Maznah Ibrahim

Maznah Ibrahim

Habit Anak Kecil Yang Tak Difahami

Anak Dimarah Kerana Kesilapan Kecil . Contoh, sambil makan, lap mulut di bahu, Duduk saja-saja, tiba-tiba gigit baju di lehernya, Tengah main, tetiba cubit/terkasar dengan ibu/ayah/adik, Tengok TV, dekat dekat depan TV, . Caranya, cuma peringatkan saja. . Fitrah anak yang kecil yang spontan tidak dapat kawal perlakuan, Adalah Lupa. . Cukupkah 5000-6000 + kali kita peringatkan mereka untuk tingkahlaku yang betul? . Jika belum, usah berharap diri layak untuk marah marah beremosi kepada si anak. Marah berlampauan sampai pukul, ugut, kecam tingkahlaku dia. . Gunakan KeyWord sahaja, anak akan faham. . [Dengan andaian, sudah bincang berduaan One to One dengan anak ‘KENAPA’ / ‘SEBAB APA tak boleh buat sedemikian]. . i.e kenapa tak boleh tengok TV dekat? Sebab nak jaga mata, nak guna mata sampai tua, nak mata sihat. . i.e kenapa tak boleh pukul walau gurau / teruja? Sebab kita mahu buat sentuhan selamat sahaja. Beza sentuhan selamat kita rasa sayang, selamat, suka, gembira. Manakala sentuhan tak selamat kita rasa tak selesa, sakit, marah, geram, nak balas balik. . Jika dapat jawapan mulus dari pemikiran si kecil, anda akan terkejut, . Kadangkala memukul cubit semasa bermain / gurau dengan anda ialah mereka rasa sangat teruja sahaja (too excited, tapi nak verbalised perkataan ‘teruja’ tu tak semua kanak-kanak kecil boleh, kebanyakan tak mampu terangkan perkataan emosi ‘teruja’ itu, menariknya Fateh saya mampu verbalisedkan sebab saya banyak guna perkataan emosi dalam perbualan harian sejak anak bayi). . . Contoh reminder keyword (half arahan, not too long statement). . Fateh, jauh sikit (tonton tv dekat) Fateh, tak perlu gigit baju. Fateh, main elok-elok. . Refleksi, Maznah Ibrahim. https://maznahibrahim.com/berapa-kali-cukup-untuk-peringat…/

3 Cara Boleh Cuba Jika Emosi Anda Selalu Terbabas Bila Nak Cepat Pagi atau Malam Sebelum Tidur

Emosi Selalu Tak Terkawal Bila Waktu Rushing: Anak nak ke sekolah atau anak nak kena siapkan kerja sekolah waktu malam. —————————- Wassalam puan, saya faham tu sebab saya pun alami sama, waktu rushing saya pagi dan petang sebelum maghrib dan sebelum anak tidur. Ada tiga (3) cara saya amalkan (walau kadang terbabas at least ada hari hari yang saya berjaya penuh bila saya amalkan ini): 1) Caranya ialah bersedia awal, apa-apa boleh dilakukan SEBELUM anak bangun tidur dan selepas anak tidur seperti menggosok baju dan masukkan baju mereka ke beg dll (juga bahan masakan/makanan beli/order jika plan nak beri bekal anak atau makan di rumah malam). Ada ayat Quran ada pasal ni, iaitu cek balik apa yang telah kita perbuat/lakukan untuk hari esok – jadi ia berkenaan siapkan beberapa kerja hari ini yang mana ia untuk hari esok (sebab saya jenis last min dan iron baju semua pagi itu, peel saya cenggitu…) “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr (59): 18). Malah sebenarnya kalau anda perasan segalanya akan tenang sebaik semua anak sudah tidur, kan (part ni saya pastikan time lock saya ialah Isya’ aja, anak-anak akan siap sedia untuk tidur walau ia akan drag 1 hour, untuk khas masuk ke bilik tidur, at least anak paling lewat tidur pukul 10.00 malam). Sebaiknya waktu inilah saya kena siapkan kerja rumah, tapi waktu ini juga saya ambil kesempatan nak rehat dan pengsan tidur sama, haha. So sebenarnya saya yang kena clear dengan matlamat kerja rumah yang saya nak kena siap untuk hari esok.. Namun saya akui ada yang jenis siap awal iaitu seminggu 1 kali siap semua bahan untuk seminggu – pakaian, makanan dll. Ia adalah sangat […]

