Apa Kesan Marah Anak?

3.8K   3.8KShares Apa Kesan Marah Anak? Fahami Kesan pada Emosi & Perkembangan Kesan marah anak bukan sekadar anak menangis atau merajuk sekejap. Ia menyentuh asas rasa selamat, emosi, tubuh, dan cara anak membina hubungan dengan orang sekeliling dalam jangka masa panjang. Rakan saya pernah bertanya: “Apa kesan bila kita selalu marah anak?” Saya nyatakan, begini. Ini antara kesan marah anak yang sering tidak disedari. Kesan Marah Anak Terhadap Otak & Rasa Selamat Apabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitif (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa di awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang (=anxious) dan tak selamat (=takut), dan reaksi anak ialah tindakan impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan apabila keperluan asas tak dapat ialah dia akan menangis (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’). Jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut juga). Bagaimana Marah Membentuk ‘Style’ & Personaliti Anak Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ atau gaya personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang suka atau cepat ‘jerit-marah’ memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural menjaga proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cara/gaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immune system dll, Ia juga […]


Apa Kesan Marah Anak? Fahami Kesan pada Emosi & Perkembangan

Kesan marah anak bukan sekadar anak menangis atau merajuk sekejap. Ia menyentuh asas rasa selamat, emosi, tubuh, dan cara anak membina hubungan dengan orang sekeliling dalam jangka masa panjang.

Rakan saya pernah bertanya: “Apa kesan bila kita selalu marah anak?” Saya nyatakan, begini. Ini antara kesan marah anak yang sering tidak disedari.

Kesan Marah Anak Terhadap Otak & Rasa Selamat

Apabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitif (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa di awal bayi.

Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya.

Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang (=anxious) dan tak selamat (=takut), dan reaksi anak ialah tindakan impulse control yang serta merta;

jika bayi, reaksi spontan apabila keperluan asas tak dapat ialah dia akan menangis (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’). Jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut juga).

Bagaimana Marah Membentuk ‘Style’ & Personaliti Anak

Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ atau gaya personaliti dia.

Dia akan jadi dewasa yang suka atau cepat ‘jerit-marah’ memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural menjaga proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus).

Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cara/gaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immune system dll,

Ia juga mengawal proses tindak balas asas dan utama dalam sistem tubuh manusia. Bayangkan lari laju – pernafasan tercungap, dan perut memulas nak ‘membuang’ – resah, tak selesa.

Jadi proses dalam tubuh dia yang sebegitu (mudah stres, imun jatuh, mudah panik dll) menjadi tret/gaya personaliti dia sampai besar. Sukar untuk dia nak pimpin diri, keluarga dan organisasi nanti (boleh baca buku ‘What Every Parent Needs to Know’ atau ‘Science of Parenting’ oleh Dr Margot Sunderland berkenaan ini).

Semua ini tergolong dalam kesan marah anak yang berulang apabila teguran dibuat dengan nada tinggi dan tanpa usaha untuk ‘repair’ atau pemulihan emosi.

Anak Mudah ‘Trigger’, Agresif & Ganggu Sosial

Kesan lain apabila dia dah besar dan mula memasuki alam sekolah/peringkat emosi tinggi yang kedua iaitu sewaktu remaja (peringkat emosi tinggi yang pertama ialah 2–4 tahun), ialah

–> dia mudah ‘react’ atau ‘trigger’ walau benda kecil-kecil aja dengan tindakan adik beradik, kawan, pasangan, autoriti (guru dll);

kalau kecil lagi, boleh lihat simptom sama ada dia mudah pukul kawan/adik (ada ‘anger’ dan sesuatu terpendam tak lepas di dalam hatinya):

sebab ringkasnya bila dia dimarah kerap, dia juga ada rasa marah (emosi ni timbal balik aja sesama manusia), kalau dewasa tu gaya agresif mudah marah, bergaduh dan tinggalkan sahaja rumah / tempat kerja.

Susahlah anda nanti guru kerap panggil sebab dia buat hal di sekolah, kan? Begitu juga pasangan serta tempat kerjanya kelak. Gaya dia ni tidak selesaikan masalah pun, tapi tambah masalah lagi ada lah.

Inilah kesan marah anak terhadap hubungan sosial dan kemahiran regulasi konflik.

Anak Sukar Tenang & Susah Dikawal

Marah, lawannya tenang. Makna anak sukar nak tenang. Sukar ditenangkan.

Degupan jantung laju sentiasa dan kalau termometer tu ‘shoot’ terus tinggi sungguh. Dah biasa.

Bayi cukup susu macam mana? Tenang aja, perut kenyang. Bayi tak cukup susu? Menangis terus sentiasa, kan. Macam tulah, ‘trigger’ otak primitif awal bayi ni, sebab emosi adalah makanan utama jiwa manusia yang sihat.

