(Jika anda geram suami/ lelaki dewasa lain relak dan kurang berinisiatif)
8 Januari 2016, Fateh 3.10 Tahun
Fateh ada idea!!!
(Gandingan hebat ayah yang kreatif dan terbuka dengan anak yang kreatif inovatif).
Bila banyak kali cuba, dia belajar sendiri. Makin lama makin banyak belajar. Ayah duduk sahaja, dia ‘kerjakan’ (laksanakan) ideanya. Bukan mudah sesuatu nak smooth / lancar dan sukses sampai hujung..
Emosi ‘peak’ positif bila suksess, juga ‘peak’ negatif bila idea tak menjadi.
Bagaimana kami latih?
Dalam APA jua situasi sukar, jangan berlama-lamaan berduka.
Empati seketika, owch, jatuh, sakit, (urut, ada sentuhan)
Kemudian solusi: OK bangun, lari hati-hati! (Simple tapi tegas bermakna).
Kat sini juga nak latih peringkat usia 3-5 tahun yang berinisiatif tinggi agar kekal Proaktif dan Berinisiatif serta Yakin Diri bila dewasa.
Jemput seminar Urus Emosi anak dan ibubapa saya.
Maklumat lanjut, sila klik
p/s
Saya trigger part inisiatif dan proaktif serta yakin diri ini kerana klien kanak-kanak saya yang kurang yakin diri, dibuli, mudah menangis (lelaki). Dan baru find out setelah beberapa sesi dengan ibu yang mana peringkat usia kecil sebegini ibu menghalang dan tidak beri peluang langsung anak berkarya. Ini diakui dan disedari ibu setelah saya beritahu keperluan peringkat usia begini untuk latih dan benarkan serta raikan setiap usaha sendirinya. 1.5-3 thn peringkat autonomi buat sendiri dan 3-5 thn inisiatif berusaha. Syukur ibu positif dan terbuka untuk baiki sekarang.
Bab lelaki dewasa jenis begini, bukan salah mereka semata. Mereka tiada pengalaman berkarya dan berinistaif semasa kecilnya. Jadi break the cycle ialah kita latih anak lelaki kita peringkat usia ini untuk lahirkan generasi baru yang positif. Dan untuk lelaki dewasa perlu NLP kan/ programmingkan semula minda dan emosi mereka jika mereka mahu berubah.