Kadang-kadang Kita Rasa Banyaknya Anak Meminta-minta

    Isk, kalau anak tu belum bekerja, kecil lagi, kalau tak minta kat kita, nak minta pada siapa lagi? . Ini kisah Fateh tergendala kemahuannya nak payung kecil beberapa bulan lepas, baru kini mendapat. . Masa tu raya Aidilfitri. Kami singgah Cameron. Jenis suka travel kami ni. Raikan perjalanan jauh beraya ni dengan selitkan satu tempat sejuk yang kami suka. . Masa di Cameron tu hujan-hujan juga la. Jadinya tiap-tiap masa peluang yang ada dia sibuk menyampaikan hasratnya (perkataan hasrat ialah perkataan orang otak Intuiting). Katanya dia nak payung. Saya argue Logis la konon, tak pelah payung tu. . Kat sini nak kena proses sedikit cara kita zoom in berfikir dalam diri ya. . Refleksi Isu Diri Sendiri Jika Ter ‘Project’ ke Anak . Fobia payung ni kami. Bukan anak. Kami suami isteri jenis ‘banyak idea sangat’ maka selalulah payung cantik kami tertinggal di mana-mana. Payung besar besar yang Best dapat free dari ejen insurans la, dari penganjur ceramah la, banyak lagi. Semua hilang. Percaya tak??? memang ada orang macam ni. Jadi kami ni memang tak ada payung. Huhu. . Jadi bila anak minta payung tu memang menolak la keras-keras sebab asyik hilang kan, geram sendiri la tu. Haha. . Mujur cuaca hujan, jadinya si anak memberi alasan Logis, Fateh tak da payung. Kita tak da payung tengok ni hujan. Fateh kalau pergi sekolah pastu hujan, kalau ada payung senanglah nanti tak basah. . Ok, kami terima alasan baik itu. . Cuma nya dalam negosiasi ini, suami membuat keputusan beli payung besar bukan payung kanak-kanak. Part ni kami beri alasan logik kami pula, . Payung besar untuk kita semua 4 orang guna. Jika kecil, Fateh seorang guna. Kalau hujan, nak ke sekolah, tak apa ayah yang payungkan Fateh, bukan Fateh pegang sendiri. . Haaa.. Part ni memang Adult Centered. . Ok […]

Isk, kalau anak tu belum bekerja, kecil lagi, kalau tak minta kat kita, nak minta pada siapa lagi?

.
Ini kisah Fateh tergendala kemahuannya nak payung kecil beberapa bulan lepas, baru kini mendapat.

.
Masa tu raya Aidilfitri. Kami singgah Cameron. Jenis suka travel kami ni. Raikan perjalanan jauh beraya ni dengan selitkan satu tempat sejuk yang kami suka.

.
Masa di Cameron tu hujan-hujan juga la. Jadinya tiap-tiap masa peluang yang ada dia sibuk menyampaikan hasratnya (perkataan hasrat ialah perkataan orang otak Intuiting). Katanya dia nak payung.
Saya argue Logis la konon, tak pelah payung tu.

.
Kat sini nak kena proses sedikit cara kita zoom in berfikir dalam diri ya.

.
Refleksi Isu Diri Sendiri Jika Ter ‘Project’ ke Anak

.
Fobia payung ni kami. Bukan anak. Kami suami isteri jenis ‘banyak idea sangat’ maka selalulah payung cantik kami tertinggal di mana-mana. Payung besar besar yang Best dapat free dari ejen insurans la, dari penganjur ceramah la, banyak lagi. Semua hilang. Percaya tak??? memang ada orang macam ni. Jadi kami ni memang tak ada payung. Huhu.
.

Jadi bila anak minta payung tu memang menolak la keras-keras sebab asyik hilang kan, geram sendiri la tu. Haha.

.
Mujur cuaca hujan, jadinya si anak memberi alasan Logis, Fateh tak da payung. Kita tak da payung tengok ni hujan. Fateh kalau pergi sekolah pastu hujan, kalau ada payung senanglah nanti tak basah.

.
Ok, kami terima alasan baik itu.

.
Cuma nya dalam negosiasi ini, suami membuat keputusan beli payung besar bukan payung kanak-kanak. Part ni kami beri alasan logik kami pula,

.
Payung besar untuk kita semua 4 orang guna. Jika kecil, Fateh seorang guna. Kalau hujan, nak ke sekolah, tak apa ayah yang payungkan Fateh, bukan Fateh pegang sendiri.

.
Haaa.. Part ni memang Adult Centered.

.

Ok fahami betul-betul apa saya nak sampaikan ya sampai hujung penulisan.

.
5 Tangki Emosi, Salah Satunya Ialah Material

.
Saya kan selalu beri training. Kalau komunikasi dan behaviour tu, saya akan masukkan bab 5 Love Language.

