Fitrah Anak Adalah Baik

21   21Shares Sesekali bila rasa anak amat mencabar perasaan dan pemikiran kita,   Eloklah kita duduk dan renung semula.   Asal anak ini, dan asal fungsi diri kita sebagai ibubapa, tanggungjawab kita.   *ia adalah normal sangat sesekali kita rasa hampir burnout, muhasabah diri adalah kaedah paling baik untuk kita atasi gangguan emosi ini dan kembali ke ontrack #keibubapaanpositif kita ok. ……….. FITRAH ANAK ADALAH BAIK Olahan Buku Orang Tuanya Manusia Untuk Ramadhan ini, saya menyambung semula pembacaan saya kepada buku best ini, “Orang Tuanya Manusia” sebab saya nak membentuk diri menjadi ibubapa (orang tua kepada anak-anak) yang mana diri saya adalah ibubapa manusia, bukan hulk/ dinasour/ dll heheh. * Baca olahan pertama saya dari buku ini, berkenaan fitrah anak suka belajar di sini. Sesuai dengan dekat Syawal ini, kembali kepada fitrah, saya tulis / share dengan anda sedikit apa saya pegang setelah baca bab 1 buku ini, hingga kini menjelang 29 Ramadhan, akhir hari sebelum Syawal, (Aidilfitri = kembali ke fitrah). Sejak saya memegang prinsip ini, mood saya jauh lebih baik dan positif, dalam kendali kerenah anak. Anak pertama, Fateh penuh dengan demand nya sebagai orang Thinking ekstrovert (mudah terpengaruh persekitaran luar dan menakluki kami pula), manakala anak kedua kami Khairunnisa’ dengan detox eczema nya (agak teruk hingga kini dah sebulan), harapnya ini last (mula detox Oktober 2017 tahun lalu lepas stop ubat makan antihistamine, agak dahsyat saya belum menulis lagi mengenai ini- wrap, dia tak bergerak sendiri, emosi, saya pregnant early stage, kewangan dll), dan sembuhlah insyaAllah (detox kerana kami sudah stop hantar pengasuh dan makanan dia fully kita boleh pantau dan tahu apa dia makan, no cheating cheating lagi). Anak ketiga, si manis Yumna lahir 5 hari sebelum Ramadhan, dan saya berniat mahu berpuasa bila dia lahir awal dari jangkaan ni, Alhamdulillah semalam 28 Ramadhan saya dapat berpuasa […]

Sesekali bila rasa anak amat mencabar perasaan dan pemikiran kita,
 
Eloklah kita duduk dan renung semula.
 
Asal anak ini,
dan asal fungsi diri kita sebagai ibubapa,
tanggungjawab kita.
 
*ia adalah normal sangat sesekali kita rasa hampir burnout,
muhasabah diri adalah kaedah paling baik untuk kita atasi gangguan emosi ini dan kembali ke ontrack #keibubapaanpositif kita ok.
………..

FITRAH ANAK ADALAH BAIK

Olahan Buku Orang Tuanya Manusia

Untuk Ramadhan ini, saya menyambung semula pembacaan saya kepada buku best ini, “Orang Tuanya Manusia” sebab saya nak membentuk diri menjadi ibubapa (orang tua kepada anak-anak) yang mana diri saya adalah ibubapa manusia, bukan hulk/ dinasour/ dll heheh.

Buku orang tuanya manusia ini sangat best

* Baca olahan pertama saya dari buku ini, berkenaan fitrah anak suka belajar di sini.

Sesuai dengan dekat Syawal ini, kembali kepada fitrah, saya tulis / share dengan anda sedikit apa saya pegang setelah baca bab 1 buku ini, hingga kini menjelang 29 Ramadhan, akhir hari sebelum Syawal, (Aidilfitri = kembali ke fitrah).

Sejak saya memegang prinsip ini, mood saya jauh lebih baik dan positif, dalam kendali kerenah anak.

Anak pertama, Fateh penuh dengan demand nya sebagai orang Thinking ekstrovert (mudah terpengaruh persekitaran luar dan menakluki kami pula),

manakala anak kedua kami Khairunnisa’ dengan detox eczema nya (agak teruk hingga kini dah sebulan), harapnya ini last (mula detox Oktober 2017 tahun lalu lepas stop ubat makan antihistamine, agak dahsyat saya belum menulis lagi mengenai ini- wrap, dia tak bergerak sendiri, emosi, saya pregnant early stage, kewangan dll), dan sembuhlah insyaAllah (detox kerana kami sudah stop hantar pengasuh dan makanan dia fully kita boleh pantau dan tahu apa dia makan, no cheating cheating lagi).

