Category Uncategorized

Self Control – Tangan Anak Kecil Perlu Salur dengan Betul Energinya

Ramai bertanya saya, bagaimana nak ajar anak untuk ada self control dalam aspek batasan sentuhan. Ia sebenarnya dalam modul ‘Personal Safety’, yang saya ajarkan dalam Kursus Seksualiti Kanak-Kanak, namun juga boleh diaplikasi ke aspek violent (kekasaran) lain. Saya dan sahabat terapat yang amalkan ini awal, dapati berkesan untuk anak kami pada usia 3 sudah boleh ada self control untuk kemarahan/kegeraman, yang mana kami mula pada usia 2, kepada orang yang sama mereka dahulunya bila geram akan naik tangan ‘tepuk’, kata Fateh saya. Hehe. So cute. Bila dia rasa Marah dan tahan tahan tangannya dari nak pukul budak yang sama dahulunya dia mudah ter ‘tepuk’. And so sad bila dahulunya dia tak reti dan tak boleh kawal diri (lack of self control) dan kita dipandang semacam oleh orang yang tak faham mengenai ini. ‘Ter’ sebab mereka ni tak sengaja. They don’t have any other choice. Ia spontan, terus kaler hijau (berjalan) jika model traffic light, bukan kaler merah berhenti tahan diri dan kuning berfikir pilihan yang ada seperti orang dewasa. Namun saya rasa orang dewasa pun selalu hijau aja, kan. Hehe. Ia tindakan refleks namanya. Dan tertanam (register) dalam otak akan coping skill begini untuk isu begini. Usia 1.5-3.0 tahun memang ‘peak’ untuk anak kecil terus luah emosi mereka dengan anggota badan. Masa mereka mula menunjukkan aspek sentuhan tak selamat (pukul tepuk dll) ni, mula ajarkan. Ini beberapa tips yang Sempat saya taip laju masa sahabat bertanya tentang ini: 1) keep inform dia yang dia rasa ini ialah rasa Marah, sebab XXX yyy zzz. Means nama itu adalah Marah, dan Marah ada sebab. Bukan saja-saja je. Ini utk emotional intelligence dia. Dan everything ada cause n effect. Dan Skill EQ yang level pertama (ada 5 level semuanya) ialah TAHU apa dirasai, tahu apa nama rasa emosi tu, geram ke, kecewa ke, […]

Anak Sebut Perkataan Tidak Baik?

Fateh dulu-dulu umur 2 awal ada sebut perkataan tidak baik yang dipelajari dari orang keliling (kanak-kanak besar lain). . 1. Terapkan Label Orang Yang Baik Sebut Perkataan Baik Agak lama juga kami duk ulang maksud sebenar perkataan tak baik dan perkataan baik, . Dan kami ulang sebut, “Orang yang baik sebut perkataan baik. Dan Fateh adalah baik, maka perlu sebut Perkataan Baik aja”. . Sehingga tahap dia sedar dan mula boleh kawal diri, dia mula tegur orang lain pula, . dan dia Thinking analitikal, kerap bertanya :- “Mummy perkataan ni perkataan baik ke tak baik?” (Tengah differentiate dan memahami perkataan). . Namun jelas, bila Marah, tanpa sedar dia akan sengaja sebut perkataan tak baik. Di situ saya akan reflek emosi nya dan beritahu kaedah lain salur Marah bukan dengan mulut. . 2. Qalamullah, Terbaik dan Ia Perkataan Benar Semalam, semasa menelusuri makna ayat dalam surah hafazan semasanya, Al Ghasiyah, ada cerita mengenai keadaan penghuni neraka vs penghuni syurga. . Jelas, semua anak kecil mahu duduk syurga. Dan ayat 11 jelas menunjukkan penghuni syurga tidak bercakap perkataan sia-sia (tidak baik) kerana mereka tidak mendengar pun perkataan sia-sia di situ. Perkataan tak elok (bad words) memang tak ada faedah pun, sia-sia. MasyaAllah.. Betapa Al Quran adalah perkataan benar sentiasa. . It’s about words. . Saya beri penegasan, tentang perkataan tidak baik itu memang tidak perlu disebut, dan itu ciri penghuni syurga. . MasyaAllah, tadabbur surah dalam Juz Amma saya dapati ada pendidikan asas untuk anak kecil, mengenai hitam dan putih, baik dan buruk. . Maka jangan dirisau jika dalam Juz Amma Perkata ada celahannya gambar tidak baik / menakutkan, kerana ia adalah gambaran sebenar keadaan kontra yang tak baik iaitu yang bathil. Mereka perlu tahu dan jelas mengenai Haq dan Bathil. Al Quran juga adalah furqan, rujukan untuk membedakan keduanya. . Anak […]

Bagaimana Nak Latih Anak Proaktif dan Berinisiatif Tinggi?

