Ada Marah Bermanfaat Tak? Comel sekali. Semalam Fateh sibuk nak tolong memasak. Fikirkan dia tengah semangat, baik beri aja kerja yang boleh diberi. Since saya dah siap semua, ada 1 benda belum siap dan sesuai diberi kerja itu kepadanya. Saya beri dia kerja mencabut daun dari batang daun kesum. Haha. Kami suka makan ikan masak tempoyak. Sah sah cari daun kesum sebab nak masak ni. Dengan durian suami sudah tempoyak kan dia. Dan daun kesum sudah ditanam, belum matang untuk dituai, kena beli. Banyak kali Fateh tanya, dah ke, cukup ke. Saya jawab tak lagi, habiskan semua daun tu. Semua. Lepas tu dia kata nak buat apa. Saya tengok dah selesai bersih batangnya. Saya katakan, boleh tolong basuhkan kat sinki. Dia basuhkan, dan tak bising pun walau saya nampak dia tak selesa. Rupanya sebab daun banyak melekat di tangannya. Haha. Otomatik dia jumpa solusi, rendam sekali tangan kat air dalam bekas basuhan daun kesum, maka menurut lah ia. (terfikir banyaknya hikmah beri peluang ke dapur ni, sentiasa ada prob solving) Selepas tu dia sibuk beritahu siap-siap, dia yang akan masukkan ke dalam periuk panas masakan. Saya kata boleh, tapi Last sekali ya. Dalam pada dia melihat periuk yang berapi itu, dia bertanya (ketinggian dia sama paras periuk itu jadi dia nampak api dapur itu). Kenapa api ada merah, ada biru? Saya jawab, api merah tu bila buka besar sangat, tapi tak elok apinya?. Untuk memasak, api biru pun dah mencukupi. Iaitu buka sikit atau sederhana sahaja. Tetiba saya dapat idea dan trigger dari metafora api memasak ini. ? Saya katakan, sama juga bila marah. Marah berlebihan dan melampaui tidak berkesan pun, lagi membakar. Marah sikit sikit dan berpada tu baik, elok. Ada kesan baik. Dalam refleksi saya, Benar, marah mendidik dan marah diselaputi amarah memang tak sama. Biarlah kita marah […]