Waktu Ibu Ayah Nak Buat Kerja Tulah Anak Nak Perhatian

Waktu nak buat kerja tu lah, si anak minta perhatian, nak main, nak kacau ibu/ayah buat kerja. Ibu pula jenis kerja dari rumah. Bagaimana ni puan? Response saya: Wassalam, senang aja puan. Tiap kali anak perlu perhatian, Puan dahulukan hak anak – beri perhatian dan buat bersama aktiviti dia (yang dia suka/ dia minta / berpusatkan dia semata), . Dan ia diberi ‘fully’ dalam 10 minit, ‘Then’ beritahu anak (anak-anak ini), puan ada kerja sebentar (atau nak memasak sebentar, nak mandi sebentar dll) – boleh tinggalkan dia (atau mereka) habiskan kerja yang dia dah seronok ‘engage’ buat contoh conteng/lukis buku, merangkak lompat-lompat halangan, atau tonton video ringkas dalam 15 minit. . Key nya- DAHULUKAN HAK ANAK, InsyaAllah kemudiannya si ANAK AKAN BERI HAK PUAN PULA. . Kerana yang pegang hati anak ialah Allah, Allah beri semula masa puan lagi banyak sebab puan beri hak anak yang mahu masa dengan puan. . The more you give, the more you get. KEYWORD di sini ‘MORE’. . Ia memang tak dapat diterangkan secara saintifik masa kuantiti nombor, Tapi ia secara Law of Universal Attraction. . Sama dalam penekanan oleh Pn Husna Haron pengasas Formula Masa, . Jika anda baca Quran 1 page, atau 1 juzuk makan masa xx minit, Anda panjangkan kuantiti muka surat atau juzuk, Anda akan rasa masa tu lapang sangat, Berganda-ganda masanya. xxxxxx masa lagi. . Solat juga begitu, tambahkan solat sunat. . OK berbalik pada ‘fulltime’ beri perhatian pada anak tu, . Ia tak lama pun, dalam 10 mins berkualiti, Puan akan dapat dalam 30 min berkualiti tak diganggu si anak, . dan bila puan tenang dapat masa 30 min tanpa gangguan tu, Insyaallah kerja penting puan tu akan selesai, . Dan ia dinamakan ‘masa yang berkualiti sebab puan dapat fokus’. . Cuba ya puan. . Give 10 – […]

Buang Emosi Negatif dengan Teknik SEFT – Spiritual Emotional Freedom Technique

Hari ini saya nak share 1 teknik dalam Stress Relief : SEFT untuk semua. . Ada yang tahu SEFT? . Ia adalah EFT, Emotional Freedom Technique, pengasas adalah Gary Craig (emofree.com), namun ada unsur skrip Spiritual, jadilah Spiritual EFT (SEFT). . Asal saya belajar dengan Dr Maggie Phillips, mai Malaysia dan buat workhsop pasal Ultimate Self Body Healing, . Sebagai pekerja NGO, bertuah masa tu bayar RM50 sahaja untuk 2 hari bengkel, full with knowledge, dan praktikalnya. . Kemudian belajar lagi EFT dengan Dr Michael Wong rasanya nama dia, seorang Chinese yang bekerja di overseas dan balik Malaysia untuk contribute back to society, again as NGO workers, we are so lucky. Free. Masa dengan Dr. ni tapping point lagi banyak sampai perut dan kaki. . Kemudian masuk KKM, berpeluang dengar dalam satu seminar, ada satu slot : SEFT, oleh Tuan Haji Kaunselor ni dari KPM (pelajaran), beliau pelajari dari Indonesia dan ia melengkapkan lagi kepercayaan dalam knowledge and skill saya, kerana source energy of healing pastinya dari Allah jua. . Attach is : Video dari Youtube, keberkesanan EFT Tapping for kids. Oleh Tapping Solutions. (Pada saya kids adalah harta kita, bila kita mahu bina generasi sihat mental dan emosi, kita mula dengan diri kita dulu pula). . Di sini adalah Tapping Point dan SKRIP EFT yang selalu saya jadikan handout dalam sesi individu atau talk saya. . Anak dan suami pun pernah saya tappingkan untuk mereka, . Untuk Fateh, semudah breathing sahaja saya ajar dia, dia boleh apply sendiri dan berkesan. Sebab dia ni Thinking selalu berfikir masalah orang dan ada sakit kepala. (OMG, kecil lagi dah sakit kepala ya). . Syarat Untuk Kejayaan Teknik EFT remove kan emosi negatif ni, dari pengalaman saya ajar pada semua klien saya ialah: . i) buat dulu breathing set up, at least 6 […]

