Fahami Pemikiran Anak Usia 2-7 Tahun


Usia 2-7 Tahun Mereka, Kognitif – Pra Operasi, Imaginatif Tinggi.
Jika dulu usia 2 si Fateh anak soleh,

Berus lukisan masa playgroup aunty Tshie Siti Mashitah Sarif dikatakan “Eh macam mop, mummy” (dia kan rajin mop dulu:sweat_smile: sebab mak dia rajin mop, kini zaman KN saya kurang mop sebab ayahnya rajin vacuum :laughing: kikih)

dan masa makan spageti – “Eh, ular!”,

Nampak peta besar sungai Perlis – “Ular!”
.
.

KN kini pula,
lihat mee wantan, explore, (tapi tak makan pun),
kata – “Adik nak potong rambut” sambil buat aksinya.. kumpul dan gunting guna garfu dan sudu…
(Sebab selalu ikut abang Fateh pergi gunting rambut).

:smiley::heart_eyes:
MasyaAllah Tabarakallah..
Saya yakin semua anak kita explorative begitu…
Notice, raikan, keep support perkembangan mereka.Nota :

1) Usia 2-7 tahun, adalah peringkat Pra Operasi, semuanya half faham,

anak usia ni macam faham tapi sebenarnya akan sentiasa separa faham..

Walau Fateh 5 tahun, dia masih ada banyak perkara yang kurang jelas, sebab peringkat otak usia ini masih register / serap new things, try to assimilasi dan accomodate semua – jadi pemikiran dan pembelajaran sendiri melalui pengalaman demi pengalaman…
.

Jika saya ter lepas macam tegas lebih, dan saya cek segera, apakah dia faham kenapa saya marah, dia memang tak faham especially benda /situasi baru,
.

contoh baru ni saya sedang bercakap di phone dan serentak dia minta minta pushy minta hp saya nak tengok cerita kartun (macam sebelum tu sebab saya beri), saya jadi marah dan bertegas terangkan tingkahlaku saya sebentar tadi ialah urusan kerja dan tidak boleh diganggu minta sebegitu, boleh minta selepas saya selesai, sama seperti bila dia buat satu kerja penting dan saya interrupt, paksa buat benda lain, would he feels angry too?. Dia angguk-angguk faham selepas saya explain.. :sweat_smile::joy:
.

2) Sebab tu penting ulang-ulang beritahu yang benar. Oops tapi sebelum tu, raikan dulu judgment pertama mereka – “Waaah adik nampak macam Mop? Betullah, kreatif betul adik ni. Ini, namanya brush, beeerus”.
.

3) Jadi jika orang kata explanation perlu ringkas, memang benar, untuk arahan keselamatan – “stop panjat, turun sekarang, mama bantu”,
.

NAMUN untuk saat mereka BERSEDIA MENDENGAR, tidak menutup telinga (zaman remaja/kanak-kanak yang jika ibubapa membebel mereka akan tutup telinga kan?),
.

adalah sangat OK untuk explain guna ayat panjang. Sebab otak mereka MERAKAM.
.

Saya teringat buku log Fateh berkenaan My Little Sprout, dia bina ayat yang panjang dan elok lengkap sebab dia dah biasa dengar ayat Mak dia yang lengkap subjek predikat panjang sejak bayi :joy::sweat_smile:. KN juga menuturkan ayat lengkap macam bahasa melayu tinggi buku.
.

Dan KN yang memula egosentrik (egosentrik sangat ketara untuk peringkat usia ini juga – dia saja betul, kita salah – so sabar dan ya kan aja lepas tu bagi tahu yang sebenar),
.

Dia tak percaya nama bukit di rumah kami ialah ‘Bukit Besi Hangit’, dia keep saying tegas : “Tak! Itu Bukit Samy!”, saya beritahu sahaja, “Ya itu bukit juga, betul adik, tapi nama sebenar itu Bukit Besi Hangit, sebab Bukit Samy ada playground bawahnya, cuba Adik ingat balik”, dia dengar walau belum percaya sepenuhnya — kemudian tak lama lepas tu, waktu lain, dia sendiri sebut ulang : “Ayah, itu Bukit Besi Hangit, kan?”. (Haha, tau pun:sweat_smile:).
.

4) IMAGINATION anak memang tinggi sangat sebab masih major di otak kanan, belum konkrit seperti orang dewasa,
.

sebab tu perkataan ‘Jangan’ mereka ‘tak nampak’ maka mereka buat apa di ‘jangan’kan tu,
.

“Jangan lari” – mereka nampak perkataan ‘LARI’:sweat_smile: maka mereka pun larilaaa haha, mereka tak nampak perkataan ‘JANGAN’
.

Jadi sebut aja apa kita nak dia jadi iaitu – “LARI HATI-HATI, atau “JALAN SAJA TAKYAH LARI…”
.

– bot macam huruf Ba, Itik macam huruf Ya (ni teringat kad imbas hijayyah sahabat Khadijah Ghani :kissing_heart:) amat sesuai diterapkan, dalam story telling harian, dan pendidikan / ajar anak seharian, masukkan konsep imaginasi banyak-banyak, semut bercakap, burung nyanyi lagu xyz dll dalam konteks sesuai nak sampaikan mesej, dalam Al Quran Allah beri banyak metafora, perumpamaan, dan stories agar manusia faham…. kan?

.

5) Sah, apa yang mereka aksikan, adalah hasil dari pengalaman mereka. Jika tak pernah tengok brushes (kes Fateh sebab saya tak pernah dedahkan dia lagi masa tu), dan dia sangat berpengalaman menge mop, maka no wonder la dia boleh associate kan Brush dengan Mop. So kat sini point nya memang pendedahan banyak sangat baik untuk anak di Golden Age 0-6 ini ya.
.

.
6) Maksud, beri pengalaman dan PENDEDAHAN (EXPOSURE) banyak nama benda, banyak pengalaman menyentuh dan mengoperasikan benda itu, banyak berjalan di muka bumi tengok sistem, tengok orang,
.semudah seperti beri mereka pegang sudip dan kacau kuali dengan sudip, kemudian selitkan dan perkenalkan konsep hati-hati, sebab ini panas, dan sudip ini berat untuk adik 😉 (dia rasa wap masakan panas, dia rasa sudip ini berat – nama sifat benda – berat)
.

7) Anak yang terdedah kepada REAL TOOLS (ikut konsep Nury), mereka belajar lebih baik, dan saya dapati anak-anak saya kenal BAHAYA dan tahu operasikan gunting dan pisau sebenar sebab mereka diberi ruang dan peluang beserta pemantauan 100% di saat mereka eager to touch n do as what we adults do. :smiley: Kan???? Jadi optimisekan keperluan otak mereka dengan cara support dan beri ruang peluang.
.
.

Refleksi Perkembangan Anak-Anak,
Maznah Ibrahim.
.

#psikologiperkembangankanak2
#perkembanganFatehKN

*teringat masa ni KN terkejut tengok rambut abang Fateh dipotong, dia berlari dan berkata : “Ayah, rambut Abang Fateh jatuh lah :scream:)

 

Leave a Reply