Mengajak Anak Kecil Solat Secara Berhikmah

61   61Shares Mengajak Anak Solat   Pada saya, biarlah anak didorong bukan dipaksa,   Anak kecil bawah usia 6 masih fitrah bermain, otak kanan sangat, jadi caranya:   1) masih memodelkan caranya (‘modelling’) dan teruskan usaha membentuk (‘shaping’) karektor mereka dalam menghormati orang lain yang sedang khusyuk dalam pekerjaannya, apatah lagi sedang menghadap Tuhan – iaitu kita solat dan dia sentiasa ada bersama kita, contoh di sebelah dengan mainan/aktiviti dia. Namun sangat digalakkan untuk diadakan sejadah kecil untuknya, yang dibentang di tempat sepatutnya, untuk nanti dia mahu join bersolat, ada ruang tersendiri untuknya (terutama anak usia 1 tahun ke atas yang mula mudah imitate = meniru copy cat, dan usia 2 yang mula mahu buat cara sendiri = tak suka diatur/dibuatkan). Saya ingat lagi, kami ada sejadah warna coklat kira kecil sedikit dari sejadah kami (warna hijau dan merah), bentang di sebelah ayah sebagai makmum lelaki (saya makmum perempuan di belakang kiri ayahnya), kebanyakan masa si anak ini akan bermain dan berpusing, namun ada masa bila dia mahu, dia akan berdiri di ruang sejadah nya, dan bila kami tak bentang, dia akan marah dan rasa itu sejadah dia terutama bila sesekali ayahnya solat individu dan terguna sejadah dia, dia akan marah dan kata itu dia punya – kat sini anak anak ada rasa kepunyaan untuk alat dia sendiri). Dan saya ingat lagi, Fateh saya selalu bawa solat Terawikh di surau kampung angkat dan surau rumah, dan saya boleh nampak perubahan dari tahun ke tahun, dari 1 rakaat sahaja dia boleh bersabar semasa usia 1 (Mahgrib jemaah), kepada 3 rakaat dia boleh bersabar (Maghrib), kepada 2 rakaat Isya’ jemaah kepada 4 rakaat Isya’, dan terawikh dari 4 rakaat kepada 8 rakaat sahaja tak sempat Witir. Kat sini kesabaran dan ‘coping skill’ mereka menunggu kita juga ada ‘time frame’ dan limitnya, namun jelas […]

Mengajak Anak Solat
 
Pada saya, biarlah anak didorong bukan dipaksa,
 
Anak kecil bawah usia 6 masih fitrah bermain, otak kanan sangat, jadi caranya:

 

Yang baju oren kiblat terbalik tu Fateh la, dia memang selalu buat sebalik dari yang betul. Sabaaarrr.

1) masih memodelkan caranya (‘modelling’) dan teruskan usaha membentuk (‘shaping’) karektor mereka dalam menghormati orang lain yang sedang khusyuk dalam pekerjaannya, apatah lagi sedang menghadap Tuhan –

iaitu kita solat dan dia sentiasa ada bersama kita,

contoh di sebelah dengan mainan/aktiviti dia.

Namun sangat digalakkan untuk diadakan sejadah kecil untuknya, yang dibentang di tempat sepatutnya, untuk nanti dia mahu join bersolat, ada ruang tersendiri untuknya (terutama anak usia 1 tahun ke atas yang mula mudah imitate = meniru copy cat, dan usia 2 yang mula mahu buat cara sendiri = tak suka diatur/dibuatkan).

Saya ingat lagi, kami ada sejadah warna coklat kira kecil sedikit dari sejadah kami (warna hijau dan merah), bentang di sebelah ayah sebagai makmum lelaki (saya makmum perempuan di belakang kiri ayahnya), kebanyakan masa si anak ini akan bermain dan berpusing, namun ada masa bila dia mahu, dia akan berdiri di ruang sejadah nya, dan bila kami tak bentang, dia akan marah dan rasa itu sejadah dia terutama bila sesekali ayahnya solat individu dan terguna sejadah dia, dia akan marah dan kata itu dia punya – kat sini anak anak ada rasa kepunyaan untuk alat dia sendiri).