Anak ketiga, si manis Yumna lahir 5 hari sebelum Ramadhan, dan saya berniat mahu berpuasa bila dia lahir awal dari jangkaan ni, Alhamdulillah semalam 28 Ramadhan saya dapat berpuasa (Yumna day 32). Yumna kesihatan ok cuma prolong jaundice dan ada warded dan kemudian setelah discaj saya refuse masuk wad walau tinggi 14.7. Namun kemudiannya memang dia punya bacaan kuning setiap hari dan tiap dua hari menurun gradually (sikit-sikit) (Cuma hari ke 14 kuning dia 11.1 terus masuk kategori prolong jaundice).

Itu serba sedikit kisah menarik Ramadhan 1439 H (2018) berkaitan anak-anak untuk saya. Untuk saya, saya bersyukur (walau mulanya sedih), sebab beraya di Perlis sahaja (perantauan, bukan seberang lautan pun heheh), kini saya rasa itu keputusan terbaik kerana saya boleh fokus kepada ibadah saya hingga akhir ramadhan, jika inilah ramadhan akhir saya….

10 hari akhir ni saya banyak banyak baca doa untuk diampunkan dosa :

Allahumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Anni

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku.

Terasa banyak salah saya pada suami, pada anak-anak, pada adik beradik, dan pada sahabat – rapat dan tak rapat, dan kenalan luar yang umum.

INTIPATI UTAMA:

Setiap anak cenderung pada kebaikan, iaitu anak mempunyai fitrah kebaikan.

Buktinya dari Ar Rum 30:30

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

Dan Al A’raf 7: 172

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”,

Namun, banyak anak-anak yang mungkin tidak seperti fitrahnya, ‘baik’, dan amat mencabar kita, kan?

Jika bawah 7 tahun boleh lagi lega, kita masih fasa mendidik, menyemai benih benih kebaikan, Cuma kena SABAR saja.

Jika sudah remaja? Akan struggle sedikit nak kembalikan anak ini kepada fitrahnya. Bukan kita yang kembalikan mereka, tetapi kita percaya mereka boleh kembali kepada fitrah, dengan cara spesifik. Dan pastinya ia dari Allah, bukan kita yang ubah hati hati manusia ni. Saya menyaksikan depan mata saya, klien-klien remaja, dan bagaimana ibubapa mereka ini yang berjaya kembalikan anak ini kepada fitrahnya. Ia makan masa bertahun, namun ibu ibu ini percaya kepada prinsip ini (tanpa sedar) dan terusan 1) berbuat baik, dan 2) berdoa (ada 3 cara di akhir artikel ini ya). Namun sedikit sahaja ibu ibu sebegini, banyaknya ibu sudah pasrah dan rasa anak remaja sudah tidak boleh dibentuk lagi, let go aja anak ini ke track yang ‘kiri’.

Mengikut buku ini, Ini penyebab kepada anak-anak rosak.

7 sumber kepada perangai buruk, penyebab berperilaku buruk:

