Anak Dimarah Kerana Kesilapan Kecil
.
Contoh, sambil makan, lap mulut di bahu,
Duduk saja-saja, tiba-tiba gigit baju di lehernya,
Tengah main, tetiba cubit/terkasar dengan ibu/ayah/adik,
Tengok TV, dekat dekat depan TV,
.
Caranya, cuma peringatkan saja.
.
Fitrah anak yang kecil yang spontan tidak dapat kawal perlakuan,
Adalah Lupa.
.
Cukupkah 5000-6000 + kali kita peringatkan mereka untuk tingkahlaku yang betul?
.
Jika belum, usah berharap diri layak untuk marah marah beremosi kepada si anak.
Marah berlampauan sampai pukul, ugut, kecam tingkahlaku dia.
.
Gunakan KeyWord sahaja, anak akan faham.
.
[Dengan andaian, sudah bincang berduaan One to One dengan anak ‘KENAPA’ / ‘SEBAB APA tak boleh buat sedemikian].
.
i.e kenapa tak boleh tengok TV dekat? Sebab nak jaga mata, nak guna mata sampai tua, nak mata sihat.
.
i.e kenapa tak boleh pukul walau gurau / teruja? Sebab kita mahu buat sentuhan selamat sahaja. Beza sentuhan selamat kita rasa sayang, selamat, suka, gembira. Manakala sentuhan tak selamat kita rasa tak selesa, sakit, marah, geram, nak balas balik.
.
Jika dapat jawapan mulus dari pemikiran si kecil, anda akan terkejut,
.
Kadangkala memukul cubit semasa bermain / gurau dengan anda ialah mereka rasa sangat teruja sahaja (too excited, tapi nak verbalised perkataan ‘teruja’ tu tak semua kanak-kanak kecil boleh, kebanyakan tak mampu terangkan perkataan emosi ‘teruja’ itu, menariknya Fateh saya mampu verbalisedkan sebab saya banyak guna perkataan emosi dalam perbualan harian sejak anak bayi).
.
.
Contoh reminder keyword (half arahan, not too long statement).
.
Fateh, jauh sikit (tonton tv dekat)
Fateh, tak perlu gigit baju.
Fateh, main elok-elok.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringat…/