Dan saya ingat lagi, Fateh saya selalu bawa solat Terawikh di surau kampung angkat dan surau rumah, dan saya boleh nampak perubahan dari tahun ke tahun, dari 1 rakaat sahaja dia boleh bersabar semasa usia 1 (Mahgrib jemaah), kepada 3 rakaat dia boleh bersabar (Maghrib), kepada 2 rakaat Isya’ jemaah kepada 4 rakaat Isya’, dan terawikh dari 4 rakaat kepada 8 rakaat sahaja tak sempat Witir. Kat sini kesabaran dan ‘coping skill’ mereka menunggu kita juga ada ‘time frame’ dan limitnya, namun jelas ia meningkat dari tahun ke tahun.



2) Peringatkan sahaja, ini satu post saya mengenai berapa kali kena peringatkan anak sebelum boleh hukum / marah-marah atas kesalahan besar bersolat:
https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringatkan-anak-benda-yang-baik/


3) Fahami otak anak kecil dan tengok Rasulullah buat macam mana:
.
Jika Faham Otak Anak Kecil, Kita Takkan Mudah Marah Anak
.
Rasullullah sangat memahami fitrah bermain dan imaginasi kanak-kanak usia 2-7 tahun.
.

Jika Piaget, Perkembangan Kognitif (pemikiran) kanak-kanak usia 2-7 tahun dikatakan penuh dengan imaginasi. Pra operasi lagi.
.

Dah terang, macam faham,
Tapi belum faham sepenuhnya lagi,
separuh faham, larangan yang dijelaskan ibubapa dan orang dewasa lain.
.
.

Maka,
.

Perlu jelaskan lagi dan lagi,
tanpa lelah,
hingga sampai tahap kefahaman lebih baik, usia 7.
.

Rasullullah TIDAK TERGESA-GESA hentikan imaginasi cucu-cucu baginda yang menungganginya semasa solat,
.

malah menunggu seketika (semasa bersujud) dengan penuh SABAR,
kerana mahu cucunda PUAS.
.

 

.

Apa jadi bila otak tak puas bermain,
apabila dibentak, dimarah, dihentikan proses bermain mereka?
.

Boleh bayangkan anda sedang enak enjoy makan, tetiba orang sergah,
“Haah, buat apa tu makan sorok-sorok kat pantry ni? “
.

Tengah syok tidur di surau, disergah serta merta,
“Hoi buat apa tu, mengular ke!”
.

Terkejut sangat, kan?
.

Apakah yang ‘terhenti’ atau ‘terputus’? 
Dikatakan neuron yang sedang berhubung (tengah relaks tidur, tengah makan, tengah khusyuk buat sesuatu seperti bermain dan berimaginasi ke dan disergah) boleh terhenti atau termati atau terganggu dalam proses rangkaian sambungannya. 

.
Anda pilih, mahu sel otak terbangun atau terganggu penyambungannya dengan cara kebiasaan orang lama yang tak faham dan silap cara sergah/ marah / hukum / cubit sebagainya atau

cara lebih baik, agar terbangun emosi dan jati diri si anak dengan menanamkan ‘makna/nilai solat yang positif, baik, bahagia, apabila seseorang hambaNya menghadap pencipta, berkomunikasi personal, dengan penuh zikir-zikir yang baik, sebagai tanda kesyukuran kita kepada Nya?
*(Namun syukurlah ada juga segelintir orang lama/orang tua yang memahami kanak-kanak solat dan tidak pernah marahkan kanak-kanak buat bising di masjid).

.

Otak kita berkembang ikut sekuens, tidak lompat terus, perlu lalui dari bawah sekali (Primitive/Reptilian iaitu fisiologi seperti suhu badan dan denyutan nadi, baru ke level atas neocortex = Rational Thinking yang bermula dalam sekitar usia 4. Ia satu proses pembentukan kecerdasan otak).
Triune Brain – 3 layer brain, otak ikut sekuens, dari Primitive/Survival (usia 0-1.5) ke emotional brain (emo ni biasa usia 1.5-3.0 tahun) dan Neocortex/Rational Brain biasanya dalam usia 3/4 tahun mula beroperasi, namun masih developing

Jantung berdegup kencang bila takut (contoh dimarah/ dipersalah/ diherdik/ dicubit)
.
Ancaman rasa tak selamat => hasilnya boleh jadi agresif/marah.
.
Manusia secara asasnya bermula dari paling bawah (seperti rajah riangle terbalik ni), perlu suhu badan yang selesa, dan heart rate yang stabil, dan ia terletak di level otak paling bawah (primitive brain = otak reptilian/survival = rasa selamat, nyaman, elok, sebaliknya pabila diganggu boleh jadi ledakan emosi, dan tingkahlaku agresif)
.

