(seperti dalam artikel sebelum ini)
Sekiranya puan/tuan pembaca sudah kenalpasti punca sebenar kemarahan kepada anak kecil yang sebenarnya berpunca daripada diri / kisah diri dahulu / kisah tertentu semasa zaman anak kecil sendiri, ini step selanjutnya.
1) Amat penting dan memang penting untuk tahu ‘where does it come from’. SEDAR dan TAHU hal ini.
2) Setelah sedar, TERIMA ianya. Ia pernah berlaku kepada diri dan ia telah beri kesan kepada diri saya sekarang. Sebab ramai juga yang sedar tapi tak boleh terima event (peristiwa) itu punca kepada kesan emosi dirinya sekarang.
3) NIAT kan, ‘AIM’, SAYA NAK UBAH EMOSI SAYA LEBIH BAIK DAN POSITIF. Alhmdulillah, part ni lebih mudah nak berubah sebab sedar no 1 tu (ia sangat-sangat mahal tau) dan part no 2 – TERIMA Event itu dan TERIMA kita ada feeling itu dan mulakan langkah seterusnya KEMAAFAN (forgiveness). Maka mulakan solat sunat taubat dan solat sunat hajat mohon sungguh-sungguh mahu keluar dari kepompong kesakitan emosi ini. Ingat, Allah sahaja yang mampu buat ‘Magic’ dan ubah emosi kita. Memang kena kembali kepadaNya pabila ‘sakit’ sebab nak ‘repair’. Sebab kita kan ciptaanNya? Jika kamera Canon rosak dikembalikan kepada kilang Canon (pemilik dan penciptanya) bukan kilang mesin air tebu.
4) MAAFKAN individu yang menjadi punca emosi marah itu (contoh ibu/ayah/pakcik/kakak/abang/guru dll). Jika dapat, cuba cari iceberg kepada masalah individu itu. Contoh individu itu jadi begitu kerana memang ‘sakit mental’, atau individu itu sebenarnya kurang kasih sayang dan perhatian, stress, atau mungkin juga kita sepenuhnya tidak faham KENAPA individu itu begitu. Jika begitu, JUST LET IT GO, tak yah fikirkan lagi. Buang karan orang kata (karan tu tenaga tau, sememangnya emosi ni ada tenaga nya tersendiri).
4) DOA spesifik kepada Allah, untuk hasrat menguruskan hal itu. Allah akan mudahkan, in syaAllah. Selepas ini akan ada jalan-jalan solusi ke arah ini. Percayalah. Doa spesifik menghasilkan LUA ke arah problem solving khusus yang kita mahukan itu 🙂
5) Jika anak sangat bagus dan berani (saya sangat yakin anak anak kita ni bijak dan BOLEH), TRAIN ANAK LUAH EMOSI DAN SOLUSI untuk remind diri kita iaitu luahkan rasa bila tak setuju kita buat sesuatu yang dia rasa tak best, macam “Mama kakak rasa sakit bila mama ikat kuat-kuat, Boleh tak Mama buat pelan2…?” (ajar skrip tegas diri dengan intonasi asertif (tegas) tapi lembut bukan marah maknya).
Sekian dari saya.
Maznah Ibrahim,
Kaunselor Berpengalaman untuk Traumatic Childhood Issue
p/s: sekiranya masih belum ‘resolved’ (selesai), boleh cari mana-mana kaunselor/terapis yang boleh bantu bab childhood issues, dan biasanya kaedah NLP sesuai untuk akses ke emosi spesifik tersebut, proses, bebaskan diri individu itu dari kisah silam itu, cari makna baru kepada peristiwa itu dan transform / reframe 🙂
********
Jemput Ke Seminar EHSABAR (Urus Emosi Dengan Cepat Tepat & Efektif)
Maklumat Lanjut:
>>>https://ehsabar.com<<<