Kesian kat jantung dia asyik deras, dan jangka masa panjang boleh beri kesan kepada kesihatan mental dan fizikal dia (point no. 5 di bawah).

Antara kesan marah anak yang kerap saya lihat ialah pola sukar ditenangkan seperti ini.

Kesan Jangka Panjang pada Mental & Fizikal

Kesan jangka masa panjang, ialah anak sukar ‘handle’ apa-apa stres dalam kehidupannya kelak, mudah ‘react’, ada juga dewasanya emosi macam roller coaster — kejap sedih sangat, kejap marah sangat, cepat takut sangat — dan boleh sampai tahap mempunyai masalah kesihatan mental dan fizikal***

(ramai saya perhatikan ada masalah sakit dada, degup jantung kencang, dan apabila periksa dengan doktor, dia tak ada masalah jantung — rupanya ‘anxiety’ dan ‘panic attack’, dan emosi ketaranya ialah rasa ‘takut’ yang amat kuat di dada, berpunca dari sentiasa rasa tak tenang semasa kecil kerana ibu/ayah kerap marah spontan tak terjangka.

Anak-anak ini membesar dengan rasa tak tenang dan ternanti-nanti bila bom akan meletup sebab mak ayahnya jenis tak boleh jangka reaksinya. Kerap marah-marah tinggi).

Ingin urus “emosi besar” anak dengan lebih berhemah?
Dapatkan ebook percuma 9 Sebab Momen Emosi Besar Anak Perlu Diuruskan Dengan Baik. Ia bantu ibu ayah faham bila, kenapa dan bagaimana menyokong anak tanpa perlu marah.

Klik di sini untuk muat turun

Penerangan atas saya ni banyak untuk anak berusia 7 tahun ke atas termasuk orang dewasa yang sudah agak kukuh pembentukan karektor diri (±90%).

Untuk usia bawah 6 tahun, terutama 2–4 tahun, mereka masih di peringkat pembinaan otak emosinya (layer kedua selepas Reptilian/Primitive Brain ialah Emotional/Mammalian Brain), yang sedang terbentuk pembinaan sel-sel, penghubungan sel-sel dan pemutusan sel-sel neuron di otak yang berlaku dengan sangat pantas.

Dan pastinya mereka sedang ‘struggle’ dengan ledakan emosi yang tercetus untuk dirasai, dan ter-reaksi, dari persekitaran. Semudah tidak selesa kerana cuaca panas, atau demam sahaja dan di persekitaran baru sudah buat emosi mereka resah dan tak selamat.

Tidak semestinya sebab dimarah teruk oleh ibu bapa mereka akan bermasalah tingkahlaku dan emosi (walau jelas banyak kes punca anak agresif dan buat hal di nursery/prasekolah ialah kerana di rumah dia banyak dimarah dan dihukum).

Anak peringkat usia ini masih boleh ‘trigger’ Reptilian Brain dia atas faktor lain-lain sebab dia masih di peringkat otak emosi yang sedang belajar untuk beregulasi (sesuaikan diri untuk capai tahap selesa-tenang-selamat, komponen EQ mereka).

Contoh anak eczema saya 3 tahun, bila di bawah sedar dia boleh resah, menangis kuat dan marah-marah, serta sensitif — ‘react’ sebab dia masih di peringkat otak emosi dan ‘struggle’ dengan proses penyembuhan sakitnya.

Jadi SABAR (beserta strategi ‘handle’ momen tegang dengan anak) adalah antara cara terbaik untuk kendali anak peringkat usia ‘emotional’ brain ini (usia 2–4 mainly).

Kesan Marah Anak Bawah 2 Tahun (Ringkas & Praktikal)

Untuk anak bawah 2 tahun, sistem sarafnya masih sangat sensitif. Dimarahi atau suara tinggi boleh mencetus rasa terancam; kesan segera yang biasa ialah menangis kuat, sukar tidur/menyusu, dan ‘clingy’. Akibat sering memarahi anak usia 2 tahun boleh muncul sebagai mudah terkejut, kerap meragam dan sukar ditenangkan.

Ringkasnya, inilah antara kesan marah anak pada usia bawah 2 tahun — rasa terancam yang menjejaskan tidur/menyusu serta menjadikan anak lebih ‘clingy’.

Cadangan: peluk, buat sentuhan menenangkan (holding/containment), suara perlahan & konsisten, dan pastikan keperluan asas (kenyang, cukup tidur, bersih) dipenuhi.

Ini juga antara kesan marah anak pada usia prasekolah: anak meniru anda dan skrip marah sebagai model komunikasi yang diikuti lalu cenderung membalas, bertegang, dan sukar berunding.

Cadangan: turun aras mata, sebut perasaan (“Ibu faham adik marah…”), jelaskan sempadan yang spesifik (“Kita tak pukul. Tangan untuk sayang.”), dan beri pilihan terbimbing.