  1. Lupa Tuhan – Kita kerap lupa nak ajar anak untuk ingat Tuhan. Caranya ajar anak untuk sentiasa ingat Tuhan waktu susah atau senang. Cara ingat Allah, ialah zikir, dan baca Quran, Qalamullah. Ajari anak sejak bayi, AlQuran, untuk ajar dan tarik diri sendiri ingati Allah. Setiap perkara berlaku, sentiasa kaitkan dengan kehendak, ketentuan dan izin mahu nya Allah.
  1. Ajari anak hindari penyakit hati: bangga diri, riya’ dan sombong. Ia sebenarnya bermula dengan diri ibubapa sendiri. Sebaik saja ibubapa ada perasaan ini, anak mengiku. Katakan anda nampak anak anda ke arah ada sifat ini, cepat cepat ingatkan anak, notis perkara ini, dan bentuk semula hati nya. Ok. Contoh: “Kakak berjaya dapat markah 100 penuh sebab Allah izinkan, sebab kakak sungguh sungguh belajar”. “Abang dapat markah C taka pa, mesti Allah nak Abang usaha lagi, kan. Usaha tu yang Allah pandang”. “Alhamdulillah Allah izinkan, mainan yang abang nak tu ada di kedai ini. Ni mesti sebab Abang sabar dan tak putus berdoa kepada Allah, kan?”.
  1. Tidak syukur, mudah putus asaajar anak selalu bersyukur, usaha lagi, elak putus asa. Part ni Khairunnisa’ (KN) sejak usia 2+ sangat faham konsep ni, sebab lagu Omar dan Hana, berusaha (kasut roda di ice, berusaha berlatih pakai kasut roda sampai berjaya). Pernah saya penat dan tak berjaya buka penutup botol, KN notis perkara ini dan katakana kepada saya, “Mummy, berusaha lagi. Mummy boleh, Mummy boleh. (Pandainya dia beri semangat kepada mak dia). Juga dia selalu beri semangat kepada si abang bila bergayut monkey bar di playground: “Abang boleh, abang boleh”.
  1. Kikir (rasa kedekut), kemudian berkeluh kesah Ajar anak rajin bersedekah, elak rasa kikir (kedekut). Sebaik anak rasa ada rasa kikir, ajari dia konsep nikmat dikongsi, akan bertambah. Contoh Fateh bawa makanan sedap dia, dan dia mula rasa kikir, jika beri pada kawan, dia dapat sedikit lalu dia berkeluh kesah (pernah terjadi dari pengalaman dia, sebab tu dia belajar untuk tidak terlalu pemurah hehehe). Saya kerap katakan, kongsi, beri, tangan memberi lebih baik dari menerima, nikmat akan bertambah, Allah akan beri lebih lagi. Kadang saja saya katakan, “Ha Mummy beli ni sebab Allah ilkhamkan hati Mummy, bukakan pintu hati Mummy, sebab Fateh buat baik hari ni kot?”
  1. Melampaui batas – Ajar anak rasa cukup dan syukur. Pabila anak melampaui batas (katakan terpukul ayah nya, adiknya), stopkan dia dan ajari dia untuk bersederhana dalam emosi, marah boleh tapi bukan dengan cara cederakan orang lain. Bila dia makan biskut raya sedap berlebihan, ajari dia catu hari ini untuk dapat makan lagi esok hari. Jangan melampaui batas macam anjing dengan bayang bayang dan macam Firaun, Allah murka.
  1. Tergesa-gesa menghalang kebaikanAjar dan keluarkan potensi anak yang suka kebaikan. Ajar anak berfikir, dan berhati-hati juga. Kadang anak berniat baik, kemudian dia stop sebab ada bisikan dari hati yang tak baik tu. Contohnya macam makanan tadi, atau mainan, nak share lepas tu taknak share sebab orang tak share, kita highlight untuk dia proceed kebaikan yang asal tu. Bab ni kena notis cepat dan selalu berborak dengan anak untuk guide dia. Korek potensi kebaikan dalam diri dia tu, pasti ada.
  1. Suka membantah. Ajar anak mengikut kata ibubapa selagi apa disuruh ibubapa adalah kebaikan dan mendekatkan diri kepada suruhan perintah Allah dan Rasul. Ya, anak anak kerap membantah sebab mereka nak test kita. Mereka ada kehendak mereka sendiri. Key nya ibubapa bersabar dan kerapkan zikir Asmaulhusna Ya Allah Ya Sami’ jadikan anak anakku anak yang mendengar kata, perintah Allah, Rasul dan ibubapanya selagi ia menghala kepada Mu Ya Allah. InsyaAllah anak yang membantah memberontak tadi selepas seketika, akan akur kepada kata-kata anda. Sabar sahaja permulaannya, jangan ditambah minyak ke percikan api si anak yang dah mula keluar, terus panjat doa pada Allah, dengan zikir Asmaulhusna ini.

Bagaimana Caranya Untuk Baiki/ Elak?

