang cipta kemarahan si penerima mesej — anak kita.
(Dalam Ebook ‘Saya TakNak Marah Anak Lagi Klik Di Sini)
.
Sekian, mesej dari isteri:
👰💃
(ayat suami saya, betullah A Happy Wife is A Happy Family😅) – so suami akan bantu banyak dalam kerja rumah tangga,