Jadi, Tak Boleh Marah Anak Langsung Ke?

Boleh marah dengan anak, tapi gunalah kaedah lebih berhemah, dan mendidik, bukan dengan emosi amarah (marah menguasai lebih dari rasional).

(Alternatif marah, guna perkataan menegur yang mendidik: Tangki Emosi (Part 1))
(Sedang situasi biasa yang buat kita akan marah pun Rasulullah tidak marah langsung pula: Cara Marah Rasulullah)

Kerap kali bila marah dengan emosi amarah, ia akan disusuli dengan kekerasan fizikal seperti pukul, cubit, tampar, rotan, tarik kasar dan sebagainya, atau kekerasan verbal seperti menjerit, marah, maki hamun dsb.

Ia mungkin sesekali terjadi, terlepas kawalan orang kata (perlu minta maaf dengan anak dan solat sunat taubat). Tapi jika kerap sangat? Banyak kesan jangka masa panjang untuk kesihatan mentalnya dan bagaimanakah bentuk komuniti serta negara kita kelak.

Selepas episod marah, pastikan kita komunikasikan puncanya secara ringkas (contoh: “Ibu penat dan bising tadi buat ibu rasa serabut”), jelaskan bahawa itu bukan salah anak (“Ini bukan salah adik; ini emosi ibu”), dan berikan cadangan bagaimana anak boleh ‘support’ anda seperti, “Boleh beri ibu masa 2 minit tarik nafas?”, “Boleh peluk ibu?”, atau “Letak mainan di bakul dulu ya.” Jika jelas puncanya ialah emosi kita sendiri, minta maaf dan terangkan keadaan sebenar supaya anak tidak tertanya-tanya dan tidak membina kefahaman yang salah.

Contoh pendek: “Maaf ya, tadi ibu marah sebab ibu sangat penat. Ini bukan salah adik. Jom kita tarik nafas sama-sama tiga kali, lepas tu kita kemas mainan sama-sama.”

Malah generasi kita kini yang rata-rata banyak masalah kesihatan mental adalah berpunca dari gaya ‘parenting’ yang tidak betul ***, dahulu. Dengan kajian terkini, ada perkaitan dijumpai mengenai kesan gaya parenting dengan kesihatan mental dan fizikal orang dewasa. Rujuk info ACEs di CDC dan artikel saya tentang pencegahan awal di sini.

“Sayang Anak Tangan-Tangankan, Sayang Isteri Tinggal-Tinggalkan?”

Seperti kata orang ‘sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’, sudah tidak relevan lagi kini.

Satu sebab, tangan-tangankan tu ‘pukul pukul’ selalu, memang ada kesan pada otak dan tingkahlaku anak bukan sahaja sekarang tetapi untuk jangka masa panjang seperti saya kongsikan di atas.

Tinggal isteri pula, rata-rata kini saya lihat isteri stres urus anak seorang diri. Bila stres ditinggal kerap oleh suami, atau berjauhan (PJJ), kurang sumber sokongan (resource), ramai isteri terpukul atau selalu marah-marah anak disebabkan terlalu penat secara fizikal dan emosi.

Marah pada suami, jadi lepas marah dan pukul kepada anak. Kita tahu ia sangat tak wajar, kan. Namun itulah yang banyak terjadi.

***
Rujukan bacaan: “What Every Parent Needs to Know / The Science of Parenting” oleh Margot Sunderland – berdasarkan lebih 2,000 kajian.

Soalan Lazim Tentang Marah Anak

Apa kesan selalu marah anak kecil?

Anak jadi mudah ‘trigger’, sukar tenang, tidur/selera terganggu dan boleh membentuk corak komunikasi agresif bila membesar.

Bagaimana kesan marah anak bawah 2 tahun?

Sistem saraf sangat sensitif; dimarahi boleh menyebabkan tangisan kuat, ‘clingy’, dan lebih sukar ditenangkan. Fokuskan sentuhan menenangkan dan memenuhi keperluan asas.

Kenapa anak usia 4 tahun suka marah balik?

Kerana fasa perkembangan emosi & batas diri. Cara kita menegur menjadi model (contoh ditiru mereka). Gunakan nada rendah, validasi emosi, dan nyatakan batasan had kita dengan jelas.

Adakah sekali-sekala marah masih selamat?

Manusia biasa ada emosi. Yang penting ialah selepas marah kita bertanggungjawab: akui salah, minta maaf, peluk, dan baiki cara teguran seterusnya. Tambahkan juga penjelasan ringkas punca anda marah (contoh: “Ibu penat dan bising tadi buat ibu rasa serabut”), beritahu dengan jelas bahawa itu bukan salah anak (“Ini bukan salah adik; ini emosi ibu”), serta cadangkan cara anak boleh bantu respon (“Boleh beri ibu masa 2 minit tarik nafas?”, “Boleh peluk ibu?”, “Letak mainan di bakul dulu ya”). Jika jelas puncanya ialah emosi anda sendiri, mintalah maaf dan terangkan keadaan sebenar supaya anak tidak tertanya-tanya dan tidak membina kefahaman yang salah.

