Ok. Kisahnya begini kawan-kawan.
Semalam lepas ambil Fateh dari pengasuh, dalam kerete tak silap saya, saya ada terdetik dalam hati bila lihat/ merenung Fateh.
Dalam hati ada berasa dan berkata-kata dalam hati sesuatu yang tak sihat. Saya kan macam selalu bercakap dalam kepala yang Fateh pernah respon “Aah?” seolah dengar dan tanya apa dia? tu..
So maksudnya lebih kurang ialah pasal saya beritahu dia yang saya dah rasa kurang attach dan semakin jauh dari dia. Pelik sikit bunyinya. Semata kerana saya sedang ‘pregnant’ kan adik baru. Sempat juga saya ‘rationalised’ dan kata, tak baik macam tu. Fateh tetap anak Mummy no 1 yang paling sempurna. Masa tu memang rasa gap emosi dengan dia.
Nak dijadikan cerita, kebetulan bawa pergi padang main macam biasa la. Benda tu tada papa dah.
Tapi balik dalam 7 lebih tu dengan si ayah belum pulang, saya stres sedikit sebab nak sambung memasak dalam keadaan menghampiri Maghrib. Sebelum keluar rumah ke padang saya sempat masak nasi sahaja.
Namun alhmdulillah si kecil merengek nakkan perhatian (plus faktor nak maghrib agak panas saya dapati berkaitan gangguan syaitan biasanya untuk kami berdua dulu macam contohnya masa nilah dia nak susuibu dsb, dan Fateh tak mandi lagi, tergaru2 dengan seronok di padang tu buka kasut, kaki ayam ja dok lari-lari happy, saya sedang memasak lagi), saya tak marah dia langsung, tenang aja, paling tinggi saya keraskan sedikit suara bertanya nak apa dan menerangkan fungsi sekarang saya iaitu sedang memasak nak berbuka, kejap lagi ayah balik.
Of course dia tak mahu memahami sebab keperluan utama dia ialah perhatian, nak susu Mummy, mengantuk dah dan tak mandi bersih lagi dan taknak mandi. Siap menangis meraung bila saya tanggalkan baju, sampai saya pakaikan balik baju dia. Saya sempat proses spontan, iaitu sebagai anak kecil, dia rasa violated pabila diri dia tak mengizinkan, namun saya sebagai orang lain, terus meanggalkan baju dia.
Then ayah balik, dia terus ke ayah dan nangis sedih. Nangis tu sama macam masa tulisan saya pasal “Pabila hati anak kecil terluka” (klik sini).
Malam tu (iaitu semalam lagi) lebih tenang, cuma sepanjang tidur lebih attach nak nenen sahaja. Saya sabar sebab tahu dia rasa ‘insecurity’. Kira layan aja. Tak merungut apa-apa dalam hati. Bersabar dengan proses pemulihan hati anak kecil terluka ini.
Esoknya pagi, iaitu pagi Rabu, saya bagi tune in dalam kepala saya serentak dengan dia, skrip, dalam kete otw ke rumah pengasuh. Oh ya semalam tu, akhirnya dalam merengek tak mahu mandi, tak mahu ayah mandikan, akhirnya dia kool pabila setuju dan mahu saya yang mandikan dia. Lepas mandi dia lebih tenang. Punyala nak saya sahaja rupanya. Saya tak anggap senab nak dapat adik sebab selama ni tak penah begini. Saya pun tak mahu letak believe begitu nanti akan membiak yang kepercayaan silap kebanyakan orang tu. “What u focus will expand” – ingat tu.
Dalam kereta (malah semasa mandikan semalam tu), skrip saya bagi ialah “Fateh baik, Fateh anak soleh, Fateh dengar cakap Mok (pengasuh), Fateh tenang, Fateh bijak dll”. Dan kelakarnya dia ulang balik skrip pendek tu “Fateh baik, Fateh soleh, so on”.
Sampai ke rumah pengasuh pagi semalam tu, saya sempat bertanya kepada pengasuh. Ada tak Fateh pernah pukul/buat Adik Arissa (baby 9 bln jagaan pengasuh sejak usia 3 bln). Kepercayaan saya ialah Fateh pernah dimarah pengasuh kerana mengganggu dan mengacau baby cicca ni. Sebab ‘lately’ ni saya kerap ‘menyiasat’ “Mok pernah / ada marah Fateh tak”, “Ada” jawabnya. Apa sebab Mok marah? Sebab Ateh buat adik cicca katanya. Ateh buat apa? Ateh ketuk kepala adik cicca. Lagi? Ateh masuk bilik abang acut, abg acut marah, katanya.
Macam-macamla. Yang saya nak fokus siasat ialah adakah Fateh pernah memukul membuli baby kecil. Dan saya percaya ada sebab bebeberapa kali dalam perbualan kami, dia ada mengaku dia buat. Dan ‘of course’ saya ‘admit’, mana-mana orang dewasa akan marah, sebab baby kecil, maka abang besar salah, walau abang besar tu belum matang, baru 2 tahun lebih.
Tahu tak apa jawapan pngasuh? “Takdelah. Fateh dengar cakap. Kak ros suruh dia duduk tepi je tengok adik cicca, dia duduk aja tengok. Dia tak kacau. Dia tak pernah buatlah”. Saya pun kata “Yaka sebab dia kata dia ada buat adik cicca, pukul kepala la dsb”. “Xda” kata pengasuh lagi.
