Ramai bertanya saya, bagaimana nak ajar anak untuk ada self control dalam aspek batasan sentuhan.
Ia sebenarnya dalam modul ‘Personal Safety’, yang saya ajarkan dalam Kursus Seksualiti Kanak-Kanak, namun juga boleh diaplikasi ke aspek violent (kekasaran) lain.
Saya dan sahabat terapat yang amalkan ini awal, dapati berkesan untuk anak kami pada usia 3 sudah boleh ada self control untuk kemarahan/kegeraman, yang mana kami mula pada usia 2, kepada orang yang sama mereka dahulunya bila geram akan naik tangan ‘tepuk’, kata Fateh saya. Hehe.
So cute. Bila dia rasa Marah dan tahan tahan tangannya dari nak pukul budak yang sama dahulunya dia mudah ter ‘tepuk’.
And so sad bila dahulunya dia tak reti dan tak boleh kawal diri (lack of self control) dan kita dipandang semacam oleh orang yang tak faham mengenai ini.
‘Ter’ sebab mereka ni tak sengaja. They don’t have any other choice. Ia spontan, terus kaler hijau (berjalan) jika model traffic light, bukan kaler merah berhenti tahan diri dan kuning berfikir pilihan yang ada seperti orang dewasa. Namun saya rasa orang dewasa pun selalu hijau aja, kan. Hehe. Ia tindakan refleks namanya. Dan tertanam (register) dalam otak akan coping skill begini untuk isu begini.
Usia 1.5-3.0 tahun memang ‘peak’ untuk anak kecil terus luah emosi mereka dengan anggota badan.
Masa mereka mula menunjukkan aspek sentuhan tak selamat (pukul tepuk dll) ni, mula ajarkan.
Ini beberapa tips yang Sempat saya taip laju masa sahabat bertanya tentang ini:
1) keep inform dia yang dia rasa ini ialah rasa Marah, sebab XXX yyy zzz. Means nama itu adalah Marah, dan Marah ada sebab. Bukan saja-saja je.
- Ini utk emotional intelligence dia.
- Dan everything ada cause n effect.
- Dan Skill EQ yang level pertama (ada 5 level semuanya) ialah TAHU apa dirasai, tahu apa nama rasa emosi tu, geram ke, kecewa ke, marah bangat ke, sakit hati ke. Ia lain walau dalam kontinuum yang sama 😉
- Jadi antara kaedah ter efektif ialah kita modelkan skrip nya dalam situasi harian, Mummy rasa marah sebab Fateh tak dengar cakap Mummy untuk xxxxyyyyzzzz… So kita perlu asertif dalam pengluahan rasa emosi kita pada anak dan suami sebab kita anak jadi macam tu, kan. Bukan pemendam dan tidak tahu apa dia rasa, tidak tahu beritahu apa dia rasa, dan badan hanya react certain style yang dia sendiri pun tak selesa begitu dan kita pun pening, apa ni???
- <Kita jadi apa kita nak anak jadi>
2) Macam Iburose ajar. Angkat tangan dia dan bawakan ke badan kita atau ikut tangan kita bawa ke badan dia dan usap pelan-pelan. Biar dia rasa sentuhan selamat – then tanya dia, rasa apa? Feel gud. Feel safe. Feel loved. Beri vokabulari perasaan untuk dia kenal dan alami. Still under emotional intelligence skill.
Beza hitting smua tu, apa dia rasa? Not gud feeling. Unsafe, angry, sad, annoying.
Ini untuk dia differentiate the unsafe n safe touch. Bila dah alami energi di tangan dikeluar secara perlahan-lahan (bila usap pelan-pelan tu energy released pelan-pelan macam kita breath out counting to 8 tu), dia akan kontrol pergerakan tangan dia dan alami dua situasi kontra. Manusia belajar dengan pengalaman badan (badan alami-maksud ajar badan macam kita train body clock kita nak bangun awal tu), lebih efektif berbanding kognitif (beritahu pesan semua tu).