  1. Aktifkan paradigm FITRAH. Percaya anak punya Fitrah Ilahiah. – Prinsip inilah yang saya sentiasa pegang, bila tiap kali anak mencabar, men demand lebih dsb. Katakan dia tak sabar, nak mainan dia sekarang, Saya percaya dia boleh SABAR menanti. Bila si anak kata dengan penuh percaya yakin: “Fateh ni kan tak sabar, Mummy bukan tak tahu, Fateh nak sekarang juga”. Saya akan jawab, “Ya, Fateh seorang yang sabar. Fateh boleh tunggu untuk dapat benda yang lebih baik”. Banyak kali saya ulang. Sampai dia masuk idea ini, Fateh boleh sabar. J
  1. Berdoalah kepada Tuhan. Mohon pada Allah. Baca doa ini. (saya taip di hujung artikel ni, puan tuan baca sekali ya, memang boleh menitis air mata).
  1. Teliti faktor dominan apa yang sebabkan anak berperangai buruk, kita macam jumpa jalan keluar, masuk dunia anak, dan bantu. – OK Part ni saya selalu menulis di channel telegram saya (t.me/ehsabar) mengenai iceberg, iaitu punca tingkahlaku anak mencabar ialah bukan 10% yang kita nampak, tapi punca sebenar nya di dasarnya, 90%. Sebaik sahaja kita dapat jumpa punca, dan atasi/layan, ia terus selesai tau. Kita kena bantu anak cope dengan masalah dia sebab dia masih kecil, kapasiti kurang, dan networking kurang (kurang resource).Contoh: anak mengamuk tak tentu pasal, tanyakan sahaja: Mama Nampak abang lain macam hari ini, asyik marah aja, ada apa apa berlaku di sekolah kah? Cuba cerita kata mama.

InsyaAllah, kita usaha diri dulu jadi ibubapa manusia. Pasti fitrah lahiriah nya diri kita juga adalah baik, kan?

Maznah Ibrahim

1 Syawal 1439 H

15 Jun 2018

0315 (AM)

*DOA (dipetik dari Buku Orang Tuanya Manusia, oleh Pak Munif Chatib)

Ya Allah, aku, anakku dan keluargaku berlindung kepada-Mu

Dari sifat rakus yang menggebu-gebu,

Dari sifat marah yang merusak,

Dari sifat dengki yang tak terkendali,

Dari sifat kesabaran yang melemahkan,

Dari sifat yang kurang menerima apa adanya,

Dari perilaku yang gemar menggangu orang lain,

Dari nafsu syahwat yang membabi buta.

Ya Allah, aku, anakku, dam keluargaku berlindung kepada Mu

Dari kesombongan yang mengekang,

Dari hawa nafsu yang berturutkan,

Dari sifat yang melalaikan hidayah dan petunjuk,

Dari sifat lalai yang memghantui jiwa,

Dari sifat terlalu memberatkan orang lain,

Dari perilaku yang mendahulukan kebathilan atas kebenaran.

Ya Allah, aku, anakku, dan keluargaku berlindung kepada Mu

Dari sifat kecanduan melakukan dosa,

Dari sifat meremehkan kemaksiatan,

Dari sifat membesar-besarkan ketaatan,

Dari sifat yang membanggakan diri sebagai orang yang berbuat banyak,

Dari sifat menyepelekan orang yang berbuat sedikit.

Ya Allah, aku, anakku, dan keluargaku berlindung kepada Mu

Dari perilaku yang tak terpuji dalam melayani orang lain yang berada di bawah lindungan kami,

Dari sifat tidak bersyukur atas kebaikan orang lain terhadap kami,

Dari perilaku membantu orang yang zalim,

Dari perilaku mengabaikan orang-orang yang teraniaya,

Dari sifat mencari-cari sesuatu yang bukan hak kami,

Dari segala ucapan yang tidak pada tempatnya.

Ya Allah, aku, anakku dan keluargaku berlindung kepada Mu

Dari upaya memperdayai dan menipu orang lain,

Dari sifat bangga amal perbuatan kami,

Dari sifat meggantungkan diri pada angan-angan kami.

Ya Allah, aku, anakku, dan keluargaku berlindung kepada Mu

Dari niat dan perangai yang jahat,

Dari sifat menyepelekan dosa kecil,

Dari godaan dan genggaman pengaruh setan.

Ya Allah, aku, anakku dan keluargaku berlindung kepada Mu

Dari sifat boros,

Dari hilangnya rasa kecukupan,

Dari sifat meminta-minta dari orang kaya,

Dari kehidupan yang keras,

Dari kematian yang tanpa bekal dan persiapan.

Selalu selalu tengok gambar bayi anak-anak untuk kembalikan rasa fitrah sebagai ibu baik dalam diri kita
Percaya anak-anak ini anak yang baik, fitrah lahiriahnya baik dan perlu sentiasa dibimbing. Ampuni dosa mami dan ayah atas ketidakcukupan kami selama ini… wahai anak anak…
Fateh Thinking ekstrovert (Te) manakala Khairunnisa’ Thinking introvert (Ti). Hitam adalah warna yang menyerlahkan mereka

Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *