Fateh dulu-dulu umur 2 awal ada sebut perkataan tidak baik yang dipelajari dari orang keliling (kanak-kanak besar lain).
.
1. Terapkan Label Orang Yang Baik Sebut Perkataan Baik
Agak lama juga kami duk ulang maksud sebenar perkataan tak baik dan perkataan baik,
.
Dan kami ulang sebut,
“Orang yang baik sebut perkataan baik. Dan Fateh adalah baik, maka perlu sebut Perkataan Baik aja”.
.
Sehingga tahap dia sedar dan mula boleh kawal diri, dia mula tegur orang lain pula,
.
dan dia Thinking analitikal, kerap bertanya :-
“Mummy perkataan ni perkataan baik ke tak baik?” (Tengah differentiate dan memahami perkataan).
.
Namun jelas, bila Marah, tanpa sedar dia akan sengaja sebut perkataan tak baik. Di situ saya akan reflek emosi nya dan beritahu kaedah lain salur Marah bukan dengan mulut.
.
2. Qalamullah, Terbaik dan Ia Perkataan Benar
Semalam, semasa menelusuri makna ayat dalam surah hafazan semasanya, Al Ghasiyah, ada cerita mengenai keadaan penghuni neraka vs penghuni syurga.
.
Jelas, semua anak kecil mahu duduk syurga. Dan ayat 11 jelas menunjukkan penghuni syurga tidak bercakap perkataan sia-sia (tidak baik) kerana mereka tidak mendengar pun perkataan sia-sia di situ. Perkataan tak elok (bad words) memang tak ada faedah pun, sia-sia. MasyaAllah.. Betapa Al Quran adalah perkataan benar sentiasa.
.
It’s about words.
.
Saya beri penegasan, tentang perkataan tidak baik itu memang tidak perlu disebut, dan itu ciri penghuni syurga.
.
MasyaAllah, tadabbur surah dalam Juz Amma saya dapati ada pendidikan asas untuk anak kecil, mengenai hitam dan putih, baik dan buruk.
.
Maka jangan dirisau jika dalam Juz Amma Perkata ada celahannya gambar tidak baik / menakutkan, kerana ia adalah gambaran sebenar keadaan kontra yang tak baik iaitu yang bathil. Mereka perlu tahu dan jelas mengenai Haq dan Bathil. Al Quran juga adalah furqan, rujukan untuk membedakan keduanya.
.
Anak perlu sedar kedua-dua belah keadaan. Dari situ mereka akan berfikir dan menilai sendiri.
.
Wallahu alam.
(25 Dis 2015, Dalam ETS, Fateh 3 Tahun 10 Bulan)
Penegasan KINI Fateh 5 Tahun
3. Sentiasa Ingat, Perkataan Adalah 7% Sahaja, Non Verbal: Action dan Makna adalah 93%
.
Sentiasa percaya dan lihat iceberg di bawah tingkahlaku anak.
.
Apa emosi nya,
Apa pemikirannya,
Apa kepercayaannya,
.
Apa makna di sebalik ucapannya yang mengandungi perkataan tak baik.
Anak sudah faham dan jelas perkataan baik vs tak baik, pasti ada sebabnya dia masih ucapkan pabila dia : marah, frust, geram, rasa betrayed.
.
Sentiasa percaya kepada makna mesej di sebalik perkataan (7%) yang diucapkan.
.
Dalam komunikasi, perkataan hanya membawa 7% dari keseluruhan mesej komunikasi berkesan.
.
Belajar banyak-banyak bahasa badan (non verbal).
.
Refleksikan perasaan dan pemikiran anak, beritahu perasaan ibubapa kepada anak, luah secara asertif dan hormat.
“Ayah tak suka Fateh sebut perkataan tak baik. Fateh rasa marah, beritahu ‘Ayah, Fateh marah sangat ni, Fateh nak xxyyzzz, boleh tak ayah tolong consider’.
InsyaAllah anak belajar skil baru, luah perasaan nya, anak tahu apa mak ayah rasa. Ibu aya bijak tahu apa anak mahu.
.
.
Refleksi
Maznah Ibrahim