Soalan rakan kepada rakan saya.
Ank sy pn mkin aktif jg..dok memanjat la keje die. Pnjt tingkap la, almari la..
Die skang ni klu merajuk suke baring menelentang smbil hempas kpla ke blakang. Mcm nk tnjuk prasaan. Dh byk kali mcm tu. Sy risau jg, sbb sllu terhantuk..tkt ade side effect. Cmne nk hndle?
Anak lelaki, umur 1.4 tahun.
…………………………………………………..
Instict ibu kanak-kanak ini sangat tepat, iaitu anak seperti melepas perasaan. Perasaan apakah itu? Kata ibu kanak-kanak ini, anaknya ‘merajuk’.
Lain perkataan, terasa kecil hati sebab ibu ada ‘xxx’ bila anak ekspreskan emosi seronok menerokanya dengan aktiviti memanjat tingkap, almari dan sebagainya, dan saya tak pasti ibu ini buat apa.
Kemungkinan besar menghalang dengan menjerit (sebab risau jatuh, kan), atau menjerit kelihatan seperti marah (dan ada rasa marah betul; It’s OK untuk rasa marah, sebab marah datang dari niat ‘protection’ – contoh, ibu ayam marah orang kacau anak dia (anak ayam), maka ibu ayam akan patuk orang itu kerana niat sebenar dia ialah nak melindungi anaknya dari gangguan/ ancaman orang itu (manusia).
Lain, mungkin ibu ini ada mengeluarkan perkataan seolah berbaur ‘kecewa’ sebab ‘anak tak dengar kata’, malah keep doing apa yang berbahaya kita tak beri tu.
Keseluruhan/kesimpulan: emosi adalah negatif (marah dan frust) walau niat sangat baik iaitu melindungi (protect), kerana mahu anak selamat.
.
JADI BAGAIMANA?
1) KENALPASTI APA EMOSI KITA SENDIRI
PERTAMA, pada saya, adalah penting kita sebagai orang dewasa untuk muhasabah diri, kenalpasti apa emosi yang kita rasa.
Macam saya terangkan kat atas, bermakna beberapa emosi itu wujud, dan di sebaliknya tu ada emosi positif, namun yang KETARA ialah EMOSI NEGATIF mengaatasi emosi positif, perasan tak? (marah, geram, kecewa kerana tak dengar kata dan berpotensi untuk cedera, rasa sedih sebenarnya juga ada) (sangat menyedihkan sebab sama je jika dia dah 5-6 tahun nanti, akan lebih mencabar tingkahlaku dia nanti).
KEDUA, muhasabah untuk kenalpasti apa emosi anak tu. Pertama ibu ini rasa anaknya merajuk. Sangat tepat. Lain? Saya dapat rasakan, (dan biasanya betul), emosi anak adalah sama seperti emosi ibu (itu namanya transference dan share the energy, lebih lagi anak 0-2 or 0-1 thn, yang sangat kuat otak kanan, sangat attach dgn ibu/bapa yang biasanya ibu yang belum cekap kenali perkembangan emosi anak, dan anak pula sedang peringkat membina kepercayaan kepada org lain bermula dengan ibubapa mereka sendiri),
Anak kecil ini sangat boleh merasai (juga menyerap kuat) akan apa yang ibunya rasa. Maka emosi anak selain merajuk kecil hati ialah : sedih, marah, geram dan kecewa (exactly sama seperti apa ibu rasa).
Sekarang kita nak fahami PERKEMBANGAN KANAK-KANAK dari sudut KOGNITIF dan kaitan tingkahlaku mereka dengan lebih mendalam.
1. Normal bila kanak-kanak dah ada kaki dan keupayaan kemahiran motor kasarnya akan sangat aktif dan meneroka. Bagus sangat-sangat :). Ucapkan syukur sebab anak saya aktif dan bijak. 0-2 tahun juga, adalah peringkat kognitif (otak) mereka adalah peringkat sensori motor, iaitu belajar dengan meneroka alam dengan menggunakan fizikal dan deria asasnya (mendengar, melihat, menghidu, menyentuh, dan merasa dengan lidah) (tu yang semua nak masuk mulut kan). Hanya bagaimana kita nak channel / halakan keseronokan pembelajaran meneroka alamnya dengan lebih positif dan membantu, bukan menyekat dan membantutkan.
2. Saya amat amat jarang sebut jangan, walau sejak anak saya awal bayi lagi. Biasanya saya akan alihkan perhatian atau gerakkan tangannya terus secara tingkahlaku juga sambil menyebut sesuatu (contoh semasa dia memasukkan benda ke dalam mulut, saya ambil tangannya dan korek mulutnya sambil menyebut, ini tidak boleh dimakan sebab kotor. Ini boleh (ganti alat lain khas untuk menggigit). Anak kedua saya pula seingat saya tak ada masuk benda ke mulut hasil awal peringkat masuk benda mulut saya keep explain rule apa boleh masuk (this is toy, not food. toy for play).
3. Ini kerana, lagi kita sebut jangan, lagi dia buat, dan dalam otak dia bila kita sebut ‘jangan panjat’, (memandangkan otak dia sedang peringkat otak kanan sepenuhnya), dia nampak setiap perkataan itu dengan perbuatan / tingkahlaku / pergerakan / gambaran.
‘Jangan panjat’ yang dia nampak ialah aktiviti “memanjat”, dia tidak nampak perkataan ‘sebaliknya kepada memanjat’ (tak panjat) ialah apa? Dia tidak nampak perkataan ‘jangan’ itu bagaimana nak buat. Sebab semua kemampuan kefahaman kognitifnya adalah melalui sensorimotor, kan? Iaitu perbuatan fizikal (peringkat kognitif sensorimotor) dan gambaran (otak kanan), bukan kefahaman subjektif dalam otak sahaja.
.
Solusi / alternatif
1. Caranya sebutlah apa yang dia boleh buat, contoh: Ammar, hati-hati panjat ya. (Kalau rajin beri skrip panjang sikit, berilah pujian ikhlas: Ammar sekarang dah pandai memanjat. Alhmdulillah, syukur ibu anak ibu ni ada kaki dan tangan yang sempurna dan boleh teroka dunia. Namun sayang, ibu bimbang Ammar akan terjatuh dan sakit.
Sebenarnya ucapan macam tu walau anak tak faham sepenuhnya, sebenarnya:
A) ia masuk ke dalam pengstoran memorinya, jika diulang-ulang gaya yang sama.
B) sangat pasti, ia berbeza emosi berbanding menghalang, ia JAUH LEBIH POSITIF: “Ammar, Panjat hati-hati tu sayang” (beri izin dengan sedikit pesanan), vs “Ammar, jangat panjat, nanti jatuh kang” (berbaur doa kesan negatif tingkahlaku – panjat –> jatuh)
C) emosi ibu semasa mengucapkan boleh dirasai anak, iaitu berbaur kasih sayang, ambil berat, dan mengingatkan.
Contoh anak saya seawal 2 tahun lebih, dia sentiasa boleh relate ‘sebab’ dengan samada dia tanya “sebab?” untuk ayat tidak izin saya, atau dia sendiri menjelaskan tingkahlaku dia dengan sebab contoh: “Mummy, tadi Ateh tepuk kakak. Ateh tepuk sebab kakak marah. Kakak tak bagi Ateh ambik barang xx dia…”.
Saya percaya kerana dia mendengar setiap penerangan saya dahulu, dan saya latih untuk dia kenalpasti apa dia rasa. Dalam keadaan beritahu kesalahan dia itu, dia sebenarnya rasa sedih sebab ‘buat kakak’. Saya puji kerana dia beritahu saya apa berlaku. Tiada siapa pun berasa gembira genuin pabila telah melukakan hati / menyakitkan secara fizikal akan orang lain.
2) Option dua, “Ammar, turun. Turun sayang” (nada tegas, dan facilitate arahan seterusnya, bermakna ia kontra kepada memanjat, iaitu turun, logik kan?). Ni mmg kena rajin memikirkan vokabulari terbalik kepada apa yang sedang dibuat, dan apa yang nak disuruh.
Satu kisah rakan saya dahulu dengan anak berumur 4 yang suka memanjat pagar. Saya beritahu agar elak guna jangan, tapi guna perkataan arahan tingkahlaku apa yang anak boleh buat, ‘instead off’ apa yang tak boleh buat. Maka rakan saya cuba usaha ubah.
Semasa anak memanjat, memula dia kata “abang, jangan panjat” dan didapati anak terus memanjat, tak hiraukan larangan ibunya. Tetiba kawan saya dapat ilham tukar skrip: “Abang, turun”.
Apa yang berlaku ialah magik, pabila si anak respon dan bertanya, “Turun? Turun macam mana bu?” Kemudian si ibu terus men ‘coaching’ anak dari jauh bagai mana nak turun iaitu dengan menurunkan kaki satu demi satu, turun ke bawah.
Mudah, kan. Sebab apa? Sebab ia berbentuk arahan. Bermakna anak memang dengar arahan. Semasa kita sebut “jangan panjat”, dia nampak dalam kepala dia, arahan “panjat”, manakala semasa kita menyebut “turun”, dia nampak arahan “turun”, namun dia tidak tahu caranya, maka dia bertanya. Yang penting, dia sudi bekerjasma dengan kita.
.
Saya berharap kawan kepada kawan saya ini dpt keep on ubah caragaya channel tingkahlaku anaknya, insyaAllah.
Penerangan lebih dari itu bukanlah jawapan kepada permasalahannya, sebab yang penting umur macam ni ialah ‘keep on educating’ anak ‘the right way/behaviour’ dengan ibu mempunyai ilmu dan kefahaman akan di sebalik tingkahlaku anak kecil yang tidak pernah salah.
Saya risau dalam jangka masa yang lama, anak akan channel ke tingkahlaku lain yang lebih mencabar kesabaran diri kita, jika kita terus menghalang perbuatan atau tingkahlaku semulajadinya sedangkan itu adalah perkembangan normal dan penting untuk perkembangan fizikalnya.
.
Umur 1.4 sangat kecil, dan apa yang dia mampu buat ialah tunjuk protes tidak setuju denga menghempaskan diri dan kepala dia ke lantai yang kita pun rasa risau cemas bila tengok, dan sedih bila memikirkannya.
Bermaksud capaian ruang dia yang ada ialah badan dia sndiri. Ke hadapan? Capaian kepada badan orang lain yang lebih mudah.. Sekarang cedera diri, esok cedera orang lain. Dan ruang lebih jauh, bukan sahaja di rumah, malah ruang lain. Contoh anak remaja, mak nasihat, dia marah, terus keluar rumah start enjin motor, dan bawa laju-laju.
Teruskan berdoa kepada Allah, ucapkan skrip kepada anak berbentuk hypnotise seperti anak ibu anak yang soleh, bijak, dan aktif, boleh dengar kata ibu, insyaAllah akan selamat dunia akhirat. Ibu sayang anak ibu, ibu hanya nak pastikan anak ibu selamat dan berjaya dunia akhirat.
Ya Allah, lindungi dan pelihara anakku dari sebarang perkara yg tidak baik dari berlaku – Boleh ucapkan depan anak.
3) Lain option, bagi dia panjat dan kita ‘follow’. Contoh panjat tingkap melalui dinding hingga tahap dia maksima boleh capai, dan dia dapat tengok tingkap ke luar. Kemudian raikan, “kita dah berjaya panjat sampai atas.. Cuba tengok kat luar tu, ada pokok, kereta, lori smpah, etc” ..
Masa anak saya berumur bawah setahun, dia suka panjat tangga rumah atuknya (rumah kami setingkat, tak ada tangga). So setiap kali datang umah atuk, dia akan panjat. Semua orang termasuk atuk tak bagi, melarang, sedikit menjerit kerana dia menghampiri memanjat tangga.
Sy, relak aja, sy follow dia dan bantu dia panjat tangga, hingga atas. Sy dapati perkembangan fizikalnya progres positif, dari perlu bantuan memanjat tangga, kepada dia boleh panjat sendiri, dari satu set tangga (10 steps), kepada dua set tangga smpai tingkat atas. Dan dari belum mengira dan hanya mengira dengan menyebut “ti, ti, ti” untuk ‘counting’ kepada mengira menyebut “one two three satu dua tiga sampai twenty / dua puluh. Saya raikan malah rakam video lagi masa dia dah pandai naik tangga 2 set sendiri dengan merangkak. Masa tu dia belum boleh berjalan lagi (bawah 1 tahun).
Setiap petang, bawalah anak kecil ke padang rumah, bagi hormon oksitosin nya terembes (hormon anti stres) melalui cahaya matahari petang dan persekitaran luas yang bebas.
Perasan tak padang tak macam rumah. Tiada ‘rules’ sebanyak di dalam rumah. Kecuali satu atau dua ‘rules’ seperti pabila anak menghampiri longkang tepi padang dan sebagainya. Itu pun kita just sebut “longkang tu, hati-hati” atau kita sama-sama temankan dia melangkah longkang.
Kat situlah mereka nak lepaskan energi mereka (positif/negatif), ‘explore’ dunia mereka, ‘explore’ permainan fizikal di taman permainan (macam-macam zaman sekarang, memang dicipta utk stimulasi kemahiran motor kasar mereka), dan belajar bersosial dengan kanak-kanak seusia atau lebih besar dan lebih kecil.
Yang pastinya jika ‘rule’ di rumah tak boleh memanjat, di taman permainan, ‘rule’ nya boleh panjat (silalah panjat puas puas ya, hehe), jangan lari nanti pecah pasu atau langgar kerusi, di sana, silalah lari sekuat kuatnya ya, dan jangan menjerit, kepada jeritlah gembira sekuat kuatnya. Kan? Jadi memang saya akan bawa ke padang (jalan kaki) / play ground (naik kerete) demi memastikan energi sehari dia di rumah pengasuh ter lepas dgn bebas puas di tempat yang betul dan paling sesuai…
Maznah Ibrahim.