3) jika dia jenis tangan. Bagi tahu dia di sini boleh lepaskan marah dengan tangan (sediakan punching bag gantung, Bantal besar. So on). Saya sediakan punching bag tergantung di ruang pintu masuk bilik ke-2 masa Fateh usia 2 tahun, dan setiap kali dia rasa nak marah (anak strong willed child ni tegas dan banyak tenaganya kan), saya terus channelkan dia agar pergi ke situ. Memang dia pergi dan tumbuk kelakar then terus hilang / resolved. Ia berkembang ke kaki pabila saya minta dia jogging dan dia jogging dalam rumah hanya untuk 1 round then resolved. After that, sila lah berkomunikasi secara terbuka dan matang mengenai hal tadi tu ya. Ini untuk develop sense of Feeling awareness – sedar sebab dan akibat, baik dan buruk serta belajar cara baru yang positif.
So that dia dibenarkan lepas energy marah, beza secara selamat, ada outlet tempat lepaskan. Safe corner ke apa nama ke, berikan la.
Itu aja. Elak Marah n punishment, lebihkan pujian dan reward positif. Usia kecil mereka kejar reward, tapi Elak punishment. Elak hingga mereka boleh menipu. So punishment untuk budak kecil belum betul-betul berkesan berbanding reward. As simple as: dari berkata apa dia tak boleh dapat, beritahu dia apa dia akan dapat: Kalau Fateh mandi sekarang, lepas mandi boleh tengok cerita robot vs Kalau tak mandi sekarang, tak boleh tengok kartun robot! Kan perkara sama tu hehe, cara cakap je kena tune tukar skit ya… So maksudnya kita kena pause n think first. Ini untuk break the cycle yang selalu ugut-ugut/ takut-takut/ lemah-lemahkan anak kecil. Kita nak bina generasi baru yang kuat jati diri, self esteem dan resilien.
Tambahan teknik lain yang saya aplikasi sebab dah tahu dengan budak sama dia akan ter buat kasar (kadangkala just sebab aura clash, tak serasi), ialah saya guna teknik hypnoparenting (beritahu masa nak tidur tu skrip baik-baik kita nak dia jadi, seperti Fateh sayang semua orang, Fateh buat sentuhan selamat dengan xxx, Fateh boleh kawal diri dan tangan, Fateh share barang, etc) dan intro (kita nak gi rumah uncle XXX, nanti Fateh akan main elok share barang dan hanya sentuhan selamat. Ok). So skrip intro dan hypno ni menjadikan behaviour dia jadi seperti apa kita beritahu tadi. Ni namanya Aware Parenting, kata suami saya (kita sedar dan sengajakan parenting style kita untuk sesuatu, bukan biaq pi aja ikut arus perdana kini yang havoc).
Untuk hypno script ni saya amalkan dalam 6 bulan! Fateh usia dalam 2.6 tahun sudah ada self control, yang dia sedar dan tak sedar dia usaha untuk buat baik seperti dalam skrip semua tu. Dia saya perhatikan berkata semasa bermain, “Mummy, Fateh share dengan xx”, sambil pandang saya mohon pengiktirafan atas usaha nya itu, dan saya terus puji. “Alhamdulillah, Fateh share barang mainan, Mummy suka, 30 markah!”.
Ini anak kecil. Jangan kata 6 bulan lama ya. Sebab kalau anak remaja, mungkin makan masa 5 tahun baru ada perubahan 😉
Tambahan juga, masa anak saya usia 1.6-1.8 tahun tu, seorang kawan saya yang bagus tu terus high five dengan Fateh bila Fateh angkat tangan ke muka kawan saya ni. Masa tu saya first time mother yang tak da pengalaman, memang rasa macam teruknya aku, kenapa anak aku macam ni dsb. So lelama saya fahami iaitu itu cara dia nak kawan dengan orang, dengan sentuhan, sebab dia jenis ekstrovert dan interpersonal skill bagus, jadi mesti nak tegur orang punya. Cara dia tegur orang memang cenggitu, bukan tenung still aja, kena ada sentuhan baru dia puas kot ^_^
So just keep doing it. Bila anak berubah? Allah tentukaan qadarnya bila. 🙂
p/s:
Oh ya, lebih lagi akan saya kongsikan dalam seminar EHSABAR. Bagaimana nak kenalpasti emosi asas di badan kita tersimpan (registered) selama ini, samada positif atau negatif, dan jika negatif, boleh lah buat perubahan sekarang ya agar ia tak berlarutan beri kesan negatif pada orang sekeliling. Ilmu ini boleh diwarisi kepada anak, dengan kita manage dan ajar mereka akan new positive behaviour.
Maklumat lanjut. Sila klik >>> Seminar EHSABAR