.
Saya selalu katakan, sesekali, tidak mengapa beri material jika mampu. Bukan setiap kali.

.
Jika suami isteri 40 tahun kahwin dan hanya sekali sahaja si suami belikan hadiah untuk isteri, faham-fahamlah, tangki emosi bahagian material tu sangat sangat sangat kurang, cetek sampai lantai.

.
Hanya penuhi sikit sahaja lagi tangki material ni,  contoh beri sekuntum bunga ros, ia akan buat isteri senyum lebar dan mood baik lamaaaaa sedikit. Bukan nak beli emas penuh satu lengan pun. Asalkan benda. Kad ke. Apa apalah.

.
Saya refleksi.

.
Fateh perlu payung untuk dia pegang sendiri. Ia Tak sama bila kita orang dewasa pegangkan. Tiada self control secara penuh untuk dirinya.

.
Semalam pergi Pantai Chenang. Hujan lagi. Kami tak bawa payung la dari Perlis, kan. ? Dah itu sahaja 1 payung yang kami ada, gambar strawberry ??? haha. Selamat sampai sekarang dah beberapa bulan, Alhamdulillah masih bertuankan kami.

.
Fateh request payung. Saya sebab dah fikir sebelum ni terus setuju. Kami beli dua. Satu Fateh, satu KN. Comel. Saiz kanak-kanak.

.
(isu dia request kaler pensel yang mulanya saya tolak lepas tu saya belikan dengan negosiasi sebab saya fikir sudah 8 bulan dia sekolah dan dia minta lama sangat, bermaksud dia memang perlu, dan mungkin set kaler pensel dia memang dah kontot sangat agaknya kan, kesian, camana moral dan motivasi dia di lingkungan kawannya, yang ada set elok. Cuma nya set mahal rm30 saya tolak, sampai dia berjaya setuju dengan set rm16 tak silap saya).

.
Happy Anak Tak Terbayar Harganya

.
Sah, dia sangat happy. Dah rasmi elok di Chenang, dan kami yang tumpang payung mereka. Ayah dengan payung Fateh, Mummy dengan payung KN?.

.
Sebelum pulang, hujan lagi di Hotel. Dia memegangnya dengan sangat bangga sampai jadi macam polis trafik jalan raya lagi?.  Panggil masuk sini tak mahu.

Apalah dibuatnya di tengah-tengah hujan dan kereta banyak tu, sementara si ayah sebelah lain, sedang ambil kereta.

Self esteem dia meningkat. Maksud keyakinan diri. Sangat logik. Dia boleh memegang dan kendali sendiri sepenuhnya payung kecil sesuai dengan saiz dia.

Setelah puas panggil, datang kembali dia dengan selamatnya. Boleh bayangkan tak, dia tersangat bangga memegang payung dengan dua tangan, dan mengalami sendiri fungsi payung di tengah hujan yang real, seorang diri. Boleh rasa perasaan kesukaan dia yang amat ini.  Ini penting untuk emosi dan kognitif kanak-kanak.

.

Pernah dengar, kan? Kalau beli atau buat sesuatu untuk anak, biar sesuai dengan mata dia, badan dia. Baru dia rasa konfiden. Macam flash card besar saiz A4 (dan bukan saiz kecil dalam buku), bantu anak kecil nampak, maka dia boleh baca / nampak dan sebut, maka dia akan rasa yakin diri. Kita bantu dia untuk rasa berjaya. Kata mendiang Glenn Doman, kejayaan kecil adalah asas motivasi kanak-kanak untuk peringkat seterusnya.

.
Kena Kerja Untuk Benda Yang Dia Nak Sangat?

Kan anak-anak kita belum bekerja. Dari kecil lagi sebaik Fateh pandai meminta-minta pada usianya 1.10 tahun, saya meminta dia bayar. Namanya teknik Read and Reward. Baca dulu baru dapat apa dia nak.

.
Bayar dengan baca surah atau baca buku huruf AlQuran sahaja.

.
Jadinya dia tak pernah dapat percuma. Apa-apa pun. Dan dia dah biasa. Saya rasa saya macam ibubapa kejam. Namun inilah cara didikan kami. Tiada yang percuma.

.
Tangguhkan keinginan, bila tiba masanya dia dapat akhirnya, dia akan sangat hargai dan menjiwai. Dia belajar Sabar, Usaha iaitu Bekerja (taqwa maksud perbuat bukan relek sahaja meminta-minta saja). Istiqamah perbuat, dan ada Hasil.

.
Ibubapa perlu sama istiqamah. Dan tepati janji. Anak kecil ingat. Ingat tu. Jika dia tak sebut, jangan ingat dia tak ingat. Dia ada jantung memori dan emosi sendiri. Sama da dia luah atau tidak sahaja.

.
Refleksi,

.
Maznah Ibrahim


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 150