You are currently viewing Berapa Kali Cukup untuk Peringatkan Anak Benda Yang Baik?

Berapa Kali Cukup untuk Peringatkan Anak Benda Yang Baik?


Benar, kanak-kanak hanya perlu diperingatkan sangat banyak kali sebelum wajar dihukum.

.
Persoalannya, sudah cukup kah kita peringatkan mereka sekurangnya 5000 kali untuk satu satu perkara penting?

.
Jika kena gayanya, insyaAllah usia 10 sudah solat dan ‘pukul’ tidak perlu. 3 tahun itu lama. 5kali sehari x 365 hari setahun x 3 tahun = 5475.

.
Key nya sabar dan keep repeating, beri nasihat dan perkataan baik berunsur kasih sayang dan mendidik berterusan..

.
Kanak-kanak

i) tidak atau belum pandai buat keputusan, dan

ii) tidak atau belum pandai merancang.

.
Katakan tabiat kecil-kecil, bukan solat lagi (jika solat dilatih serius usia 7 tahun)

.
a. Kemas mainan selepas bermain

b. Mandi awal pagi tanpa disuruh

c. Main elok-elok dengan kawan

d. Share mainan dengan adik beradik

e. Sentiasa berbaik-baik dengan adik beradik

.
Peringatan seperti di atas ini perlu diulang-ulang hingga tempoh matang pemikiran dan perlakuan mereka –

.
tahap emosi kita pula kekal positif semasa mengucapkan peringatan ini, berbanding emosi negatif semasa memperingatkan perkara ini.

.
Ingat, yang KEKAL dalam HATI dan INGATAN mereka disusuli mereka akan lakukan aksi tidak mencabar (mencabar = sengaja lakukan aksi yang sebaliknya dari peringatan yang disebut di atas) ialah pabila peringatan / skrip itu diucapkan dengan:

.
i) Nada Baik,

ii) Penuh Hormat dan

iii) PERCAYA mereka akan jadi seperti apa yang diucapkan di atas? (Law of Universal Attraction)

.
Key nya juga ialah

.
POSITIF.

.
i) Ayat positif (Jika terangkan kesalahan, mulakan dengan tegahan, disusuli apa kita mahu mereka lakukan : Tidak boleh berebut mainan, sebaliknya mainlah elok-elok. Tak perlu lari sakan, jalan aja elok-elok)

.
ii) Emosi positif (Berunsur ‘care’ iaitu sangat ambil berat kepada tingkahlaku salah ini asbab mereka amanah untuk kita asuh didik, dan perlu lah dengan kasih sayang tegas,

.
iii) Pemikiran positif  (Percaya mereka dengar, faham, cuma perlu diperingatkan berulang kali sahaja, percaya mereka akan berubah, tak lama, konsisten nasihat cara begini, 6 bulan akan berubah tingkah laku itu).

.
Kekal Positif.

 

Refleksi,

Maznah Ibrahim