(Jika anda geram suami/ lelaki dewasa lain relak dan kurang berinisiatif) 8 Januari 2016, Fateh 3.10 Tahun   Fateh ada idea!!!   (Gandingan hebat ayah yang kreatif dan terbuka dengan anak yang kreatif inovatif).   Bila banyak kali cuba, dia belajar sendiri. Makin lama makin banyak belajar. Ayah duduk sahaja, dia ‘kerjakan’ (laksanakan) ideanya. Bukan mudah sesuatu nak smooth / lancar dan sukses sampai hujung.. Emosi ‘peak’ positif bila suksess, juga ‘peak’ negatif bila idea tak menjadi.   Bagaimana kami latih?   Dalam APA jua situasi sukar, jangan berlama-lamaan berduka.   Empati seketika, owch, jatuh, sakit, (urut, ada sentuhan)   Kemudian solusi: OK bangun, lari hati-hati! (Simple tapi tegas bermakna).   Kat sini juga nak latih peringkat usia 3-5 tahun yang berinisiatif tinggi agar kekal Proaktif dan Berinisiatif serta Yakin Diri bila dewasa.   Video Keretapi Panjangnya di sini Jemput seminar Urus Emosi anak dan ibubapa saya.   Maklumat lanjut, sila klik   KLIK>>>Seminar EHSABAR – Urus Emosi Dengan Cepat, Tepat & Efektif   p/s Saya trigger part inisiatif dan proaktif serta yakin diri ini kerana klien kanak-kanak saya yang kurang yakin diri, dibuli, mudah menangis (lelaki). Dan baru find out setelah beberapa sesi dengan ibu yang mana peringkat usia kecil sebegini ibu menghalang dan tidak beri peluang langsung anak berkarya. Ini diakui dan disedari ibu setelah saya beritahu keperluan peringkat usia begini untuk latih dan benarkan serta raikan setiap usaha sendirinya. 1.5-3 thn peringkat autonomi buat sendiri dan 3-5 thn inisiatif berusaha. Syukur ibu positif dan terbuka untuk baiki sekarang.   Bab lelaki dewasa jenis begini, bukan salah mereka semata. Mereka tiada pengalaman berkarya dan berinistaif semasa kecilnya. Jadi break the cycle ialah kita latih anak lelaki kita peringkat usia ini untuk lahirkan generasi baru yang positif. Dan untuk lelaki dewasa perlu NLP kan/ programmingkan semula minda dan emosi […]

Anak Tadika Tak Ingat Apa Diajar Guru Di Sekolah?

8 Januari 2016, Week 2, Fateh 3.10 tahun sekolah AMS Fateh 3.10 tahun masuk Aqrab Model School bermula minggu lalu induksi (orientasi). Alhamdulillah sukses 5 hahari tanpa saya teman sedikit pun. (Namun saya ambil cuti hari pertama standby, sudahnya pergi dating aja dengan suami. Alhamdulillah). Ada jadualnya dan ada few pictures di kongsi di group maka saya tahu apa dia lalui. Termasuk reward berkelakuan baik dapat TV Time. Nampak gambar dia duduk beratur sedang menonton TV. Saya puji dan tunjuk gambar dia menonton tv, dia senyum.. Saya kata, Bagus sebab Fateh ikut cakap cikgu maka dapat tengok TV ya? Dia senyum malu dan berkata ya. Kalau tak, kena duduk bilik principal. Panas dan Tak ada lampu, katanya. (Hehe maknya dengar). Minggu ini bermula sesi akademik lebih khusus. Saya pun tak berapa ingat jadual dia secara khusus. Yang saya tahu setiap hari ada Al Quran guna buku Al Barqy dan sejam setengah akademik untuk 3 subjek, dan petang macam-macam untuk otak kanan macam art dan sebagainya. Mujur kami ada Parent-Teacher Communication Log Book. Sistem komunikasi ini memudahkan mesej dua hala kami: ibubapa dan guru. 1) tahu anak belajar APA 2) boleh sampaikan pesanan spesifik dari guru untuk ibubapa topup dan beri perhatian lebih kepada anak, dan 3) mesej spesifik ibubapa nak sampaikan kepada guru untuk perhatian khusus Item 2&3 – maka kami dapat saling memahami dan menyokong keperluan anak. In Sya Allah anak dalam landasan dan arus pendidikan yang betul. Item 1, sangat menarik! 🙂 Bila ditanya hari pertama dan kedua selepas pulang, apa belajar, dia akan menjawab “tak tahu”. Simple aja, maknanya ia tidak terlalu signifikan untuk diingat dan diceritakan oleh si anak kepada ibubapa. Belajar biasa-biasa. Yang pembelajaran kelmarin Selasa (contoh gambar dalam post ini), saya terus buka buku dan baca dalam kereta. Saya bacakan kuat-kuat ayah dengar. – […]