
Adakah Anak Kita ‘A Wanted Child’ ?
A Wanted Child Seringkali bila saya kesibukan,mengurus urusan dalam rumah,dan serentak itu si kecil bayi Yumna yang masih ‘high dependant’ kepada ibunya, memanggil-manggil, bersuara, merangkak ke arah saya, saya akan alami rasa bersalah sedikit. Saya usaha laju laju buat kerja,sambil bersuara / cakap sesuatu :- “Naaa… Mummy di sini Naa… Mummy tengah buat pankek pisang Kakak ni, Naa cari Mummya ya.. Kejap sikit ya Naaa…”. maka dia akan dengar dan tenang sedikit. Bila dah stabil sikit alatan dan proses kerja saya tu baru saya angkat dia dan tunjukkan kerja yang saya sedang lakukan beserta dengan nama benda, dan perbuatan saya (contoh, ini sudip, ini bancuhan pisang, ini pinggan dsb). Tahap anak bayi mahu perhatian ibu ini,ialah sehingga dia akan ke dapur dan masuk ke ruangan kurang selamat untuknya. Beza dengan anak besar sedikit, mereka akan lebih mandiri (berdikari) lakukan sendiri,berupaya kerana kemampuan fizikal,dan kognitif mereka,beserta pengalaman kehidupan mereka, beberapa tahun itu.. Lalu di satu petang semalam, Ahad, saya duduk di bawah lantai dan memerhati sahaja si Yumna di atas katil sedang asyik bermain. Sengaja saya perhati dia penuh (full attention) tanpa toleh ke tempat lain walau sekejap pun. Dia pandang saya, senyum dan main semula. Dia pandang lagi saya,senyum dan main lagi, gerak sedikit, main dengan kakak nya, dan pandang saya lagi. (dan tentunya saya juga hanya pandang dia dan senyum). Ia berlaku beberapa kali hingga akhirnya dia merangkak kepada saya dan terus saya capai ketiak dia dan dukung peluk dia ke bawah (bersama saya di lantai). Saya katakan : “U are a wanted child”. “Mummy mahu Yumna selalu. I love u” (kiss dia). Saya tahu walau dia tak faham,dia tetap ‘rasa’. Rasa ‘dimahukan’,rasa penting,rasa disayangi,rasa selamat. Nah, kat situlah bermulanya perasaan yakin diri seorang anak. Dia adalah anak yang ibubapa mahu, maka konfiden lah dia nak menghadapi dunia ini. […]