Semoga perkongsian saya bermanfaat untuk anda.

Maznah


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

17 Comments

  1. Sy dh trima 10 tip atasi marah tu.. terima kasih puan.. semoga Allah permudahkan urusan puan di dunia Dan akhirat

  2. Kini saya sedang berusaha untuk tidak lagi marah pada anak… terima kasih atas perkongsian.

    • Masyaallah puan, syabas :), gembira saya membacanya. Saya doakan puan akan dipermudahkan mendidik & menguruskan anak-anak. Terima kaseh sebab baca artikel ni, semoga ramai lagi dapat manafaat seperti puan.

  3. Terima kasih puan…ank sy baru 4 tahun., risau juga asyik naik kaki pada kita..mungkin silap sy asyik marah pd dia..kadang2 dia pukul adik tanpa sebab…

    • ya puan, ia memang cycle, ibubapa marah anak, anak marah adik dia. takpa puan blh lagi educate dia elok2 dan cuma hentikan aja kesilapan kita tu, insyaAllah anak kecil sangat mudah dibentuk puan.

  4. Salam Puan Maznah.

    Terima kasih atas perkongsian Puan.

    Saya ada 2 org anak. Yg sulong, perempuan umur 2tahun7bulan. Yg kedua lelaki baru 2 bulan.

    Saya nampak anak saya yg sulong cepat tertrigger bila kena marah. Bila kena tegur, memang dia akan react dengan menjerit marah balik, atau hayun tangan baling atau pukul. Sama seperti yg puan ceritakan.

    Macam mn ya nak baiki balik tingkah laku anak saya ni puan?

    Dan macam mana nak sampaikan kt orang sekeliling, terutama sekali atok neneknya yg marah dan tegur anak seperti tu tak elok?

    Terima kasih puan sudi membaca.

    • Salam Pn Salmah.
      Untuk anak usia ini sangat boleh dibentuk lagi. Fahami peringkat usia ini adalah peak untuk emotional regulasi (pengurusan emosi spontan). Jadi reaksi puan akan banyak bantu bentuk karektor, personaliti dan gaya tindakan dia.
      Untuk itu, contohnya banyakkan guna hypnoscript
      : Ali buat sentuhan selamat saja.
      : Bila Ali rasa marah, Ali terus pukul punching bag ini.
      : Ali tak boleh pukul Mama macam ni, Mama sakit. Ali tak boleh baling barang ni nanti barang rosak. Tapi Ali boleh pukul bantal ini.
      : Ali sabar. Ali faham apa Mama cakapkan.

      Untuk orang tua sekeliling, terbaik memang diamkan aja masa mereka menegur, utama sekali ibu ayah tidak menambah marah anak, sebaliknya pastikan apa anak akan buat tu tidak melampau batas saja selepas itu. Alihkan atau channelkan sja.

      Org tua yg faham kanak2 jenis macam ni, takkan label teruk anak jenis ini, sebaliknya bantu dengan menenangkan dan menasihatkan.

  5. Terima kasih atas ilmu mahal yang mampu merubah generasi masa hadapan ini, dan mampu menghentikan cycle ‘masalah dalaman/psychology’ yang diturunkan dari generasi lama dan berulang-ulang ke generasi seterusnya.

  6. Terima kasih, Puan Maznah.. saya adalah ibu yg mudah marah dan sekali sekala naik tangan juga..slps buat saya akan rasa menyesal tp malangnya saya buat lg.. ia berlaku bila saya letih, fikiran serabut dgn byk hal dll… Saya ingin berubah..saya tak mahu anak2 saya jd mcm saya bila dewasa nanti.. doakan saya ya..

    • amin saya pasti doakan utk puan yg baik dan semua ibu di luar sana.. insyaAllah bila ada kesedaran, dan mohon selalu padaNya, Dia akan bantu, pasti…

  7. Assalamualaikum Puan Maznah,
    Tq atas perkongsian..semoga Allah beri kebaikan berterusan utk puan.
    Daripada apa yg puan terangkan, sy dapati telah lakukan kesalahan besar pd perkembangan emosi anak.
    Anak 9 tahun perempuan sekarang bersifat reaktif dan cepat naik tgn terhadap adik dan kawan2.
    Saya akui mmg saya yg bersalah kerana terlalu garang dengannya dan sering marah.
    Mungkin ini hasilnya dan dia cuba melepaskan emosi negatif pada adik dan rakan
    Apakah solusi yg dpt saya lakukan? Adakah masih ada ruang utk membentuk emosi positif anak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *