Emosi Selalu Tak Terkawal Bila Waktu Rushing:
Anak nak ke sekolah atau anak nak kena siapkan kerja sekolah waktu malam.
—————————-
Wassalam puan, saya faham tu sebab saya pun alami sama, waktu rushing saya pagi dan petang sebelum maghrib dan sebelum anak tidur.
Ada tiga (3) cara saya amalkan (walau kadang terbabas at least ada hari hari yang saya berjaya penuh bila saya amalkan ini):
1) Caranya ialah bersedia awal, apa-apa boleh dilakukan SEBELUM anak bangun tidur dan selepas anak tidur seperti menggosok baju dan masukkan baju mereka ke beg dll (juga bahan masakan/makanan beli/order jika plan nak beri bekal anak atau makan di rumah malam).
Ada ayat Quran ada pasal ni, iaitu cek balik apa yang telah kita perbuat/lakukan untuk hari esok – jadi ia berkenaan siapkan beberapa kerja hari ini yang mana ia untuk hari esok (sebab saya jenis last min dan iron baju semua pagi itu, peel saya cenggitu…)
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr (59): 18).
Malah sebenarnya kalau anda perasan segalanya akan tenang sebaik semua anak sudah tidur, kan (part ni saya pastikan time lock saya ialah Isya’ aja, anak-anak akan siap sedia untuk tidur walau ia akan drag 1 hour, untuk khas masuk ke bilik tidur, at least anak paling lewat tidur pukul 10.00 malam). Sebaiknya waktu inilah saya kena siapkan kerja rumah, tapi waktu ini juga saya ambil kesempatan nak rehat dan pengsan tidur sama, haha. So sebenarnya saya yang kena clear dengan matlamat kerja rumah yang saya nak kena siap untuk hari esok..
Namun saya akui ada yang jenis siap awal iaitu seminggu 1 kali siap semua bahan untuk seminggu – pakaian, makanan dll. Ia adalah sangat ‘awesome’ cuma saya jenis day by day, hehe. Boleh follow Program Efficient2me Pn Husna Haron di formulamasa.com, saya join dan ada buat revamp pasal masa pada tahun 2015 dahulu sebaik anak kedua lahir. Part ni memang suami isteri perlu bincang, setuju dan laksana bersama, dan balik pada seimbang dan tenang yang puan nak capai, serta asas formula masa balik kepada pemberi dan pemilik Masa iaitu Allah swt..
2) LUA sebelum pulang rumah/ ambil anak dari habis bekerja – siapkan mind set – breathing- sebut / bina skrip yang puan mahu diri jadi apa :
“Hari ini aku akan ambil anak dan senyum ikhlas hati untuk mereka, layan dia bercerita/luah,
Hari ini aku nya emosi akan sangat positif dan tenang dalam apa jua yang berlaku,
Hari ini aku akan tenang dan teratur segala urusan berkaitan anak dari mandi makan dan siap kan kerja sekolah, insyaAllah dengan izin Nya.
Bantulah aku ya Allah”.
InsyaAllah mind set macam ni akan membuatkan segalanya hampir menjadi seperti apa yang anda setkan. 😉
Ia ada dalam Hukum Tarikan Universal (Law of Universal Attraction) dan memang tidak asing sebenarnya dalam Islam dari hadith kursi.


3) Sentiasa senyum bila stres, bernafas dalam (deep breathing) bila rasa tak ok, berlalu pergi sebentar bila rasa tak boleh hadapi dengan positif situasi yang tak best berkaitan anak-anak,
Dan ingatlah ia hanya sementara sahaja untuk elak damage lebih teruk (words negatif ke anak/ fizikal ke anak/ dsb)
Dan pastinya anda akan kembali kepada situasi si anak-anak (maksud bukan elak tetapi tetap hadap).
InsyaAllah anda akan boleh hadapinya,
Saya doakan hari ini puan pembaca post ini akan sangat positif dan terkawal emosi bila berhadapan dengan anak-anak kesayangan anda.
Maznah Ibrahim