Masa tu terdetik malu pada diri sendiri kerana bersangka buruk, kagum dan bangga sebab Fateh seorang abang yang betul baik, tak jelous adik kecil dan tak buat pun adik kecil. ‘Recall’ balik memang dia selalu sayang adik baby mana-mana dia jumpa dan sefaham saya sebelum ‘conversation’ dengan Fateh yang saya siasat tu, memang dia menunjukkan tiada tanda terancam kehadiran adik baby baru jagaan pengasuh. Subhanallah.
Allah, kesal saya. Otw dalam kereta ke tempat kerja, saya proses balik emosi saya. Terus hilang segala kerisauan selama ini. Tentang Fateh ada buat adik cicca dan ada dimarah pengasuh. Dan baik sangka pada anak kecil.
Moral of the story, apa terdetik dalam hati, anak kecil boleh rasa. Dan dia akan rasa seperti terancam sebab mak dia sendiri ta percaya kat dia. Mak dia sendiri bersangka buruk kepadanya. Maka juga ‘what you focus will expand’ itu, ialah bila saya kerap bertanya dan percaya Fateh ada melakukan perbuatan tak elok, dan ada dimarah pengasuh, saya takut itu akan jadi realiti sebab kita duk ulang-ulang. Contoh mak sebut anak saya ini degil, tak dengar cakap, kalau rumah orang je mesti kacau barang anak orang. ‘Believe’ macam tu membuatkan sampai ke sudah pun anak tak kan berubah, malah akan lebih buat perangai hal sama sebab kita percaya dalam kepala, dan ucapkan lagi.
Betul kata DAO, apa kita fikir (even fikir terdetik sekilas lalu pun) apa kita rasa, apa kita ucapkan, apa kita lakukan adalah DOA.
Ini juga yang selalu saya sebut dalam ceramah sy pun. It’s good sebab saya alami dalam kes simple macam ni dan proses / muhasabah diri, dan dapat ‘learning point’ untuk diri saya.
Hari ini lepas pulang dari keje, dia ok aja. Dan saya inform pengasuh yang Fateh akan dapat adik. Dan plan saya jika K.ros rasa ramai sangat, penat nak jaga Fateh, Arissa dan baby baru, saya mungkin perlu cari nurseri. Alhmdulillah pengasuh dengan tenangnya kata dia boleh jaga.. Saya kata 3 bulan cuti, saya tetap hantar macam biasa, suami saya jaga saya pantang, pagi petang hantar dan ambil Fateh agar siang saya fokus kepada adik, dan kerja bulan 5 hantar baby baru masa tu baby cicca dah 1.7 tahun. K.ros kata Okay. Tak lama lepas tu masa sibuk masak sebab kwn-kawan datang rumah berbuka, suami pengasuh hantar jagung fresh dari ladang. Saya dapat rasa dia pun happy sebab saya trust dia. Dan sebenarnya rezeki dia akan bertambah. Sebab saya bayar dia kira tinggi 300 bagi Perlis ni, walau Fateh dah besar, mudah urus dan kadang kami cuti seminggu ke KL tetap bayar macam biasa.
Pasal believe ni, dahulu sebelum usia Fateh dua tahun, masa Fateh lambat kenal huruf hijayyah (sedangkan masa tu Nuha sangat advance), pun sama. Saya sendiri tak yakin anak saya boleh kenal, walau saya tak penah miss ajar Fateh direct or indirectly thru vcd. Memang tak pernah miss ada input AlQuran walau ke KL. Tapi teruknya saya selalu rasa tak yakin dia kenal betul huruf. Sampai la betul dia kenal dan masuk buku sehari sebelum genap dua tahun, kerana mahu reward bermain kapal terbang, Fateh boleh habiskan dengan istiqamah, sebulan lebih buku furqan 1 dari page 8-39 tu. Setiap hari ada baca (kadang je miss).
Maka moralnya, perlu letakkan kepercayaan, bayangan, terdetik dalam kepala, Fateh boleh membaca huruf pelbagai baris, macam Ahmad (anak kawan). Bayangan dah ada. Dia akan boleh lakukannya. Kerana itu adalah satu DOA dan doa ibu maqbul. Percaya anak kita semua di sini boleh. Dengan perkongsian rakan semua di sini, sharing method, we are on the right track, n fast track. InsyaAllah. Semua anak di sini boleh jadi hebat macam adik Musa hmpir tamat sebelum umur masuk sekolah rendah nanti, InsyaAllah.
Terdetik rasa gap dengan Fateh tu saya rasa memang misi syaitan iblis sebab anak kita ni anak AlQuran, anak soleh, yang bakal menjadi pelapis generasi AlQuran untuk menyelamatkan dunia nanti. So ingat, cabaran semua tu hadapi dengan tabah, sabar, tenang, dan percaya ia akan reda, berlalu. Tak manis pencapaian nanti jika tiada cubaan dan ujian.. Kuatkan diri. Iblis memang sistematik dan very smart, tahu di mana kekurangan dan kelemahan kita dan anak kita untuk demotivate dan menggagalkan misi kita.
Alhamdulillah ujian saya kerap, dan saya juga kerap muhasabah diri dengan baik. Ada solusi.. Syukur sangat.
Sekian