Category Keibubapaan

berapa kali kena ingatkan anak maznah ibrahim

Berapa Kali Cukup untuk Peringatkan Anak Benda Yang Baik?

Benar, kanak-kanak hanya perlu diperingatkan sangat banyak kali sebelum wajar dihukum. .Persoalannya, sudah cukup kah kita peringatkan mereka sekurangnya 5000 kali untuk satu satu perkara penting? .Jika kena gayanya, insyaAllah usia 10 sudah solat dan ‘pukul’ tidak perlu. 3 tahun itu lama. 5kali sehari x 365 hari setahun x 3 tahun = 5475. .Key nya sabar dan keep repeating, beri nasihat dan perkataan baik berunsur kasih sayang dan mendidik berterusan.. .Kanak-kanak i) tidak atau belum pandai buat keputusan, dan ii) tidak atau belum pandai merancang. .Katakan tabiat kecil-kecil, bukan solat lagi (jika solat dilatih serius usia 7 tahun) .a. Kemas mainan selepas bermain b. Mandi awal pagi tanpa disuruh c. Main elok-elok dengan kawan d. Share mainan dengan adik beradik e. Sentiasa berbaik-baik dengan adik beradik .Peringatan seperti di atas ini perlu diulang-ulang hingga tempoh matang pemikiran dan perlakuan mereka – .tahap emosi kita pula kekal positif semasa mengucapkan peringatan ini, berbanding emosi negatif semasa memperingatkan perkara ini. .Ingat, yang KEKAL dalam HATI dan INGATAN mereka disusuli mereka akan lakukan aksi tidak mencabar (mencabar = sengaja lakukan aksi yang sebaliknya dari peringatan yang disebut di atas) ialah pabila peringatan / skrip itu diucapkan dengan: .i) Nada Baik, ii) Penuh Hormat dan iii) PERCAYA mereka akan jadi seperti apa yang diucapkan di atas? (Law of Universal Attraction) .Key nya juga ialah .POSITIF. .i) Ayat positif (Jika terangkan kesalahan, mulakan dengan tegahan, disusuli apa kita mahu mereka lakukan : Tidak boleh berebut mainan, sebaliknya mainlah elok-elok. Tak perlu lari sakan, jalan aja elok-elok) .ii) Emosi positif (Berunsur ‘care’ iaitu sangat ambil berat kepada tingkahlaku salah ini asbab mereka amanah untuk kita asuh didik, dan perlu lah dengan kasih sayang tegas, .iii) Pemikiran positif  (Percaya mereka dengar, faham, cuma perlu diperingatkan berulang kali sahaja, percaya mereka akan berubah, tak lama, konsisten nasihat cara […]

Kenapa Kena Lebihkan Puji Usaha Anak Bukan Hasil

Biasa kita sebagai ibu ayah suka lihat hasil atau output anak. Namun ia sama sekali tidak sesuai kerana cara sudut pandang automatik orang dewasa adalah output untuk usia orang dewasa itu. Hasil 5/6 vs Usaha 6/6 Ini video Fateh pertama kali main Guli Maze. Boleh bayangkan tak bagaimana tangan kecil ini mahu mengawal tenaganya melalui kedua tangannya dalam mengendalikan alat mainan ini. Guli perlu masuk ke lubang itu. Dia berjaya 5/6. Wah ? sebenarnya sudah cukup bagus untuk anak kecil ini. Dengan ‘full strength’ nya capai 5/6 guli, walau tidak capai ‘full strike’ 6/6 seperti diharapkan si ‘Strong Willed Child’ ini. (selepas dia kecewa dan merajuk, saya dan suami cuba kot kot memang lubang yang saya buat tu kecil, saya berjaya dengan mudah juga walau sedikit mencabar guli yang Last tu, suami juga berjaya buat 6/6. Kesimpulannya daya tenaga dan kawalan tangan si anak kecil lah isunya). Usaha Vs Hasil Teringat pesanan utama Dr Siti Rohana Earlyedukids, sentiasa puji usaha bukan hasil. Otak ibubapa ni kerap tengok hasil. Ya, usaha anak kecil 4.2 tahun ini ialah 6/6 sebenarnya!!!! Setaraf dengan usia pengalaman, usia tenaga, dan kemampuannya. Mana nak beza dengan pengalaman kami ibubapa 36 tahun? Peringatan Bersama Jadi ibubapa, peringatan untuk diri saya sendiri juga, sentiasa beringat yang setiap perkara yang anak kecil kita buat ialah full strength dia, jika usia 4, ingat 4/4. Bila dia mop lantai air tumpah, sekali round dan katanya penat, dia dah usaha buat 4/4. Markah penuh tu tau. Memurnikan kerja itu kemudian, kitalah,  yang 36/36 hehe…. (sebentar tadi Fateh mop lantai air eksperimen nya tumpah di ruang tamu, dan beritahu siap-siap Mummy jangan marah ya, hmmh terus saya senyum dan hulurkan mop. Satu round, dia kata dah penat. Saya kata tak apalah nanti Mummy atau Ayah tolong sempurnakan ok). Maznah Ibrahim Nota* 1. Kemahuan […]

Cara Menangani Rasa Marah Pada Anak Kecil

Persoalan seorang rakan FB kepada saya: tentang cara terbaik untuk mengatasi rasa cepat nak marah pada anak-anak… 1. Teknik kawan saya: bila nak marah je ingat kalau la anak ni tak da esok camana hidup kita. Pernah orang kematian anak kecil kan, nauzubillahi min zalik. Ujian Allah kita tak tahu. Anak ni ahli syurga. Tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau telah diingat berulang kali. Kata saya, apalah nak beza pengetahuan dan skill budak kecil 2-3 tahun dengan kita ni mak mak yang dah 20-30 tahun. Sangat besar jurangnya, sangat tak ‘matched’ / setanding! 2. Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik, nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula. Sekarang tangan kecil anak tidak kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tangan tua kita tak larat pegang dan cawan pecah. Nak ke anak pula balas macam apa kita buat kat dia masa kecil. Walau dia tak berniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil-kecil dulu. Dan terbaru Ibu Rose ada ajar untuk langkah ke belakang selangkah untuk ubah ‘state’ atau i keadaan semasa, agar energi tinggi membara itu mengurang berbanding bertambah bila menghampiri anak. 3. Teknik saya: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yang saya perlu buat. Contoh lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dll, then come back kepada anak dan beritau apa yang kita nak dia buat dengan betul. Teknik nabi tunjukkan sahaja cara yang betul, (elak marah) kemudian anak akan cuba buat seperti apa yang kita tunjukkan, jadi lepas tu puji terus. Anak akan belajar lebih baik begitu untuk tidak silap. 4. Teknik saya terbaru: tarik nafas, berjalan ke arah anak, duduk dan tunduk pandang matanya (sama level mata anak), dan berkata atau bertanya sesuatu. Biasanya saya tanya: apa yang Fateh sedang buat ni? Menariknya […]