Bila Anak Sukar Bangun Subuh

    Jika Anak Sukar Bangun Subuh, Sentiasalah Berbaik Sangka, Letakkan Bayangan Yang Positiv & Baik-Baik Sahaja. [C&P dari whatsap group] Hadrat Maulana Yusuf menceritakan sendiri bahawa semasa kecil, beliau agak liat untuk bangun solat Subuh. Apabila ibunya mengejutkannya untuk solat Subuh, beliau akan bangun sekejap dan kemudian tidur balik. Akibatnya, beliau tertidur dan terpaksa mengqadakan solatnya. Ibunya berasa risau lalu melaporkan kepada suaminya, Hadrat Maulana Ilyas. “Setiap hari saya mengejutkan Yusuf dari tidur tapi dia tidur semula selepas terjaga.” Hadrat Maulana Ilyas dengan begitu optimis menjawab, “Suatu hari nanti Yusuf akan membangunkan manusia untuk solat Subuh dan dia takkan letih melakukannya.” Hasil daripada pemikiran yang optimis dan bersangka baik (lebih tepat disebut firasat orang beriman) seorang ayah, Hadrat Maulana Yusuf akhirnya menjadi seorang daie yang hebat, seperti ayahnya. Moralnya Fikirkan positif, berikan semangat dan doakan yang terbaik untuk anak anda kerana setiap perkataan ayah dan ibu adalah DOA. — Fateh kayuh subuh untuk latihan fizikal dan oksigen fresh ke otak. Namun ada juga masa masanya dia bangun lambat 😉     

Jika Anak Sukar Bangun Subuh, Sentiasalah Berbaik Sangka, Letakkan Bayangan Yang Positiv & Baik-Baik Sahaja.

[C&P dari whatsap group]

Hadrat Maulana Yusuf menceritakan sendiri bahawa semasa kecil, beliau agak liat untuk bangun solat Subuh. Apabila ibunya mengejutkannya untuk solat Subuh, beliau akan bangun sekejap dan kemudian tidur balik. Akibatnya, beliau tertidur dan terpaksa mengqadakan solatnya.

Ibunya berasa risau lalu melaporkan kepada suaminya, Hadrat Maulana Ilyas. “Setiap hari saya mengejutkan Yusuf dari tidur tapi dia tidur semula selepas terjaga.”

Hadrat Maulana Ilyas dengan begitu optimis menjawab, “Suatu hari nanti Yusuf akan membangunkan manusia untuk solat Subuh dan dia takkan letih melakukannya.”

Hasil daripada pemikiran yang optimis dan bersangka baik (lebih tepat disebut firasat orang beriman) seorang ayah, Hadrat Maulana Yusuf akhirnya menjadi seorang daie yang hebat, seperti ayahnya.

Moralnya

Fikirkan positif, berikan semangat dan doakan yang terbaik untuk anak anda kerana setiap perkataan ayah dan ibu adalah DOA.

Fateh kayuh subuh untuk latihan fizikal dan oksigen fresh ke otak.
Namun ada juga masa masanya dia bangun lambat 😉


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151