Anak Anda Suka Memanjat
Soalan rakan kepada rakan saya. Ank sy pn mkin aktif jg..dok memanjat la keje die. Pnjt tingkap la, almari la.. Die skang ni klu merajuk suke baring menelentang smbil hempas kpla ke blakang. Mcm nk tnjuk prasaan. Dh byk kali mcm tu. Sy risau jg, sbb sllu terhantuk..tkt ade side effect. Cmne nk hndle? Anak lelaki, umur 1.4 tahun. ………………………………………………….. Instict ibu kanak-kanak ini sangat tepat, iaitu anak seperti melepas perasaan. Perasaan apakah itu? Kata ibu kanak-kanak ini, anaknya ‘merajuk’. Lain perkataan, terasa kecil hati sebab ibu ada ‘xxx’ bila anak ekspreskan emosi seronok menerokanya dengan aktiviti memanjat tingkap, almari dan sebagainya, dan saya tak pasti ibu ini buat apa. Kemungkinan besar menghalang dengan menjerit (sebab risau jatuh, kan), atau menjerit kelihatan seperti marah (dan ada rasa marah betul; It’s OK untuk rasa marah, sebab marah datang dari niat ‘protection’ – contoh, ibu ayam marah orang kacau anak dia (anak ayam), maka ibu ayam akan patuk orang itu kerana niat sebenar dia ialah nak melindungi anaknya dari gangguan/ ancaman orang itu (manusia). Lain, mungkin ibu ini ada mengeluarkan perkataan seolah berbaur ‘kecewa’ sebab ‘anak tak dengar kata’, malah keep doing apa yang berbahaya kita tak beri tu. Keseluruhan/kesimpulan: emosi adalah negatif (marah dan frust) walau niat sangat baik iaitu melindungi (protect), kerana mahu anak selamat. . JADI BAGAIMANA? 1) KENALPASTI APA EMOSI KITA SENDIRI PERTAMA, pada saya, adalah penting kita sebagai orang dewasa untuk muhasabah diri, kenalpasti apa emosi yang kita rasa. Macam saya terangkan kat atas, bermakna beberapa emosi itu wujud, dan di sebaliknya tu ada emosi positif, namun yang KETARA ialah EMOSI NEGATIF mengaatasi emosi positif, perasan tak? (marah, geram, kecewa kerana tak dengar kata dan berpotensi untuk cedera, rasa sedih sebenarnya juga ada) (sangat menyedihkan sebab sama je jika dia dah 5-6 tahun nanti, akan lebih mencabar […]