Bermain kanak-kanak = fitrah asas mereka,
.

keperluan untuk perkembangan fisiologi, emosi dan mental mereka.
.

Sama seperti makan dan tidur anda.
.

Sabar sedikit, seketika, beberapa tahun usia emas ini,
.

hasilnya kelak anda akan perolehi,
seorang anak, pemuda, pemudi,
yang lengkap keperluan emosi, minda, dan jiwanya,
sebagai seorang bernama MANUSIA.
.

InsyaAllah.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

** Pabila ditanya kepada Fateh fragile usia 2+ ini, apa dia buat tadi, duk panjat ayahnya tiap kali ayah bersujud memang dia jawab dia nak tunggang kuda?, cuma kami duk peringat berulang kali sahaja – “tidak boleh ganggu orang tengah solat, hanya duduk di sebelah sahaja tunggu ibu/ayah selesai”. Lama-lama dia akan faham lah. Kini KN juga sama, akan siap sedia untuk panjat tiap kali saya / ayahnya bersujud, peranan si abang Fateh ingatkan adik pula tak boleh ganggu mami ayah solat.

Usia 4 tahun 6 bulan: kaki dia masih tak lipat elok, solat pun ikut suka hati dia aja, sama ada ada atau takda sejadah, kiblat juga di mana saja.


 

4 thn 6 bln


Lihat : Video 2 tahun memanjat ayah tiap kali sujud, vs 4 tahun 11 bulan solat, ada bezanya. Kaki pun dah betul dah lipatnya.
.

Jika kini, usia 6, saya masih tak paksa mesti solat, dan bila mood dia baik, saya dapati cara kedudukan solat, kaki, badan dia lebih baik dan sempurna, siap dengan bacaan doa selepas solat lagi (tak sempat rakam, saya rasa sangat menarik dan terharu), memang lengkap Alhamdulillah dari iqamat hingga selesai beri salam dan doa zikir selepas solat (banyaknya bacaan solat ni dia belajar dengar di sekolah, Aqrab Model School sejak usia 4, dengan saya, saya tak pernah go thru cara bacaan solat sebenar pun melainkan hafalan surah sahaja). Dia jenis ego dan tak suka dipaksa, bila dia mahu dia buat, dia taknak dia tak buat, kadang dia solat ruang lain secara individu laju-laju 1 rakaat pun ada, hehe. Sabar aja.

Jadi pemilihan environment / surrounding sekolah yang dia spent masa 8-5pm tu perlulah yang elok sebab pembentukan karektor asas 90% otak orang dewasa ini masih berlaku 0-6 usia emas ini (agak panjang masanya kan, selain di rumah dengan kita). Maksud, pilih sekolah yang betul, biar mahal sedikit, jauh sedikit tak apa, sebab ia usia emas dan besar sekali pengaruhnya.
.

Kini Khairunisa’, sama aja macam abangnya, sah kanak-kanak lelaki ke perempuan memang macam tu, cuma abang dia advance dan ligat lagi.
.

Tengok tu, dah besar pun saja panjat lagi ayahnya masa ayah bersujud

                                                                                      

Pastu siap ajak adik dia join kacau ayah, kami tetap tak marah tapi peringatkan sahaja tak boleh kacau orang solat, duduk tepi atau solat bersama. Masa ni usia Fateh 5 thn dan KN 2 tahun.


Jadi sahabat semua, modelkan, peringatkan, sabar dan teruskan solat dengan cara betul.
InsyaAllah anak-anak soleh solehah kita ni akan menunjukkan hasil kelak bila kematangan sudah sampai,

.
Jika anak anda usia atas 7, dan tak dapat mula awal macam usia 1-2 macam saya, mulakan aja disiplin tu, tegas sedikit, wajib ikut solat, tapi tak rotan, selepas solat tu banyakkan pujian, sentuhan usap peluk, dan berkata-kata baik nasihat untuk si anak (5 tangki emosi – perkataan pujian, sentuhan, masa kualiti untuk nasihat/puji, layanan baik mata dan one to one, dan gift material/makanan jika mahu beri) . InsyaAllah sampai masa usia 10 dia akan lebih matang dan solat sendiri tiap kali dengan azan. Kita tak mahu dia solat depan kita sebab takut, atau nak tunjuk baik depan mak ayah, tapi biarlah dia di depan kita dan di luar pandangan mata kita, adalah anak yang sama.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *