2020.
Saya scroll post lama saya dan terjumpa post ini.
Saya dapati ini salah satu skill komunikasi yang biasa saya buat sejak anak usia 2 tahun lebih.
Iaitu berbicara atau beri feedback kepada anak akan apa kita nampak, sama ada yang kita nak puji dan tegur.
Lama-lama anak sudah biasa.
Maka bila kita nak minta anak kurangkan guna gajet main game, atau apa jua perlakuan dia, kita mudah lakukan kerana anak sudah biasa berbicara gaya begini (matang dan penuh hormat).
Malah anak juga boleh beri feedback kepada ibu ayah secara hormat juga.
Ini kisahnya…. sewaktu anak pertama usia 5 tahun.
IbuBapa Jadi Magic Mirror Kepada Anak
=================================
1 Julai 2017
Sabtu
Tadi Fateh kata dia ada 4 perkara silap dilakukan,
.
4 kesilapan dia ini dia nyatakan dengan penuh insaf 😄 (misteri dan berdebar saya menantinya):
1. Dia tak melompat lepas mandi sampai mami nak terjatuh, bahaya. (air menjejeh jadi saya memang hampir jatuh tadi)
2. Fateh tertumpah air milo lepas tu Fateh lap dengan tisu.
3. Fateh marah uncle kat rumah kenduri aqiqah tadi (sambil ulang tunjuk aksi garang dia macam biasa style dia tu)
4. Fateh tak tutup tin biskut merry.
.
Okay, no 1,3 tu memang kami dah proses bersama (muhasabah dan nasihat secara berhikmah dari mak ayah dia, kami tegur dan explain baik-baik sungguh-sungguh),
No 2 saya memang tak perasan ia berlaku, yang saya nampak memang mug milo dia dah kosong habis minum, cuma saya minta dan ingatkan dia letak cawan dah minum atas meja sahaja.
No 4 tu kelupaan harian yang diingatkan berulang kali tiap hari jadi saya tak expect dia mengakui dengan penuh sesalan 😄👍.
.
Saya terus berikan/nyatakan 10 kebaikan dia hari ini.
.
1. Fateh berjaya lompat 20 kali lepas mandi, maka mami tak jatuh
2. Fateh berjaya tutup tin biskut lepas makan, maka biskut tak lemau.
3. Fateh bertanggungjawab lap sendiri air milo tumpah, maka tak kotor la lantai.
4. Fateh berjaya patah balik salam ngan uncle rumah kenduri tadi walau dah nak balik dah.
5. Fateh berjaya dimandikan dan digosokkan gigi oleh mummy sampai bersih berkilat licin dan tak jadi rumah bakteria makanan
6. Fateh berjaya main dengan gembira bila Khairunnisa’ berlakon jadi aunty cina gunting rambut
7. Fateh berjaya minta maaf kat ayah pasal bising nak pistol lain
8. Fateh mengakui kesalahan Fateh dengan mummy, mummy bangga dan syukur sebab fateh anak soleh bertanggungjawab atas kesalahan Fateh.
9. Fateh berjaya tahan diri tak tengok kartun robot, tengok umar dan hana dan upin ipin aja.
10. Fateh tunjukkan kasih sayang kat mummy dengan kiss dan hug mummy, penyayang, prihatin dan empatik.
.
.
Lihat, bagaimana anak Thinking berfikir-fikir kesilapan dia,
.
dan semua itu ada perspektif kebaikan dia yang dia tak nampak.
.
kita bantu dia untuk feel good atas kejayaan kecil yang kita as parent nampak.
.
walau kecil, ia besar.
.
ia spesifik dan different angle sahaja,
.
agar dia tak fokus kepada side yang negatif dan silap/salah,
.
sedangkan menyedari dan mengakui kesilapan sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, tak semua orang boleh lakukan muhasabah macam ini,
.
Dan ketahuilah peringkat usia 3-5/6 tahun, antara initiative (inisiatif berusaha) vs. guilty (rasa bersalah),
.
Maka anak mudah RASA BERSALAH bila ditegur kesalahan, atau semasa dia berusaha sesuatu kita cepat cepat betulkan.
.
Jadi bila kita betulkan kesilapan dia, gunakan teknik sandwich (roti-daging-roti) (intro puji umum – tegur kesilapan – balut dengan puji dan harapan/doa baik-baik),
.
Agar terubat rasa bersalah dia,
sebab takkan kita mahu biarkan mereka tidak sedar apa betul dan salah,
.
Hanya methodnya sahaja perlu berhikmah.
.
Eh, dia tahu ke mak dia selalu buat refleksi diri ☺.
.
.