Mengajak Anak Kecil Solat Secara Berhikmah

Mengajak Anak Solat   Pada saya, biarlah anak didorong bukan dipaksa,   Anak kecil bawah usia 6 masih fitrah bermain, otak kanan sangat, jadi caranya:   1) masih memodelkan caranya (‘modelling’) dan teruskan usaha membentuk (‘shaping’) karektor mereka dalam menghormati orang lain yang sedang khusyuk dalam pekerjaannya, apatah lagi sedang menghadap Tuhan – iaitu kita solat dan dia sentiasa ada bersama kita, contoh di sebelah dengan mainan/aktiviti dia. Namun sangat digalakkan untuk diadakan sejadah kecil untuknya, yang dibentang di tempat sepatutnya, untuk nanti dia mahu join bersolat, ada ruang tersendiri untuknya (terutama anak usia 1 tahun ke atas yang mula mudah imitate = meniru copy cat, dan usia 2 yang mula mahu buat cara sendiri = tak suka diatur/dibuatkan). Saya ingat lagi, kami ada sejadah warna coklat kira kecil sedikit dari sejadah kami (warna hijau dan merah), bentang di sebelah ayah sebagai makmum lelaki (saya makmum perempuan di belakang kiri ayahnya), kebanyakan masa si anak ini akan bermain dan berpusing, namun ada masa bila dia mahu, dia akan berdiri di ruang sejadah nya, dan bila kami tak bentang, dia akan marah dan rasa itu sejadah dia terutama bila sesekali ayahnya solat individu dan terguna sejadah dia, dia akan marah dan kata itu dia punya – kat sini anak anak ada rasa kepunyaan untuk alat dia sendiri). Dan saya ingat lagi, Fateh saya selalu bawa solat Terawikh di surau kampung angkat dan surau rumah, dan saya boleh nampak perubahan dari tahun ke tahun, dari 1 rakaat sahaja dia boleh bersabar semasa usia 1 (Mahgrib jemaah), kepada 3 rakaat dia boleh bersabar (Maghrib), kepada 2 rakaat Isya’ jemaah kepada 4 rakaat Isya’, dan terawikh dari 4 rakaat kepada 8 rakaat sahaja tak sempat Witir. Kat sini kesabaran dan ‘coping skill’ mereka menunggu kita juga ada ‘time frame’ dan limitnya, namun jelas ia […]

Overprotective Parent – Terlalu Bimbangkah Kita

Terlalu Bimbangkah Kita ? – Overprotective Parent . Dalam keadaan semasa kini yang serba mencabar dan kelihatan agak ‘kurang selamat’, ramai ibubapa yang ‘overprotective’. . Overprotective – bermaksud terlalu menjaga, terlalu berhati-hati, terlalu mengawal dan hampir memberi rasa kurang selesa kepada anak yang dijaga/dikawal sehingga rasa amat ‘tight’, tak boleh bernafas, tiada ruang untuk diberi peluang dan kebebasan dalam ruang lingkung yang mungkin perlu untuk perkembangan si anak. . . Simple concept: . Ibu ayam marah kita kacau anak dia yang cute miut tu, Dia akan kejar dan patuk patuk kita, kan. . So kat sini ‘overprotective’ secara positifnya ialah kerana ‘terlalu sayang’ kepada sesuatu milik kita, hatta laptop mahal kita ke, handphone mahal kita ke, apatah lagi anak kita sendiri. Di sini bermaksud, ‘protective’ adalah okay, ‘overprotective’ yang tidak okay. Apa-apa pun perlu besederhana. . . Di bawah kepada ‘lapisan tingkahlaku ‘overprotective’ – si ibubapa akan kelihatan agak rigid, tegas, mungkin juga marah drastik, dan terlalu mengawal. . Beberapa faktor yang saya perhatikan punca kepada mengapa ia berlaku: . 1. Pengalaman peribadi lampau ibu bapa itu sendiri. Contoh pernah kehilangan anak kerana mati lemas kolam, maka ibubapa akan sangat berjaga-jaga pabila anak lain bermain di kolam atau mungkin akan tidak pergi ke kolam langsung. Jadi anaknya tidak akan belajar untuk berenang kerana trauma ibibapa bukan trauma anak lain. – Jadi kurang sesuai diteruskan, ibubapa ini perlu jalani terapi untuk mengurangkan kesan traumanya. . Lain, pengalaman kecil si ibubapa itu sendiri, sangat dikongkong dan dikawal oleh ibubapanya, maka ibubapa ini mungkin akan sedikit ‘loose’ – iaitu kurang mengongkong / overprotective kepada anaknya pula. Jadi agak longgar sedikit namun masih bertindak menjaga, dan memantau si anak kerana sudah rasa kesan menjadi seorang anak yang terlalu dikongkong ibubapanya. – Ini ibubapa yang positif dan proaktif, bersederhana. . Contoh lain, ibu ini pernah […]

komunikasi sandwich suami maznah ibrahim

Macam Mana Nak Tegur Suami?

Jum Try Teknik Komunikasi Sandwich Untuk Suami Tersayang. Penat dan sakit mata lihat pinggan mangkuk bersepah belum basuh,Suami kata “tak pa pejam mata aja, Nanti abang kemaskan”.. Ya, walau kita dari Planet Mars dan suami dari Planet Venus,Nak sampaikan mesej…

punca marah cara kendali diri anak maznah ibrahim

Ibu Cepat Marah, Apa Sebenarnya Punca & Cara Kendali Diri & Anak

Biasanya kerenah anak-anak walau berapa usianya, tetap ibu boleh handle dengan syarat ibu tenang, terkawal dan bijak kendali diri dan anak dengan beberapa teknik spesifik berkesan. Syarat atau key utama ‘ibu perlulah tenang, dan terkawal emosi dalaman’. Bila ibu tak terkawal, kerenah anak yang remeh kecil pun boleh meletus. Semua salah di pandangan mata, dan semua hal pun nak marah, kan? Keadaan di mana ibu tak dapat kawal/urus emosi & cepat marah ialah: 1. Bila ibu amat PENAT FIZIKAL. Fisiologi ibu membuatkan emosi tidak dapat dibendung lagi kerana overload penat fizikal.Penat fizikal ni secara fisiologinya membawa emosi tidak terkawal, kerana emosi mengikut fisiologi, dan pernafasan juga mengikut emosi. Buktinya: beza bila marah berdiri (rasa macam harimau nak terkam) dan bila cuba marah sambil duduk sama paras anak ketinggian anak atau di lantai bersama anak (rasa nak cakap lebih elok dari berdiri tadi) – itu buktinya ubah fisiologi membantu ubah emosi.Dan bila ibu nak marah, pernafasan adalah pendek atau tidak bernafas langsung, berbeza bila ibu nak marah,tetapi ibu berjaya pause bernafas 1 kali, dan kemudian ibu dapati tone suara bila nak marah, berubah dari pitch tinggi kepada rendah sedikit, berjaya cakap / tegur elok-elok – ubah pernafasan membantu ubah emosi. Rehat cukup (komponen fizikal), latihan pernafasan (komponen jantung yang control emosi) dan ‘positive self talk’ dan ‘self affirmation’ (untuk komponen pemikiran) adalah antara beberapa amalan kawalan emosi yang boleh dan amat membantu. 2. Ada juga yang berpunca kerana PENAT EMOSI Kerana ada masalah peribadi dsb. Ni saya cakap umum sahaja ya, ramai yang ada isu beban emosi yang dipendam dan tidak dapat dibendung lagi. Antaranya konflik dengan pasangan/suami, dengan rakan sekerja, bos atau hal lain. Major /utamanya dengan pasangan lah, yang terdekat dan hadap setiap hari. Latihan emotional release boleh bantu seperti EFT Tapping dan luah melalui mulut, atau tangan ke […]